Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

E-Buku Panduan Resepi Roti Bun Pau Pizza Mudah Sedap Boleh Jual

on Isnin, 17 Jun 2013

Assalamua'laikum.
Resepi Roti Bun Pau Pizza Mudah Sedap Boleh Jual. InshaAllah. Roti bun, pau mahupun pizza yang sedap, lembut, gebu dan paling penting resepinya mudah untuk dicari di kedai dan dibuat sampai menjadi. Inilah e-buku atau panduan cara nak buat roti bun pau dan pizza yang benar-benar boleh menjadi! Untuk mencari resepi roti bun, pau dan pizza yang benar-benar mudah dan sedap serta senang untuk dibuat pastinya bukan mudah. Betul tak?

Tag : , , , , ,

Resepi Kek Cawan Mudah

on Jumaat, 25 Mei 2012

Assalamua'laikum.

Atok dah cakap awal-awal yang memang Atok tak reti buat resepi kek cawan yang senang lagi mudah. Jadi, Atok hanya mampu kongsikan resepi yang Atok dapat dari sumber-sumber yang ada. Kali ni, Atok kongsikan resepi kek cawan/cupcake senang lagi mudah.

Inilah resepi kek cawan mudah. Jom kita baca sama-sama.

Tag : , , , , , , , , ,

Sup Ayam Best

on Sabtu, 13 Mac 2010


Salam. Bertemu lagi. Minggu lepas kesihatan saya sedikit terganggu. Encik suami dengan murah hati menawarkan diri memasak, walaupun saya masih mampu melakukan aktiviti ni. Tapi, encik abang tetap berkeras nak masak. Masak simple jer, sup ayam, tapi best.. (Pandainya encik suami ni masak..hihi). Jom tengok resepi ringkas tapi sedap ni..

BAHAN-BAHAN (UNTUK 2-3 ORANG)
  1. Ayam   ----   separuh
  2. Halia   ----   1cm
  3. Bawang besar   ----   1 biji
  4. Bawang merah   ----   2 ulas
  5. Bawang putih   ----   2 ulas
  6. Kulit kayu manis   ---- 5 cm
  7. Buah pelaga, bunga lawang
  8. Garam secukup rasa
  9. Daun sup
CARA-CARA
  1.  Halia, bawang besar, bawang merah dan bawang putih dikisar terlebih dahulu
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisaran tadi dengan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan 1 liter air dan masukkan ayam. Rebus sehingga ayam menjadi lembut dan kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan selama beberapa minit.
  5. Letaklah daun sup untuk lebih warna (hiasan & boleh dimakan). Siap dihidang.
Senangkan?? Sungguh dan sangat-sangat senang. Oh ye, disebabkan sup ini tidak pedas, amatlah disyorkan agar sup dikongsi bersama-sama anak kecil yang gemarkan sup. Korang tidak perlu risau anak kecil korang tidak mahu makan atau sakit perut. Silap-silap, sup ni akan menjadi kegemaran mereka. Selamat mencuba ye..


Tag :

bihun lada...

on Jumaat, 16 Oktober 2009

Salam semua dan selamat hari Jumaat. Masuk hari ni dah 4 hari mak ayah de kat rumah..syiok.. haha.. adikku kena lapor diri, 3 hari di putrajaya.. so, mak ayah menghantar anak die tu.. (tgk, jasa mak ayah kita..)hehe.. skang ni asyik citer pasal mak ayah jer.. hahaa..

Oh ye, kali ni pasal mak juger.. tapi lain sikit..pasal bihun lada ciptaan mak.. yang saya tau, tuk ajar mak, sekarang mak ajar saya..hihi.. selalu bulan puasa mesti mak akan buat sekali, dua kali, dan beberapa kali.. tapi, bulan puasa lepas, tak sempat saya nak rasa.. pastu fikir buat bihun lada la.. so, petang semalam sibuk mencari bahan-bahan bihun lada ni.. pastu, terus buat dengan mak.. mak ajar la kan.. sedap...nak tau camner...? jom...

BIHUN LADA BUATAN MAK SAYA...
BAHAN
  1. bihun halus - direndam dengan air selama beberapa jam
  2. udang putih
  3. lada hitam - ditumbuk
  4. bawang merah & bawang putih - hiris halus
  5. asam jawa
  6. garam & gula secukup rasa
  7. sawi
  8. daun bawang, tauhu (tokua), cili padi - untuk hiasan & makan
CARA
  1. tumis bawang yang dihiris halus tadi sehingga wangi/kekuningan
  2. masukkan lada yang ditumbuk halus berserta air
  3. tambah air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  4. masak sehingga kuah menjadi pekat
  5. masukkan udang putih
  6. kemudian masukkan sawi
  7. seketika, tambah bihun ke dalam kuali
  8. kacau sebati
  9. angkat & tambahkan bahan hiasan
  10. boleh dimakan..
Warna bihun mungkin sedikit tidak menarik, tetapi bagi penggemar pedas, mesti anda menggemari bihun lada ini.. Kalau ada masa lebih-lebih nanti, ingin ku buat sendiri.. Sukatan bahan-bahan cam biasa la, kena agak-agak sendiri ye.. sebab saya pun main agak-agak jer.. haha, so, sesaper nak cuba, cubalah ye.. Coba kau coba...

Inilah entri ringkas.. Maaf lupa nak ambil gambar sebab excited nak makan.. hahaa... Okey lah, sehingga berjumpa lagi..InsyaAllah..

Tag :

siakap stim

on Khamis, 10 September 2009

Salam.. apa khabar? puasa kah kekawan? Alhamdulillah.. Entah la kenapa, tahun ni rasa puasa tu teramat la sekejap.. tup2 dah tinggal 10 hari je lagi puasa.. rasa macam sekejap jer..

Hari tu de buat siakap 3 rasa.. dah lama gak, dah basi lau simpan kot.. hahaa... 3 rasa, tapi xtau la rasa tak 3, yang nyata mmg sodap eh.. hihiiii... sekilo RM16 siakap tu.. oklah, fresh.. main buat jer sebenarnye, nasib baik sedap kata abang.. hahaa.. nak tengok rupanye?..

ni ikan yang belum masak... dipotong dua..











ni pulak bila dah siap.. persembahan untuk dimakan...

cmner nak buat? jom tengok..
  1. Stim kan ikan siakap.. (tau kan cmner...)
  2. panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bawang, dan sedikit cili kisar..
  3. tambah sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram..
  4. tambah garam dan gula..
  5. masak hingga pecah minyak.. jika suka, boleh tunggu hingga kuah pekat..
  6. masukkan tomato (tomato man).. - dipotong kecil2..
  7. masukkan bawang besar sebagai hiasan..
  8. tutup api, boleh berbuka apabila masuk waktunya....
selamat mencuba la ye... ini resepi ikut suker ati... haha.. kadang2 instinct anda akan buatkan masakan sedap.. cubalah...

Ni nanti nak cuba lagi, kali ni mungkin cara lain skit.. jom layan...

Tag :

ayam goreng madu..

on Khamis, 3 September 2009

Salam.. apa khabar? huhu.. dah jadik satu sindrom plak, mood menulis kureng.. sama macam encik suami ku... tak de idea nak tulis pe.. belek punya belek, hari ni cerita pasal resepi mudah & ringkas.. maklum la bulan pose nih, mula la nak mencari masakan yang lain kan..

Kali ni kita cuba gorengkan ayam madu... nih cara-caranya..
  1. Potong ayam ikut suka.. kalau nak besar, tak payah potong.. Kalau tak, potong kecik2..
  2. Ambil 1 sudu madu dan gaul bersama potongan ayam tadi..
  3. Perapkan selama beberapa jam. (Saya perap tengahari & goreng masa nak berbuka..)
  4. Selepas perap, campurkan dengan garam dan kunyit, dan gaul sebaiknya..
  5. Panaskan minyak, dan goreng ayam tadi..
Oh ye, ayam goreng madu ni akan kelihatan sedikit hitam, sebab madu kot.. Tapi sedap rasanya.. Isi ayam jadi lebih lembut.. sedap dimakan.. yum yum.. boleh la cuba resepi mudah ni kan.. Selamat mencuba..

** gambar tak de, lupa nak amek.. dah abis makan baru teringat.. huhuuu...
** oh ye, selamat berpuasa ye semua.. dan selamat berbuka..

Tag :

bubur untuk si kecil

on Selasa, 21 April 2009

Makanan yang sihat penting untuk pertumbuhan bayi anda. Mari belajar membuat bubur untuk si kecil..Senang jer..

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
  • segenggam beras
  • air mencukupi
  • oat
  • ayam/ikan/daging - boleh dipilih
  • lobak merah - separuh - juga boleh gunakan pelbagai jenis sayuran hijau (bayam/brokoli) - cincang dahulu sayuran ini
CARA MEMBUAT:
  • cuci beras sebersihnya
  • masukkan air dan biar mendidih - macam masak nasi, cuma airnya lebih
  • masukkan oat, ayam/ikan/daging
  • masukkan sayuran
  • tambah air jika perlu
  • setelah masak, masukkan ke dalam pengisar. kisar sebentar sahaja jika mahukan tekstur yang lebih kasar
  • boleh dimakan oleh si kecil anda..
Perlu diigatkan tidak perlu menambah sebarang bahan perasa untuk si kecil. Andalah yang mencorakkan pemakanan anak anda nanti..
Tag :

popia home made..

on Jumaat, 20 Mac 2009

Salam, nih de resepi buatan sendiri..xde la sendiri sgt, just bahan-bahan cekau yang mane de kat dalam peti..huhu..tajukknya.. popia home made..sbb buat kat rumah..hahHAHhaa..

Bahan-bahan:
1) kulit popia - lau x xjadik nih..
2) cebisan ayam/kepingan ayam utk buat burger tuh..
3) lobak merah
4) sayur warna hijau - cth:sawi ker,pape warna hijau..
5) ubi kentang
Cara-caranya..
'Thaw' kan dulu kulit popia dari peti.
Kepingan ayam dipotong halus2 (dadu) - masak dulu best gak..campak jer..pas2 letak sos black pepper, sos cili, cili padi, kicap sket, garam & gula secukup rase.. Sayur nak goreng skali pun leh gak.. Goreng-goreng sket.. Pas2 angkat..
Ubi utk pastikan die masak, rebus dulu.. rebus bersama lobak merah.. Agak-agak dah empuk tu, kira ok la..xyah lama2 sgt..
Masukkan bahan goreng tadi bersama ubi dan lobak. Kacau biar die 'mix' dengan baik.
Pas2 bungkus bahan-bhan tadi dgn kulit popia.. Pas balut, leh goreng popia tu..
Kendian, leh la makan bersama air kegemaran bersama-sama keluarga.. Sesuai dihidang utk kkwan..
Tag :

lauk masak sambal tumis..

on Selasa, 24 Februari 2009

Salam..nih post baru la..saje je..sebenarnye ni masakan @ makanan kegemaran saya..Lau org penang sebut ni masak cabai. Org terengganu plak panggil masak asam (sebab suami org tganu)..org kl panggil sambal tumis..lain2 xtau..ni resepi nye..simple jer..hatta org bujang lh try..kejap lak tu..

IKAN/AYAM/TELUR/IKUT SUKA MASAK SAMBAL TUMIS
Bahan2:
Lauk - ikan/ayam/telur/ikut suka..
Cili kering yg dimasak dan dikisar/cili boh -kuantiti ikut citarasa.
Bawang merah, bawang besar, bawang putih - boleh dikisar/ dihiris kecil2..
Garam dan gula
Air

Cara2:
  1. Gorengkan terlebih dahulu lauk (ikan/ayam/telur/ikut suka tu...)
  2. Panaskan minyak (nak tau, tgk kuali dah berasap ke belum...)
  3. Tumiskan geng-geng bawang tadi.. tumis sehinnga naik bau/sedikit kuning
  4. Masukkan cili kering dikisar/ cili boh (selalunye utk 2 org saya masukkan 4 sudu besar,leh makan 3 kali kot...)
  5. Tambahkan sedikit air. Biarkan seketika sehingga mendidih..
  6. Tambahkan garam (saya guna garam kasar) - kena agak2 la..xtau nk citer..
  7. Biarkan kuali di atas api, sehingga pecah minyak..(minyak tu nampak kecik2 di permukaan kuah)
  8. Tambahkan gula secukup rasa
  9. Masukkan lauk yang telah digoreng tadi..
  10. Biarkan seketika, dan kemudian hidangkan dan makan....
Ni la resepi ekspress..Leh dimakan bersama nasi atau cicahkan dengan roti..sedap...Setengah org lau masak dgn ikan, letak air asam jawa..tapi saya lebih gemar cmni jer..ikut kesukaan la yek.. Lagi satu, lau masak telur, tak digoreng dulu telur tu pun ok, lh pecahkan jer dalam kuah yang tengah dimasak.. Uii..ni favorite dulu2 nih.. Utk yg mengejar masa/org bujang/sesaper la..boleh la mcuba masakan ni..cepat dan jimat..
Tag :
 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO