2 Makanan Pilihan Untuk Kekal Segar Bertenaga!

on Isnin, 2 September 2013

Assalamua'laikum.
2 makanan pilihan untuk kekal segar dan bertenaga. Kita selalu 'dimomokkan' dengan pelbagai minuman bertenaga untuk tingkatkan kesegaran badan dan rasa letih yang kadang-kadang cukup membuatkan kita 'terdampar' tanpa mampu berbuat apa-apa aktiviti. Kali ini, saya kongsikan 5 makanan alami yang berkhasiat segarkan badan, penuh dengan nutrisi terbaik dan paling best ianya makanan rendah kalori!

2 makanan tinggi kandungan air! 

Biasanya, kita digalakkan minum air lebih kurang 8 gelas sehari untuk menampung keperluan bendalir dalam badan kita. Secara faktanya, bendalir diperlukan oleh sel-sel badan kita untuk berfungsi lebih cekap dan berkesan. Atas sebab inilah, kita jangan sesekali payah dan culas untuk minum air terutamanya air kosong.

Selain air kosong, ada banyak lagi makanan lain yang kandungan airnya cukup tinggi. Antaranya ialah;
1. Timun batang. Inilah antara sayuran yang mengandungi peratus kandungan air paling tinggi. Cukup sesuai dan sedap untuk dibuat ulam dicicah bersama sambal belacan! Apa jua menu yang anda hidangkan, jangan lupa untuk selitkan timun batang sebagai ulam mahupun pencuci mulut yang cukup berkhasiat.


2. Tomato. Rasanya yang masam kadang-kadang menyebabkan ramai yang memilih untuk tidak "mendekati" tomato. Apa kata, cuba makan tomato bersama cheese rendah lemak. Mungkin anda akan terasa lebih segar sepanjang hari.

Mulakan hari kita dengan sumber makanan yang segar dan pastinya halal lagi suci. InsyaAllah, badan yang sihat bakal menjadikan kita lebih berfikiran positif dan seterusnya segar dan bertenaga sepanjang hari.

Selamat mencuba!

Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO