Assalamualaikum,
Mandi panas kadang-kala dikaitkan dengan kekeringan kulit yang mungkin berlaku. Namun, di sebalik perkara itu, mandi air panas masih punya kebaikan lain.
- Penyelidikan oleh New England Medicine menunjukkan pesakit diabetes yang berendam selama setengah jam di dalam air suam boleh menurunkan 13% kadar gula dalam darah.
- Di Jepun, 10 minit berendam dalam air panas mampu memperbaiki kesihatan jantung (terutamanya golongan lelaki).
- Rendamkan badan selama 10 hingga 20 minit di dalam air bersama yang mengandungi campuran larutan soda bikarbonat (serbuk penaik) mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit.
- Mampu mengeluarkan racun atau toksin apabila mandi air sekitar 32-35 Celsius, dipercayai ia mampu membuka liang atau ruang pada kulit.
- Selain menurunkan kadar gula, ia mampu menyembuhkan sakit otot dan menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik.
- Merendam kaki di dalam air suam atau panas membantu dalam penyembuhan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kaki. Apatah lagi dengan kehadiran minyak mandian atau aroma terapi
- Sangat membantu untuk mandi apabila cuaca yang terlalu dingin.
Ada juga yang mengaitkan mandi panas membawa keburukan terutamanya bagi sistem pembiakan lelaki. Oleh itu, jangan merendam terlalu lama dan kurangkan kepanasan air mandian. Apa pun, mandi adalah penting. Ketahui kepentingan mandi di sini
Sumber rujukan: majalah wanita keluaran 1253, November 2007
admin: kata orang, selepas mandi air panas, jangan lupa bilas dengan air dingin atau sejuk, yang dapat meredakan ketegangan dan juga menyempitkan salur darah..
admin: kata orang, selepas mandi air panas, jangan lupa bilas dengan air dingin atau sejuk, yang dapat meredakan ketegangan dan juga menyempitkan salur darah..
memang besh mandi panas, tambah lagi kalau malam2 kan, kita g hot spring ke kan...kagum lana klu pi hot spring, air panas ni, siap berwap, tapi tangan kita tak melecur pun kan...beshnyaaa...klu rajin g hot spring agak2 leh kurus x? hehehe
BalasPadamthanx for de info....
BalasPadamkalo gi spa...heaven rasanye...badan letih jadi lega....
mmg mandi panas..membuka ruang2....masa tu melegakan kalo yg keletihan..kan
@lana: org kate boleh kurus lau mandi kolam panas tu, cuma mungkin kena selalu dan lama sikit kot.. jgn lupa jaga makan..
BalasPadam@kak asha: g spa mmg best la akak, rilek je kan.. teringin tul nak pegi..
Kak fieza: kat sini harus mandi air panass..tak mampu mandi air sejuk, walaupun hanya untuk bilass..hehe
BalasPadammiey: lau dah sejuk, mmg terpaksa la kan.. kt sini pun lau pagi hujan, mmg bukak sikit heater.. haha, ngada tak.?
BalasPadamBagus maklumat ni, saya akan pegi. Izinkan saya kongsi info ni dgn kawan2. Sudi2 la lawat blog saya.
BalasPadamSy suka Mandi air panas!! Tenang n selesa Je rasa.. ^_^
BalasPadam