Home > Posts filed under kesihatan
Herba Tradisional Baik
artikel dari fieza on Rabu, 21 Disember 2011 at 1:36 PTG
Kebaikan Air Kosong
artikel dari fieza on Isnin, 14 November 2011 at 4:48 PTG
Kitaran Haid Tidak Teratur
artikel dari fieza on Selasa, 25 Oktober 2011 at 11:50 PG
Kitaran haid yang biasa digunakan oleh doctor ialah 28 hari, namun ia berbeza terhadap setiap individu, yang bervariasi dari 24 hingga 35 hari. Ianya turut berbeza setiap bulan terutamanya beberapa bulan selepas haid pertama.
Pelangsing Badan
artikel dari fieza on Jumaat, 12 Ogos 2011 at 11:42 PG
Diet Yang Betul
artikel dari fieza on Khamis, 4 Ogos 2011 at 12:34 PTG
10 JANGAN Berkaitan Makan
artikel dari fieza on Jumaat, 22 Julai 2011 at 12:07 PTG
Kebaikan Mandi Panas
artikel dari fieza on Selasa, 19 Julai 2011 at 11:44 PG
ULSER MULUT
artikel dari fieza on Sabtu, 21 November 2009 at 7:10 PTG
- Dikenali juga sebagai lompangan/lepuh, yang berlaku di dalam mulut.
- Berwarna putih, terasa sakit andai tersentuh dengan lidah, gigi atau apa jua makanan.
- Mempunyai saiz berbeza-beza
- Akan kembali seperti biasa dalam masa kurang dari tiga minggu (sebaiknya jika lebih dari dua minggu, eloklah berjumpa dengan doktor).
- Bulat berwarna putih/ kuning, di kelilingi kawasan berwarna merah.
- Hilang selera makan
- Ketidakselesaan
- Rasa sakit apabila tersentuh
- Rasa membakar di dalam mulut
- Sukar untuk bertutur
- Boleh menyebabkan demam
- Kurang jelas, tetapi boleh disebabkan oleh kecederaan kecil seperti tergigit lapisan mulut, atau makanan tajam dan juga air yang terlalu panas.
- Alahan
- Kekurangan zat makanan
- Kurang rehat/ tidur
- Jangkitan kuman/ bakteria/ virus/ fungus
- Pengambilan ubat-ubat tertentu (anti-histamine yang menyebabkan mulut kering & steroid yang menurunkan daya tahan sakit)
- Perubahan hormon
- Rawatan kemoterapi
- Rawatan radiasi
- Stress/ tekanan
- hilang sendiri dalam masa 2-3 hari
- kurang dari 2 minggu
- Sesiapa sahaja tidak mengenal umur, malahan boleh juga menyerang bayi
- berehat & dapatkan tidur yang cukup serta berkualiti
- gunakan cecair antiseptik untuk membersihkan mulut
- jauhi minuman berasid (minuman berkarbonat)
- kekalkan amalan kesihatan mulut yang baik
- kurangkan makanan pedas dan berempah
- letakkan gel untuk ulser - contoh: bonjela
- letakkan ketulan ais pada ulser
- makan makanan yang berkhasiat - utamakan vitamin B12 dan vitamin C
- makan makanan yang lembut
- minum air suam / air masak dengan banyak
- AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT
- Cubit sedikit asam keping sebesar jari kelingking dan tekapkan pada ulser selama 2-3 minit. Sedikit pedih, tetapi ulser akan cepat hilang.
- Letak secubit garam pada ulser. Juga sedikit pedih akan terasa.
- Segera berjumpa doktor andai kata masih berpanjangan selepas 2 minggu - bagi memastikan tiada tanda-tanda pra-kanser mulut/lidah dan tiada lesi kanser
- Jumpa doktor jika ulser berdarah

beralih bulan / growth spurts
artikel dari fieza on Selasa, 11 Ogos 2009 at 2:47 PTG
APA ITU PERALIHAN BULAN?
Beralih bulan (GS) akan terjadi kepada sesetengah bayi. Ada yang akan mengalami demam, batuk, hilang selera makan dan sebagainya. Ada yang terjadi mengikut masa tertentu ( cthnya 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan). Walaupun dikatakan berlaku kepada bayi di bawah 1 tahun, namun kejadian beralih bulan ini masih berlaku kepada bayi yang lebih daripada 1 tahun. Malah tidak keterlaluan andai dikatakan masih berlaku pada mereka di peringkat remaja.
APA TANDA BERLAKUNYA GS?
- demam/batuk/selsema
- hilang selera makan/muntah
- Ada bayi yang jadi lebih aktif atau lebih bersikap 'fussy'
- Bayi lebih kerap merengek / manja (anak saya le tu...)
- ada bayi yang lebih minum susu.
ramai ibu menyangkakan bayinya tidak cukup susu, namun ini hanyalah gejala, dan yakinlah susu ibu akan mencukupkan keperluan bayi itu.. (jangan pula diberi makanan tambahan bagi bayi di bawah 6 bulan). - pertumbuhan pesat bayi
ada bayi yang selepas GS berlalu, akan memperoleh 'skill' baru utk dirinya, spt, merangkak, duduk, berdiri atau berjalan. (pernah terjadi anak kesayanganku boleh buat 3 perkara selepas GS - menjulur, duduk & persediaan berdiri/berpaut...)
Berbeza bagi setiap bayi yang mengalaminya, ada hanya 2-3 hari,malah ada juga sehingga 2-3 minggu.
APA YANG BOLEH DIBUAT?
- Kaedah orang lama (ni kena tanya atuk/nenek/mak ayah sendiri)
- Awasi anak anda lebih dari biasa
Jika anak anda demam, awasi spy demam tidak berlanjutan/terlalu tinggi suhunya.
Ada baby lebih aktif, awasi spy aktivitinya tidak memudaratkan dirinya sendiri. - Berikan apa jua makanan yang difikirkan perlu untuk anak anda, jika bayi inginkannya. Lebih baik beri makanan yang disukainya daripada bayi tidak makan langsung..
- Bagi bayi berusia kurang dari 6 bulan, jangan risau, tidak perlu menambah makanan tambahan/ susu formula, kerana anda perlu percaya susu anda mencukupi bagi bayi anda.
mote:
- Perhatikan perkembangan anak anda, sebagai ibu, anda lebih mengetahuinya.
- Beralih bulan memang ada, bukan mitos
- Ambillah langkah yang terbaik buat anda dan bayi anda..
sebiji epal...
artikel dari fieza on Selasa, 21 Julai 2009 at 11:52 PG
Epal dikatakan cukup berkhasiat dan lazat. Itu sudah semestinya (bagi saya la..). Ia dikatakan tidak mempunyai lemak, mengandungi kandungan nutrien dan serat, termasuklah anti-oksidan yang mampu meningkatkan prestasi badan. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, lantas mampu mengurangkan kolesterol darah.
ANTI-OKSIDAN
Zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai anti-oksidan yang melawan kolesterol, yang berpotensi dalam penyumbatan pembuluh darah. Pada masa yang sama, anti-oksidan akan berfungsi meningkatkan kadar kolesterol yang boleh memberi manfaat kepada tubuh badan. Pada tahun 1996, kajian menunjukkan zat fitokimia pada kulit epal dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%.
MAMPU DIBELI
Ada apa dengan epal ni? Umum mengetahui, epal antara buah luar negara yang masih mampu dibeli oleh masyarakat kita. Malah kanak-kanak juga mengenali apa itu epal. Kalau masa kecik dulu, selalu belajar, A for apple..
MELAWAN KERAPUHAN TULANG & PENYAKIT JANTUNG
Bagi epal hijau, ia dikatakan mampu mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Pada saat ini, rembesan hormon estrogen yang berkurangan mampu mengundang penyakit seperti kerapuhan tulang dan penyakit jantung boleh dicegah dengan zat yang terdapat di dalam sebiji buah epal hijau.
MENGHINDARKAN MASALAH PENCERNAAN
Serat di dalam epal mampu mengurangkan masalah pencernaan dan ia dikatakan mampu mengurangkan berat badan. Masalah sembelit dan cirit-birit juga dikatakan mampu diatasi dengan diet epal dalam kehidupan seharian anda.
MENGURANGKAN KEROSAKAN GIGI
Sebiji epal menyumbangkan satu pertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Mengunyah epal dikatakan cara terbaik untuk membersihkan dan menyihatkan gigi. Sungguhpun gula buah asli hadir dalam epal, namun pengeluaran amilase (air liur) mampun menolong mengelakkan kerosakan gigi.
MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Epal juga mengandungi pektin, yang merupakan serat larut, terbukti mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah. Dalam satu kajian, di dalam epal terdapt D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.
MENYEIMBANGKAN ZAT
Kanak-kanak yang memakan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal dikatakan mampu menyeimbangkan kandungan zat dalam tubuh badannya dan mampu mencegah pembentukan lemak dalam badan.
* Anti-oksidan: bahan yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas ini terhadap sel normal, protein dan lemak. Beberapa jenis anti-oksidan, seperti vitamin, mineral dan fitokimia.
mote:
- Buah-buahan adalah antara diet utama, ambil 3 kali sehari.
- Buah-buahan tempatan juga banyak khasiatnya, terpulang pada anda dalam memilih jenis diet anda.
- untuk memastikan diet anda sihat, jangan lupa mengambil hidangan yang sebaiknya.
malaysia belum bebas H1N1..
artikel dari fieza on Jumaat, 5 Jun 2009 at 11:53 PG
Sebelum ini negara dikejutkan dengan 2 kes yang juga melibatkan pelajar di AS. Namun, kesemua pesakit dilaporkan stabil.
Kesemua pesakit yang disahkan merupakan pelajar/pelancong dari luar negara. Saya merasakan sepatutnya pelancong/pelajar ini perlu memberi ruang agar memastikan diri mereka bebas dari influenza ini sebelum pulang/datang ke Malaysia. Kementerian Kesihatan juga mengharapkan agar ditangguhkan dulu kepulangan/kedatangan mereka yang dari negara-negara yang terlibat dengan influenza ini.
Namun, ini semua sudah ditakdirkan. Siapa sangka diri akan mengalami demam disebabkan oleh penularan influenza ini.. Jadi sama-samalah kita mengambil langkah pencegahan sebelum semuanya terlambat. Jadi jika anda di luar sana mengalami simptom2 yang dihebahkan, jangan takut ke klinik, kerana langkah awal mampu menyelamatkan anda , keluarga dan orang ramai. Juga kepada krew-krew serta penumpang bagi pesawat yang terlibat, diharapkan kerjasama semua bagi benar2 memastikan negara kita bebas Influenza A (H1N1) ini.
InsyaAllah, kita jumpa lagi..
go for cd..
artikel dari fieza on Khamis, 28 Mei 2009 at 5:23 PTG
Sebenarnya, saya mengetahui penggunaan cd daripada ratu hati. Ramai kawan2 di situ menyarankan menggunakan cd daripada diapers pakai buang yang terdapat di pasaran. Ketika itu, memandangkan baby kecil saya tidak menggunakan terlalu banyak diapers pakai buang, anak yang tidak mengalami rashes, dan harga diapers itu agak berpatutan, jadi saya tenggelamkan hasrat untuk menggunakan cd kepada baby kecil saya. Pada saya, saya masih mampu untuk membeli diapers pakai buang, apatah lagi lebih mudah - tanpa perlu dicuci..
Namun lama kelamaan, saya sering terfikirkan CD ini. Terfikirkan mengenai diapers pakai buang yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk didegredasi - untuk dimusnah & diuraikan. Tambahan pula, baby semakin banyak membuang air, maka semakin banyak juga penggunaan diapers pakai buang ini. Lebih menyakinkan saya untuk menggunakan cd ini, apabila anak kecil saya yang tidak pernah mengalami rashes pada pinggulnya, dengan tiba2 jua muncul dengan agak teruk. Pada saya tentu kerana di tempat pengasuh mereka membiarkan terlalu lama anak saya dengan bahan buangannya.
Ketika itulah saya berbincang dengan suami mengenai CD ini. Kami kemudian mengambil keputusan untuk mencuba CD kepada anak kecil kami. Walaupun permulaan harga yang agak tinggi, namun jika difikirkan, rasa-rasanya berbaloi (nanti saya tunjukkan cara pengiraannya). Kami mula membeli secara online dari satu laman web di Malaysia. Alhamdulillah, tidak perlu menunggu lama, kami berjaya mendapatkan produk CD ini. Jadi, sekarang saya menggunakan kedua-dua jenis diapers (kerana budget terhad; insyaAllah akan menambah bilangan CD nanti...). Sekarang, saya dan suami masih baru dengan CD, dan masih berjinak-jinak dgnnya..
Mari kita lihat maklumat mengenai CD ini....
APA ITU KAIN LAMPIN (CLOTH DIAPERS - CD)?
- Lampin bayi yang diperbuat daripada kain.
- boleh dibasuh & diguna semula
- 2 bahagian;
1) dipanggil cover - de lapisan luar kalis air dari PUL (polyurethane laminate), bahagian dalam daripada bulu halus (custom micro fleece) spy baby berasa kering.
2) insert - lapisan untk dimasukkan ke dalam cover, terdiri daripada bebrapa lapisan microfiber dijahit - boleh didapati dalam pelbagai warna
- Cloth Diapers (CD)
1 pcs - more or less RM 50
if 20 pcs, kos penggunaan utk 3-4 Tahun = 20 x RM 50
= RM 1000.00 - Disposible Diapers (DD)
1 pcs (jenama Fitti - yg biasa saya guna) - RM 0.40
Dengan penggunaan yang betul = 9-12 pcs/day
If 10 pcs/day, kos utk 4 tahun = 10pcs x RM0.40 x 30 hari x 12 bulan x 4 tahun
= RM 5760.00
KEBAIKAN CD
- CD boleh dibasuh & diguna semula
- boleh digunakan utk anak ke2, ke3... & selanjutnya (jika anda pandai mguna & mjaga)
- boleh mengelakkan rashes (ruam lampin) bagi sesetengah bayi yg kulitnya sensitif.. (banyak contoh di sini) - diamek dari puan penjual..
- jimat kos & berbaloi - lihat pengiraan seperti di atas.. oh..ye..itu utk sorang anak.. bayangkan lau ibu-ibu & ayah-ayah de 2 atau 3 anak yg pakai DD...
- Selamat - tiada bahan kimia seperti DD
- Juga boleh go green the world - 1 keping DD mengambil masa 500 tahun untuk terurai/degredasi - ciannye dunia kite.. Ketahuilah, 50% sampah domestik adalah dari DD
- bagus utk potty training - kerana CD akan berasa lebih cepat basah sekiranya buangan anak anda bayk bbanding DD. Jadi anak akan rasa basah & kurang selesa.. So, lebih cepat utk potty training.. (mengikut kajian dari Wall Street Journal - May 2000)
- 1 insert utk 1 CD sepanjang 3-4 jam (ikut tahap pembuangan anak anda - pee ye (air) bkn poo (najis). utk poo kena tukar setiap kali baby poo).
- waktu malam - lebih baik masukkan 2 insert (spy anda xperlu bgn malam - lau rase mlas nk bangun)
- Cara :
- basuh/rendam (tanpa sabun) selepas pertama kali mdapat CD (dipanggil prewash)- utk penyerapan max & buang residue semasa manufacturing process (baju baru pun rendam kan....). Ingat, JANGAN guna bahan peluntur. Prewash sebanyak 2/3 kali..
- Keringkan
- Masukkan insert ke dalam pocket pants
- boleh dipakai kepada baby
CD yang sudah siap outk dipakaikan kepada baby...
Jika menghantar baby kepada pengasuh: - CD yang terkena pee/poo masukkan ke dalam plastik (xperlu dibasuh/dibasah)
- Balik rumah -
- buang poo yang de,
- siramkan air pada bekas poo,
- rendam dalam air basuhan (beberapa jam),
- boleh dicuci/disental - boleh guna tgn/washing machine (guna laundry bag utk ketahanan)
- keringkan - Pakaikan kepada baby/ dilipat utk ke nursery...
Mitos mengenai CD
- mahal - hanya pada awal pembelian, tapi berbaloi utk penggunaannya.. - anda boleh beli secara sedikit demi sedikit..
- susah basuh - xperlu basuh setiap hari, ikut penggunaan, boleh basuh dgn washing machine.
- mudah bocor - PUL tidak bocor, hanya jika saiz xsesuai dgn baby, pemakaian yang salah & prewash tdk cukup utk CD baru
- Bulky - sedikit saje jika dbandingkan dgn DD, tapi nampak lebih selesa kpd baby.. Jika anda diberi pilihan, pakai plastik atau kain, mana satu pilihan anda?
- mudah bertahi lalat - material CD sukar bertahi lalat (lalat ber.. ke?..hehe..). lau baby on medication, CD akan kehilatan sedikit kehitaman - akan hilang slpas bbrapa kali cucian
- Bekas najis susah hilang - rendam dahulu baru basuh, jemur di bawah matahari, kesan akan hilang..
- Dioxin :
Merupakan pencemar alam sekitar, juga didapati dlm bbrapa dairy products, bahan kimia yg berbahaya. Eksperimen ada menunjukkan penggunaan dioxin boleh mberi kesan kepada organ/sistem badan.
Apabila memasuki badan, dioxin adlah bhan kimia yg stabil & disebabkan kebolehan tisu lemak menyerap dioxin, ianya akan disimpan dalam badan.
Kestabilan hidup (shelf life) : 7-11 tahun.
Memberi kesan kepada : kulit jadi luka (chloracne & patchy darkening) pada kulit, ubah fungsi hati, kesan kpda sistem imunisasi, saraf, endokrin & reproduktif. Terbukti kpd haiwan, penyebab beberapa jenis kanser.
Dalam senarai EPA - dikategorikan sebagai PALING TOKSIK. maklumat lanjut
- Tributyl-tin (TBT) :
Bahan kimia toksik, beri efek negatif kpd manusia, haiwan & alam sekitar
Kajian pada anjing : sbbkan 'imposex' (female develop to male), boleh sebabkan infertiliti (kemandulan) atau kematian. maklumat lagi
- Sodium polyacrylate :
Bahan kimia, dimasukkan dlm btk serbuk dalam DD
Super-absorbent
bila serbuk basah, ia btukar mjadi gel - boleh melekat pada genital bayi, hingga menyebabkan berlakunya tindak balas alergik
Menyebabkan peradangan kulit, demam, muntah infeksi staph pada bayi
Jika disuntik pada tikus, boleh berlaku kegagalan kardiovaskular, pendarahan & kematian
Dilarang penggunaan dalam tampon wanita - nyebabkan Toxic Shock Syndrome klik sini
Jadi, kepada ibu dan ayah di luar sana, apa lagi yang kalian tunggu demi kebaikan anak, kesihatan anak anda, demi kewangan anda & demi alam sekitar?... Jadilah ibu bapa dan pengguna yang bijak.. Saya mesti pilih (tiru iklan Bank Rakyat...).. Sehingga berjumpa lagi..
Salam hormat..
p/s: kepada ibu2 dan ayah2 di luar sana, jika perlukan bantuan penulis utk membeli CD, bolehlah menghubungi penulis ye...
cara membasuh tangan dengan betul...
artikel dari fieza on Selasa, 12 Mei 2009 at 3:43 PTG
CARA MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL

Basahkan tangan dengan air yang mencukupi. Basuh tangan dengan sabun pencuci tangan.
Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda.

Gosok pula setiap jari-jemari dan di setiap celah-celah jari

Gosok pula kuku anda pada tapak tangan. Lakukan pada kedua-dua belah kuku tangan

Gosok pula di kedua-dua belakang tangan anda.

Bilas dengan air yang mencukupi dan bilas sebersih-bersihnya.

Keringkan tangan yang dibasuh tadi dengan tuala bersih atau dengan udara yang kering (kalau ada kat rumah la... selalunya ada di toilet awam atau kedai makanan segera..)

Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman...Jadikan ia satu amalan...
p/s: tapi dalam amalan kebersihan ini, gunakan air sebaik2nya..
Kredit gambar dari MyHEALTH Portal
selsema khinzir
artikel dari fieza on Khamis, 30 April 2009 at 2:50 PTG
Setakat entry ini dikarang, sebanyak 103 kematian telah dicatatkan di Mexico. Malaysia masih bebas dengan wabak ini, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil.
Selsema khinzir (H1N1) pernah dikatakan diramal berlaku pada 1976. Influenza ini dikatakan satu ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat pernah meramal pada 1976 mengenai pandemik ini, namun ia dikatakan tidak wujud. Pada 1976, tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey didapati sakit akibat satu bentuk selsema khinzir yang luar biasa. Pegawai-pegawai memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat AS tetapi pandemik itu tidak berlaku. Sehingga kini, Mengapa dan bagaimana pandemik itu berhenti dengan sendirinya, masih tidak diketahui.
Lagi info mengenai selsema khinzir; apakah itu selsema khinzir, bagaimana dijangkiti & lain-lain, sila lawati:
http://www.cdc.gov/swineflu/swineflu_you.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Swine_flu
kebaikan nutrien
artikel dari fieza on Sabtu, 18 April 2009 at 3:33 PTG
KARBOHIDRAT
- membekalkan sumber tenaga yang diserap segera oleh sistem tubuh manusia terutamanya otak dan sistem saraf
- ditukarkan daripada kanji & gula kepada glukosa dan akhirnya tenaga
- menyumbang 50% tenaga diperlukan tubuh
- karbohidrat ringkas tidak mengandungi vitamin dan mineral - gula pasir & sirap
- karbohidrat kompleks mempunyai serat & penuh nutrien - nasi, mee, ubi, bijirin, kekacang
- mempunyai 5 fungsi utama - merangsang pertumbuhan & penggantian tisu otot; membentuk antibodi; mengimbangi kandungan air; memelihara keseimbangan tubuh; membentuk kompaun tubuh yang penting - hormon, enzim & hemoglobin
- komponen penting otot, organ & kelenjar
- sumber haiwan: lembu, kambing, ayam, ikan, telur - lengkap & mengandungi asid amino penting yang tidak dihasilkan tubuh
- sumber sayuran: bijirin, kekacang dan roti - tidak lengkap (kecuali kacang soya)
- susu ibu adalah protein terbaik untuk si kecil
- penting untuk metabolisme & pembinaan & pengawalan fungsi-fungsi sel
- diperlukan hanya sedikit untuk keperluan harian
- 2 jenis; larut lemak (A, D, E dan K) & tidak larut lemak (B dan C)
- serat larut (kacang, bijirin, oat barli & pisang) akan menarik air & ditukar kepada bahan yang berbentuk gel semasa penghadaman - proses penghadaman menjadi lambat
- serat tidal larut (sayur-sayuran, bijirin & produk gandum) menyebabkan najis banyak dan mempercepatkan perjalanan makanan melalui badan seterusnya mengelakkan sembelit
- Gabungan hidrogen & oksigen
- tempat bergantung semua sel dan organ tubuh untuk menjalankan fungsi dengan baik.
- penting untuk mengawal suhu badan & proses pernafasan
rotavirus
artikel dari fieza on Isnin, 13 April 2009 at 3:05 PTG
ROTAVIRUS
Rotavirus adalah sejenis virus yang menyababkan cirit-birit teruk dan muntah atau gastroentiritis akut di kalangan kanak-kanak. Ia mula ditemui kira-kira 26 tahun dahulu di Melbourne, Australia. Ia adalah virus yang sangat mudah dijangkiti. Virus ini boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit, bertahan beberapa hari di permukaan keras, dan mampu bertahan selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami cirit-birit dan merupakan pembunuh kedua tertinggi di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun selepas pneumonia. Cirit-birit biasanya berlaku selama tiga hingga sembilan hari dan boleh berlanjutan sehingga tiga minggu.
CARA PENYEBARAN
* melalui najis yang mengandungi rotavirus ke mulut,
* air tercemar
* alatan permainan yang disentuh pesakit
* kebersihan yang tidak terjaga
SIMPTOM
* demam
* disusuli muntah
* cirit-birit sehingga berlaku dehidrasi (kekurangan air dalam badan)
* sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi,
* kejutan, degupan jantung yang tidak normal
* tekanan darah rendah, penurunan kadar darah - boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang
* kematian
RAWATAN
* TIADA RAWATAN KHUSUS
* menjaga kebersihan
* pengambilan vaksin seawal bayi berusia enam minggu hingga bulan ketujuh
Ambillah langkah pencengahan sebelum si kecil kesayangan anda atau sesiapa sahaja dijangkiti virus ini. Mencegah lebih baik dari merawat.
Sumber dari : Berita Minggu, Ahad, Februari 2009
cervical cancer
artikel dari fieza at 3:01 PTG
Cervical cancer is a serious condition that can be life threatening. It begins when a woman becomes infected with certain types of Human Papillomavirus; also known as HPV. If the immune system does not clear the infection, normal cells can begin to grow abnormally and turn into precancerous lesions.
If not discovered early and treated, this abnormal cell growth can become cancer. Most often this can take a number of years, although in rare cases it can happen within a year.
APAKAH ITU HPV (Human Papillomavirus)?
1. Virus yang biasa menjangkiti wanita dan lelaki.
2. Terdapat lebih dari 100 jenis virus. Kebanyakan HPV (bukan MPV ye) tidak menunjukkan sebarang simptom, tidak berbahaya dan boleh dihilangkan.
3. Lebih kurang 30 jenis HPV dikenali sebagai HPV genital (alat kelamin) - kerana menjangkiti kawasan genital. Sesetengahnya boleh menyebabkan kanser serviks atau ketidak normalan sel pada serviks yang boleh bertukar kepada kanser.
4. Sesetengahnya pula boleh menyebabkan bijian pada genital (warts) dan juga tumor (benign) pada serviks. Kedua-dua ini adalah tidak berbahaya (noncancerous) - tidak bersifat kanser.
5. Individu yang mempunyai HPV tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom, maka pemindahan virus boleh berlaku tanpa disedari.
BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGETAHUI SEKIRANYA SAYA DIJANGKITI HPV?
Kebanyakan infeksi HPV ini boleh dikenalpasti apabila ujian Pap yang dilakukan tidak normal keputusannya. Ujian Pap adalah sebahagian ujian gynecologi yang membantu dalam mengesan sel tidak normal dalam serviks sebelum berubah menjadi pre-kanser atau kanser serviks.
Kebanyakan pre-kanser serviks (boleh berubah menjadi kanser) mempunyai kaitan dengan HPV dan boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Sebab itulah ujian awal amat diperlukan.
BAGAIMANA HPV DIRAWAT?
Sehingga kini tiada bukti rawatan untuk HPV. Majoriti individu yang dijangkiti HPV, pertahanan badan mampu membersihkan virus tersebut.
Bagaimana pun, jika badan tidak mampu melawan virus ini, maka kesan yang lebih teruk akan terjadi.
Mari kita bincangkan mengenai siapa yang berisiko untuk mendapatkan kanser serviks dan pre-kanser ini..
1. wanita yang pernah dijangkiti oleh sesetengah jenis HPV (dah tahu kan apa untuk dijangkiti semula. HPV ni?).. dan badan tidak mampu untuk membersihkan virus tersebut berisiko
2. Berusia antara 35-55 tahun. Lebih separuh wanita yang didiagnosis menghidapi penyakit ini. Kebanyakan mereka terdedah kepada penyebab kanser HPV semasa masih remaja dan pada usia 20-an.
3. Lebih ramai wanita yang dijangkiti tidak pernah membuat ujian Pap.
Sumber : Tell someone about cervical cancer, National Cancer Society Malaysia
panduan pemakanan si manja
artikel dari fieza at 2:40 PTG

Tahap 1: Makan Paling Banyak
Tahap 2: Makan Banyak
Tahap 3: Makan Sederhana
Tahap 4: Makan Paling Sedikit
Tahap 1: Makan Paling Banyak
* Ambil 6-10 hidangan
* Terdiri daripada karbohidrat kompleks
* Sumber tenaga yang diperlukan badan si manja
* Karbohidrat kompleks dipecahkan menjadi glukosa, yang merupakan gula ringkas yang akan diserap oleh badan
* Menggerakkan fungsi badan
* Memberi si manja tenaga yang diperlukan
* Juga mengadungi serat; karbohidrat tidak hadam - membolehkan sistem penghadaman berfungi lebih sihat.
* Contoh hidangan: nasi, mee, roti, bijirin & produk bijirin, dan ubi-ubian
Tahap 2: Makan Banyak
* Ambil lebih daripada 2 hidangan sehari
* Membekalkan vitamin, mineral dan serat
* Mengandungi bahan sihat, fitokimia
* Kebanyakan fitokimia - antioksidan yang dapat membantu menentang penyakit
* Contoh: buah-buahan tempatan, epal, sayuran hijau, lobak
Tahap 3: Makan Sederhana
* 2-3 hidangan
* Kaya dengan protein
* Protein - blok binaan asas untuk tisu badan.
* Membaiki, mengganti dan membuat tisu; memastikan pertumbuhan optimum
* Juga kaya dengan kalsium,vitamin dan mineral
* Contoh: ikan, ayam, daging, telur, susu dan hasil tenusu, kekacang
Tahap 4: Makan Paling Sedikit
* Kuantiti yang kecil
* Si kecil hanya memerlukan sedikit lemak
* Dapat membekalkan tenaga, vitamin larut lemak dan asid lemak perlu.
* Pengambilan berlebihan, meningkatkan berat badan
* Gula- beri secara berhemat; garam - kuantiti yang sangat kecil.
* Contoh: garam, gula, lemak, minyak, marjerin
Info tambahan:
Tambah Lebih Khasiat Kebaikan
Piramid makanan sekadar memberi idea mengenai jenis makanan dan jumlah yang wajar diberikan. Ia dapat membantu manambah khasiat kebaikan dalam diet si kecil manja anda.
Pelbagaikan Gaya Masakan
Terdapat cara yang lebih sihat daripada yang lain. Jadi, utamakan cara masakan yang lebih sihat, seperti membakar, mengukus dan memanggang
Utamakan Makanan, Sayur dan Buah yang Segar
Lebih segar, lebih sihat. Gunakan makanan, sayur dan buah yang segar berbanding yang telah diproses, atau makanan dalam tin
Perhatikan Label
Semak label terlebih dahulu bagi memastikan makanan tersebut sesuai untuk anda dan si manja anda. Perlu diketahui bahawa pengawet, pewarna tiruan dan pemanis tidak menambah nilai dalam pemakanan anda
Masaklah di Rumah
Makanan yang terbaik sebenarnya adalah di rumah. Ini kerana apabilia anda memasaknya sendiri, tahap kebersihan tentulah anda yang lebih arif. Makanan yang dimasak di rumah adalah lebih berkhasiat dan lebih sihat. Selain mengetahui tahap kebersihan, anda juga boleh menambah sayur atau buah dan boleh mengurangkan kandungan gula, garam, lemak serta minyak dalam makanan yang dimasak.
Walau bagaimanapun, perlu diingat, pemakanan yang baik bukan sekadar mengikut panduan piramid makanan, ia juga bergantung kepada amalan dan tabiat pemakanan yang betul. Makanlah mengikut masa yang telah ditetapkan. Jangan terlebih atau terkurang makan. Perlulah memastikan pilihan yang terbaik untuk si kecil dan juga keluarga anda..
Selamat mencuba.
p/s: Perlu diingatkan penulis bukanlah pakar dalam bidang pemakanan, jadi rujuk pakar untuk langkah yang lebih berkesan
Info dari : Mingguan Malaysia, Mac 2009
Kredit gambar piramid makanan dari:
http://smkaj.net/saadiah/wp-content/uploads/2008/05/makan_secara_sihat1.jpg
pedih ulu hati..
artikel dari fieza on Isnin, 2 Mac 2009 at 1:41 PTG
- PEDIH ULU HATI SEMASA MENGANDUNG/HEARTBURN DURING PREGNANCY
Atas perut terdapat otot yang di panggil 'sphincter' yang akan terbuka untuk membenarkan makanan masuk dan akan tertutup untuk mengekalkan kandungan dalam perut. Apabila mengandung, hormon yang dikeluarkan akan menyababkan sphincter tadi berada dalam keadaan rehat. Ini akan menyebabkan kandungan perut akan mengalir bertentangan (refluks). Inilah yang menyebabkan rasa terbakar pada ulu hati. Pedih ulu hati akan menjadi lebih teruk apabila bayi dalam kandungan semakin membesar dan terdapat lebih tekanan di dalam perut.
Langkah Mengelakkan Pedih Ulu Hati
- Jauhi makanan yang mengandungi kafein, coklat, minuman berasid dan berkarbonat, alkohol, dan makanan berlemak
- Makan makanan dengan kuantiti yang kecil tetapi lebih kerap sepanjang hari
- Elakkan makan makanan berat sejurus sebelum masuk tidur
- Pakai pakaian yang lebih longgar
- JANGAN MEROKOK
- Amalkan postur yang baik.
tumbuh gigi
artikel dari fieza on Isnin, 23 Februari 2009 at 3:31 PTG
- demam ( de sehari tu demam, tp lepas basahkan rambut die dgn air asam jawa, dah kebah)
- air liur meleleh..- tp xbanyak la..
- sukar tidur malam- malam tadi la..tiba2 die nangis, uih..terkejut kami..ye la, baby xnangis..tiba2 jer..kalut gak..(hahHAHaa,...)
- asyik nak menggigit jer..- bile suapkan nasi, habis digigit sudu tu..siap bergetar2 sudu dibuatnye..
- menangis - baby xla sgt..cuma die jadik manja sket..Nak soh dukung, peluk2 dIe.. baby cuMa mereNgek2 jer..tu pun di waktu malam..
- batuk - sebelum rase de kasar pada ulut die tu..lama gak baby batuk..cian tgk die..
- gusi membengkak - yang ni xbape perasan la..sbb baby pandai sembunyikan gusi bawah die..asyik kuar lidah jer...
- selsema - 2 hari dah..tp hari ni kuar hijau sket..hopefully ok la..petua org tua2.. lau selsema, jgn mandikan baby di waktu pagi..tul ke??
- hilang selera makan - baby makan sket jer..kdg2 tu kena main sambil makan dgn die..
- de bagi die gigit teether die yng lembut tu..tapi masalahnye, die kurang gemar sket..die nak gigit benda yg keras, cam botol bedak, sudu plastik..adoi..cmner ni..huhuhUHu.
- memang sentiasa mendampingi baby - tadi pg anta baby ke taska, tiba2 die nangis..ala, sedey jek dgr..
- jelom (basahkan) kepala baby dgn air asam jawa.- dgn iar daun rambutan pun ok..
- terpaksa la jadik jaga di waktu malam..huhu..nak wt cmner..malam tdi mmg xlena tido..
- banyakkan bagi air suam pada baby..alhamdulillah, batuk pun dah ok..sket2 jer..
- bagi ubat - kami xbagi la pulak sbb rase cm ok lagi..demam pun dh kebah, selsema sket jer..batuk pun ok dah..
To anak mama, bersabar la ek..InsyaAllah, nanti baik ye..anak mama dah nk tumbuh gigi ye...