Semua tahukan makanan tradisional Korea adalah kimchi. Kimchi ini adalah sayur yang diperam dengan pes cili. Pernah makan sekali semasa ke Korea dahulu. Memang pedas, tetapi sedap. Mungkin secara kebetulan, tetapi ramai orang Korea memiliki badan yang cantik, dan sangat susah untuk melihat mereka yang gemuk di jalan raya.
Ada yang percaya faktor pemakanan merupakan perkara penting memiliki tubuh yang cantik ini. Ada tiga herba tradisi yang dipercayai boleh membantu menjaga kesihatan badan.
BAWANG MERAHBawang merah dipercayai dapat membantu mengubati diabetes, gangguan pernafasan dan pencernaan. Bawang mengandungi thiosulfinates yang membantu mengurangkan gejala diabetes dan melindungi daripada penyakit jantung. Quercetin, iaitu flavonoid dapat mencegah peradangan alergi dan melindungi daipada radang lambung, kanser kerongkong dan kanser payudara.
Memilih bawang yang lebih pekat adalah lebih baik. bawang yang dimasak sedikit atau diambil mentah juga dikatakan lebih baik supaya thiosulfinates tidak hilang akibat panas.
CILI MERAH
Artikel terdahulu pernah cakap pasal cili ni kan? Boleh membantu melangsingkan badan. Ini mengandungi capsaicin, yang menghasilkan rasa panas dan pedas. Ia dikatakan efektif untuk meredakan sakit otot, rasa tidak nyaman setelah pembedahan dan radang sendi. Ia juga mampu menghalang zat kimia penghantar signal yang menghantar rasa sakit ke otak. Capsaicin juga membantu menghilangkan lemak perut.
Cili merah dikatakan mampu mengawal kadar gula dalam darah. Respondan yang mengambil lebih banyak elemen capsaicin dilaporkan memiliki kadar hormon pengatur gula darah yang lebih tinggi dan kadar hormon lapar yang lebih sedikit berbanding mereka yang kurang mengambil elemen ini.
LEMON BALM
Mampu menghilangkan rasa panik, meningkatkan memori, membantu tidur yang lebih nyenyak dan membantu pencernaan. Ia juga bagus untuk mengatasi gigitan binatang berbisa, menenangkan jantung dan mengikis perasaan sedih. Aromaterapi lemon balm ini mampu mengurangkan kegelisahan pesakit yang menderita akibat demensia.
Jadi, apa akata kita amalkan bersama-sama. Lagi pun, ia mudah untuk didapati kat tempat kita kan?
Yes, I have to agree with what you have stated and I am growing my own lemon balm in my garden.
BalasPadamlemon tu sangat wangi.. best buat minuman dan masuk dlm masakan..
BalasPadam@Nava.K: It's good that u have the lemon balm at ur garden.. Wish could have it too..
BalasPadammmg wangi kan..