Kitaran Haid

on Khamis, 28 Februari 2013

Assalamualaikum,

Bagi wanita, haid akan terjadi bila tiba kitarannya. Kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang teratur dan ada juga yang kitaran haidnya tidak teratur. Bagi yang teratur, tiada banyak masalah, terutamanya jika berkaitan dengan proses mengandung.

Ada beberapa sebab kenapa kitaran haid seseorang tidak teratur seperti wanita lain. Berikut adalah beberapa sebab perkara ini terjadi.

Penyebab Kitaran Haid Tidak Teratur

  1. Individu itu melalui perubahan berat badan. Sebab itu ada kitaran haidnya tidak teratur apabila mengalami peningkatan berat badan, malah ada juga yang haidnya tidak datang apabila berlaku penurunan berat badan.
  2. Berlaku masalah ovulasi, di mana ovari (tempat telur atau ovum dihasilkan) tidak dapat menghasilkan telur seperti biasa.
  3. Indivudu tersebut sedang dalam masalah dan berlaku stres.
  4. Ada penyakit tiroid atau prolactinoma atau lain-lain penyakit.
  5. Pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan (supplement) yang mampu menganggu perubahan hormon.
  6. Penambahan kalori atau lemak berlebihan. Jadi, kawal pengambilan kalori atau pelajari teknik bakar lemak yan pantas.

 Ada juga yang mengalami sakit ketika berlakunya proses kitaran haid. Admin masih teringat di waktu sekolah dahulu. Ada rakan yang langsung tidak boleh bangun dan hanya berbaring apabila beliau dalam proses kitaran haid ini. Ada dua sebab yang dipercayai berlaku sehingga menyebabkan sakit ini dialami sesetengah wanita:
  1. Sengugut - Hormon prostaglandin dihasilkan secara berlebihan ketika hitaran haid, hingga menyebabkan rasa sakit. Biasanya mereka ini normal dalam struktur tiub peranakan, rahim dan juga ovari.
  2. Endometriosis - Wujudnya 'parut' dalam struktur dalaman wanita seperti rahim, tiub falapio dan juga ovari. Bagi mengesan penyakit ini, pembedahan kecil, laparoskopi perlu dilakukan bagi melihat sendiri parut dan juga tompok hitam yang terdapat pada organ dalaman.
Bagi penyakit-penyakit ini, sila dapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan dari doktor yang berpengalaman. Admin hanya menyampaikan.

@admin - kitaran haid yang tidak normal juga MUNGKIN antara tanda serviks bermasalah.

Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO