Resepi Mudah Sup Soto

on Rabu, 17 Oktober 2012

Resepi Mudah Sup Soto

Assalamua'laikum.

Kali ni, jom kita sama-sama membaca resepi mudah lagi ringkas menyediakan sup soto yang sedap lagi menyelerakan. Sup soto bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai menu sarapan pagi, malahan sesuai untuk santapan petang mahupun malam.

Ayuh kita terjah resepi mudah sup soto.


Bahan-bahan Sup Soto
1 ekor ayam - dipotong
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3cm halia
1 bungkus sup bunjut
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
5 sudu besar minyak masak
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit bunga lawang
Sedikit garam
Pembaris (kata nak ukur halia dengan kayu manis....hehehehe)

Cara Mudah Masak Sup Soto
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
2. Bila dah naik bau, masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tunggu sampai jadi kekuningan gitu.
3. Masukkan air dan biar sampai mendidih baru masukkan sup bunjut tadi.
4. Masukkan ayam dan biar ayam betul-betul masak.
5. Akhir kata, masukkan daun bawang dan juga daun sup. Kalau tak suka, letak sikitpun jadilah.

Mudah dan ringkas saja nak buat sup sotokan? Semua isteri malah suamipun boleh buatkan untuk isteri yang tersayang. Tunggu apa lagi, resepi sup soto dah ada...jomlah pakat beli barang nak masak sup soto pagi esok!

Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO