menangkap ketam..

on Rabu, 10 Jun 2009

Salam. lama rasenya xmenjenguk ke blog nih.. Apa khabar semua? Baru-baru nih saya & suami pulang ke kg terengganu - kg suami. Perjalanan yang secara tiba-tiba sebenarnya, kerana pada mulanya, ada kerja yang perlu dilaksanakan, namun pada saat2 akhir, bos kata kerja ditunda. Jadi, plan asalnya yang terbantut, bersambung semula.

Perjalanan yang agak dipenuhi kenderaan, tetapi masih terkawal. Maklumla, cuti sekolah masih berlangsung. Kami tiba agak lewat, jadi selepas beberapa ketika, terus tidur. Petang keesokannya, kami membawa si kecil ke tepi pantai.. Oh ye, rumah mentua saya terletak di tepi pantai cendering - kawasan yang selamat utk mandi-manda (kata suami saya la...). Ini kali pertama bagi si kecil itu dibawa ke pantai, jadi jelas kelihatan ia merupakan sesuatu yang sungguh menggembirakan.

Apa yang ingin disampaikan adalah pengalaman saya menangkap ketam (xpasti ini ke term yg betul...) di tepi pantai. Pada malamnya, yang disinari cahaya bulan penuh, saya & suami, adik-beradik & sedara ke pantai. Sungguh sebelum ni, saya tidak tahu pun cara menangkap ketam di tepi pantai. Caranya, mudah.. kepala ayam dicucuk pada kayu, & kayu tu diletakkan dalam air sedalam paras lutut (mungkin boleh wt dalam lagi,tapi x digalakkan takut air naik xsedar...). Biarkan dulu, pas2 bolehla suluh kayu2 dalam air tu guna torch light. Camtu la yg kami buat.. & mmg nmpak de ketam. Saya & suami cuba gak menangkap ketam2 tuh, tapi dek kerana saya nih kurang pengalaman, terlepas la cubaan 2x menangkap.. huhu..bukan rezeki kami le ketam 2 ekor tuh.. Takut kena sepit sebenarnya.. ahahaaa.. Ape pun, mmg satu pengalaman yang sukar dilupakan. Sampaikan selama 1jam lebih kami kat tepi pantai tu. Yang lebih kelakar, siap kejar ketam tu masa die lari dalam air.. HAhhaaa.. terbongkok-bongkok sbb mnyuluh & mengejar ketam tu.. Hasil malam tu banyak juga.. hampir 1/3 baldi isi kain tu..

Malagnya, sbb suasana romantik sangat malam tu, jadi kami xdpt nak mengambil gambar. Tak dapatla, ditatap semua ye.. Apa pun, jika anda ingin merasai keseronokan menangkap ketam di tepi pantai, cuba lah jika berkesempatan.

Mmg satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi. Tapi disebabkan penulis ni tak pandai nak bercerita, maka mungkin kurang sikit rasa teruja tuh.. hahaa.. tapi, mmg asyik & seronok aktiviti nih.. Cubalah..

mote:
  1. Ciptaan Allah ini pelbagai, terokailah selagi mampu & berkesempatan, tetapi jangan pula sampai merosakkan.
  2. Banyak lagi ilmu yang ada di dunia ini, sehinggakan tidak termampu kita mencapai kesemuanya. Jadi, carilah & pelajarilah sedayanya.
  3. Jangan takut mencuba sesuatu yang baru, jika ia membawa kebaikan, kerana ia mungkin mampu memberi kepuasan kepada diri anda.
Sehingga berjumpa lagi..
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO