Resepi kek coklat mudah sedap cepat siap | KEK COKLAT

on Jumaat, 2 Mei 2014

Assalamua'laikum. Resepi Chocolate cake. Resepi kek coklat kentang mudah sedap cepat siap! Saya kongsikan resepi kek coklat untuk kita buat kat rumah masing-masing. Resepi kek coklat ni senang sangat dan cepat disiapkan. Jom kita baca dulu resepi mudah nak buat kek coklat kentang!

resepi kek coklat kentang mudah murah
Jom belajar buat kek coklat kentang. Resepinya?

Resepi kek coklat kentang sedap!

Ada 10 bahan-bahan untuk buat kek coklat kentang yang sedap ni. Jom kita baca resepi kek coklat kentang. Jom!

Bahan-bahan untuk kek coklat kentang:
  1. 85 gram kentang (dicadangkan guna kentang russet, kalau takde boleh guna kentang jenis lain). Kentang dikukus dan dilenyet lumat.
  2. 125 gram mentega tanpa garam.
  3. 100 gram gula kastor.
  4. 2 biji telur. Asingkan putih dan kuning telur.
  5. 135 gram coklat masakan (85 gram diparut/50 gram dicairkan).
  6. 40 gram badam tumbuk.
  7. 113 gram tepung serbaguna.
  8. Secubit serbuk kayu manis.
  9. 25 ml susu segar.
  10. 65 gram walnut. Cincang walnut ni.
Cara nak buat kek coklat kentang:
  1. Panaskan ketuhar hingga 180 darjah celcius.
  2. Sapukan acuan kek (35cm/9 inci) dengan shortening.
  3. Pukul putih telur dulu sampai kembang. Letak tepi.
  4. Dalam 1 bekas, satukan gula dan mentega. Pukul sampai kembang.
  5. Masukkan kuning telur satu-persatu.
  6. Masukkan coklat parut dan badam tumbuk. Gaul sampai sebati.
  7. Masukkan kentang lenyek, tepung, susu, serbuk kayu manis dan walnut cincang.
  8. Campurkan adunan dengan putih telur dan kaup balik hingga sebati.
  9. Masukkan dalam acuan tadi dan bakar 40 minit.
  10. Setelah masak, tuang coklat cair.
  11. Sedia untuk dihidangkan!
Mudahkan bahan-bahan dan cara nak buat kek coklat kentang ni? Kalau tak suka kentang, mungkin kita boleh cuba gantikan dengan bahan lain. Ikut daya kreativiti masing-masinglah yer. Sama-sama kita mencubanya dan hidangkan untuk keluarga tersayang!

Panduan buat kek coklat gaya pro!

Jika anda minat dan nak belajar buat pelbagai jenis dan rasa kek coklat, saya sarankan untuk dapatkan CD kek coklat yang dikongsikan oleh Puan Shida.

Anda boleh layari laman berikut untuk melihat sendiri apa yang bakal anda pelajari melalui CD kek coklat ni. InsyaAllah, pasti puas hati!

Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO