Contoh Soalan Peperiksaan Online PTD M41 2016 | Rujukan Latih Tubi Exam Online PTD

on Khamis, 14 Januari 2016

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 PTD 2016. Peperiksaan online PTD makin hampir! Dah sedia untuk jawab soalan peperiksaan Seksyen A dan Seksyen B? Atau masih keliru, masih tak tahu topik dan bagaimana soalan bakal dijawab? Nak contoh soalan exam peperiksaan online ptd M41?

download contoh soalan peperiksaan exam online ptd

Baki hari yang ada sewajarnya digunakan oleh calon-calon PTD untuk mengulangkaji dengan bijak. Soalan exam online PTD Seksyen A Pengetahuan AM  skopnya amat luas. Topik yang boleh dikeluarkan dalam Seksyen A merangkumi politik, isu semasa, sejarah, geografi, sukan, sistem perundangan, perlembagaan dan banyak lagi topik berkaitan.
Dengan masa yang amat suntuk terutama kepada mereka yang sudah pun bekerja dan berada di luar skim M, cabarannya amat mendebarkan!
Bagaimana caranya nak menghadapi peperiksaan online PTD M41 pada 19 Januari 2016 dengan lebih baik?
Saya kongsikan beberapa tips penting untuk calon exam online PTD! Jangan lupa untuk download contoh soalan peperiksaan online PTD M41 di bawah!

10 Tips Penting Persediaan Peperiksaan Online PTD M41 2016

Apa yang saya kongsikan adalah pengalaman sewaktu saya menjawab soalan peperiksaan online PTD M41 2014. Anda wajib bersedia mental dan fizikal kerana masa yang diberi untuk menjawab soalan exam online PTD memang cukup-cukup sahaja. Tiada masa untuk anda berhenti sekejap semasa jawab soalan ptd. 

Anda persiapkan diri dengan 10 tips peperiksaan online PTD ini, kemudian bersedia dengan buat latih tubi contoh-contoh soalan peperiksaan online PTD. Isu semasa perlulah yang up-to-date. 

Maka, buku-buku panduan yang lama mungkin tidak lagi dijadikan panduan untuk lulus peperiksaan online ptd 2016.

1. Tandakan dan ingat tarikh penting 19 Januari 2016. Tanda dalam telefon pintar. Tulis atas kertas, lekatkan di peti sejuk atau dinding di rumah. Jangan lupa, tulis "AKU LULUS PEPERIKSAAN ONLINE PTD" di atas kertas yang sama!

2. Beritahu ahli keluarga terdekat. Suami atau isteri dan jangan lupa ibubapa kita. Mereka punya kuasa doa yang cukup hebat melampaui mana-mana panduan lulus exam PTD yang ada!

3. Salin kata laluan dan pautan masuk ke laman peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik! Kalau lupa, sila semak emel yang dihantar oleh pihak SPA. Jangan bila dah nak mula peperiksaan online, baru kita terhegeh-hegeh nak cari kata laluan dan pautan masuk. Bahaya!

4. Mohon bantuan ahli keluarga, rakan rapat untuk bantu anda bersedia dan menjawab soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Jika anda berada di luar Skim M, mungkin banyak juga yang anda perlu tahu tapi tapisan exam online PTD tidaklah begitu terperinci memandangkan ianya akan menapis ribuan calon yang datang dari pelbagai latarbelakang kelulusan. Jangan risau, dapatkan sokongan dan kata-kata semangat daripada mereka!

5. Ulangkaji? Ya. Mulakan sekarang untuk melakukan ulangkaji bermula dengan topik dalam Seksyen A. Antaranya ialah sejarah Malaysia. Contohnya tarikh-tarikh penting dalam sejarah Malaysia seperti Suruhanjaya Cobbold. Baca juga tentang Perlembagaan Malaysia, struktur dan kuasa Mahkamah di Malaysia dan lain-lain.

6. Bawa "teman" semasa menjawab soalan peperiksaan online ptd. Boleh sangatlah. Oleh sebab ianya peperiksaan online, tiada sesiapa yang memantau anda calon exam ptd. Walaupun nampak macam boleh "meniru," tapi berdasarkan pengalaman saya menjawab soalan exam ptd pada tahun 2014, masa yang diperuntukkan memang cukup-cukup untuk jawab soalan. Banyak korek sana-sini, memang tak sempat jawab. Habis masa, laman menjawab soalan akan terus tutup untuk ke seksyen seterusnya! Tapi, ada teman semasa menjawab pun bagus juga. Betul tak?

7. Rehat yang cukup. Sebelum berperang pada 19 Januari, pastikan anda calon exam online ptd m41 cukup rehat. Walau pun masa peperiksaan hanya kurang 3 jam, ianya cukup mencabar. Percayalah, debarannya memang lain macam! Maklumlah, jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik bukan calang-calang jawatan!

8. Yakin diri! Ya. Anda calon exam online mesti yakin diri. Jangan cepat putus asa walaupun anda pernah menduduki peperiksaan PTD sebelum ini. Saya tahu, ramai juga yang tak berjaya dalam sesi peperiksaan yang lepas. Itu dulu, mungkin kali ini rezeki anda untuk lulus peperiksaan online PTD 2016!

contoh soalan exam peperiksaan online ptd 2014 2016
Yakin diri kunci utama lulus peperiksaan online PTD 2016!
9. Mental kena kuat. Memandangkan ini adalah peperiksaan online, ada tikanya berlaku gangguan semasa sesi menjawab peperiksaan PTD. Ada calon yang tak sempat habiskan semua, tiba-tiba dah habis masa. Maka, berlapang dada dan teruskan menjawab seksyen berikutnya. Telah berlaku sebelum ini, ada peperiksaan ulangan yang dijalankan oleh pihak SPA. Walaubagaimanapun, saya yakin SPA telah bersedia sebaiknya malah telah menang anugerah Inovasi terbaik baru-baru ini!

10. Buat latih tubi dengan menjawab contoh-contoh soalan peperiksaan PTD 2016. Kalau anda google, banyak contoh soalan exam PTD yang ada. Jadi, gunakan apa jua bantuan yang ada untuk buat persediaan yang terbaik. Peluang kali ini jangan persiakan. Ia mungkin peluang terakhir anda untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik!

PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 EDISI 2016 - ada contoh soalan untuk calon PTD buat latih tubi. 

Jika anda perlukan alat bantuan dan rujukan pantas, inilah apa yang anda perlukan. Rujukan pantas peperiksaan online PTD versi terkini. Apa yang bakal anda ketahui dalam rujukan ptd ini?
  1. Format terkini peperiksaan PTD 2016. Ia akan menjelaskan secara terperinci topik dan format Seksyen A dan Seksyen B.
  2. 70++ nota ringkas untuk anda hadam!
  3. Lebih 60++ soalan Seksyen A
  4. Lebih 40++ soalan Seksyen B
  5. Pecahan setiap seksyen
  6. Nota Khas GTP dan GST

Tiada apa-apa kerugian jika anda mendapatkan panduan khas ini. Ia telah terbukti membantu ramai calon exam online SPA sebelum ini untuk dapat hint. Malah ramai yang gembira sebab lulus peperiksaan online PTD. Lihat saja contoh di bawah. Saya mendoakan anda bakal menjadi salah seorang yang lulus exam peperiksaan online 2016 ini.

contoh soalan exam ptd m41

Ini antara calon peperiksaan PTD M41 tahun 2014 yang telah lulus. Anda bagaimana?
Dapatkan terus di pautan ini:
Dapatkan di sini --> PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PTD M41

Saya doakan anda berjaya!

Sumber utama: www.hafizmohd.com
Tag : , , , , ,
 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO