Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

kewajipan berbakti kepada ibu bapa..

on Jumaat, 9 Oktober 2009

Salam.. apa khbar semua? lama sudah tidak mencoretkan sebarang berita mahu pun info di sini.. Sifat malas dan sibuk masih menyelubungi diri... Terasa dah lama tak menulis sesuatu yang memberi ilmu..

Sebagai seorang anak, baik lelaki mahupun perempuan, adalah menjadi suatu kewajipan bagi kita berbakti, menghormati , taat kepada ibu bapa. Jika dulu, ketika masih bergelar solo, saya tahu perasaan seorang emak, tapi setelah menjadi ibu, baru saya benar-benar sedar akan perasaan dan sudut hati seorang yang bergelar ibu..

Ibu bapa kita lah yang melahirkan kita semua. Tanpa mereka, kita tidak akan wujud di dunia ini. Kewajipan kepada kedua ibu bapa ini telah ditulis dalam Al-Quran, seperti firman Allah SWT:
"Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."
Surah An-Nisa, ayat 36
Juga dalam Surah Al-Isra', ayat 23 yang bermaksud. Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
Sedangkan mengucapkan 'ah' tidak dibenarkan, apatah lagi mengucapkan perkataan yang lebih teruk atau meninggikan suara. Alangkah bertuahnya mereka yang masih tinggal di bawah satu bumbung dengan kedua ibu bapa mereka, kerana dengan melihat wajah kedua ibu bapa, beroleh pahala dari Allah. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala)."
Hadis riwayat Ar-Rafi'i dengan sanad yang dha'if.

Nota:
  1. Wajib berbakti kepada kedua ibu bapa
  2. Wajib berbakti kepada kedua ibu bapa sekali pun kedua ibu bapa bukanlah beragama Islam.
  3. Berbakti kepada kedua ibu bapa adalah yang utama dalam perbuatanyang paling disukai Allah
  4. Berbakti kepada kedua ibu bapa dapat menghapuskan dosa besar
  5. Berbakti kepada kedua ibu bapa akan dipanjangkan umur dan dimuarahkan rezeki
  6. Sambutlah kedatangan ibu bapa ke rumah dengan baik.
  7. Pahala berbakti kepada kedua ibu bapa adalah terus menerus walaupun apabila mereka sudah tiada (seperti mendoakan mereka..)
  8. Menziarahi kubur ibu bapa juga dikira berbakti
  9. Menjalinkan silaturrahim atau hubungan yang baik dengan sahabat kedua ibu bapa setelah mereka tiada juga disebut berbakti
  10. Dikira satu ibadah jika melihat wajah ibu bapa dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran
  11. Bersikaplah lemah lambut terhadap kedua ibu bapa
setakat ini dulu ye.. Sehingga kita berjumpa lagi .. InsyaAllah..

mote:
Berbuat baiklah dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi anda terdaya melakukannya, dan selagi ia belum terlewat...


Tag : ,

puasa

on Jumaat, 11 September 2009

Salam. hari ni saja nak buat en3 pasal puasa. Walaupun puasa tinggal beberapa hari je lagi, tapi nak juga buat en3 ini.. jom kita kongsi bersama...

Puasa pada syarak ialah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkannya mulai waktu fajar hingga jatuh matahari dengan syarat- syarat tertentu. Ia adalah medium untuk menyucikan jiwa, agar menghindarkan diri dari perbuatan jahat dan keji.. (jadi, jika masih ada perbuatan jahat yang dilakukan.. renung-renungkanlah puasa diri sendiri....)

PUASA ITU WAJIB
Puasa diwajibkan oleh Allah ke atas seluruh umat Islam, seiiring dengan perintah Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 183, yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa".

RUKUN PUASA
  1. Niat, maksudnya, sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  2. Meninggalkan perkara-perkara yang meninggalkan puasa;
    - haid, nifas
    - keluar dari Islam
    - gila
    - bersetubuh
    - keluar mani
    - muntah
    - pengsan, pitam atau mabuk sepanjang haridari fajar hingga terbenam matahari
    - memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
* sila rujuk kepada yang lebih arif untuk lebih mendalam penjelasannya...

HARI YANG DIHARAMKAN PUASA
  1. Hari Raya Aidilfitri (1 syawal)
  2. Hari Raya Haji (10 zulhijjah)
  3. Hari-hari Tasyrik:
    - ke-11 zulhijjjah
    - ke-12 zulhijjah
    - ke-13 zulhijjah
  4. Hari Syak (30 syaaban)
Rujuk di sini

Sebenarnya banyak lagi info pasal puasa ni.. Mungkin kengkawan boleh cari info yang lebih pasal ini. Contohnya, apa yang perlu dilakukan jika ibu mengandung bimbangkan anaknya tidak berpuasa,apa yang perlu dilakukan apabila puasa terbatal dan sebagainya...

Selamat mencari info..

Tag :

gurindam jiwa

on Rabu, 29 April 2009

Tika ku putus harapan, kau ke hadapan,
Tika ku jatuh tersungkur, kau bangunkan,
Kau beri ku kekuatan bila tertekan,
Kau dengarkan apa sahaja yang ku khabarkan.

Andainya kau tiada ku kan parah,
Tiada kawalan, hilang arah,
Jatuh tersungkur, hancur rebah,
Dengan kehadiranmu, hidupku jadi cerah.

Oh Tuhan, bantulah hambaMu,
Berikanlah ku restu,
Menemaniku dengan hidayahMu,
Sesungguhnya diriku kerdil disisiMu.

Terimalah cintaku,
KepadaMu yang satu,
Tanda syukur diriku terhadapMu,
Atas kurniaanMu sejak dari dulu

Ku mohon padaMu,
Saat ku pejamkan mataku,
Aku kan tenang disampingmu
Yang sentiasa menemaniku
Kan ku ikhtiarkan yang terbaik untukmu...

Tag :

jika ibu boleh memilih

on Khamis, 23 April 2009

Anakku,
Jika ibu boleh memilih,
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkanmu,
Maka ibu akan memilih mengandungkanmu,
Kerana dalam mengandungkanmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah.

Sembilan bulan nak, engkau hidup dalam perut ibu,
Engkau ikut ke mana pun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
Kerana ibu kecewa dan beruraian air mata

Anakku,
Jika ibu boleh memilih,
Apakah ibu harus operasi caesar atau ibu harus berjuang melahirkanmu,
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu,
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu Syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada sesiapa pun

Dan ketika engkau hadir, tangisanmu memecah dunia,
Saat itulah.. saat paling membahagiakan,
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita,
Rasulullah di telinga kecilmu

Anakku,
Jika ibu boleh memilih,
Apakah ibu berdada indah, atau harus bangun di tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan-tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam ngantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku,
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu,
Engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak,
Maafkan ibu.. maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak,
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu

Dititip dan di'edit' dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati
Tag : ,

renungan setiap hari - hargailah keluarga anda

on Rabu, 22 April 2009

Mulianya seorang isteri di sisi Allah,
dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak,
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka, kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak,
Biarlah seburuk mana pun isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang mempunyai rahim ini, ialah kerana dia bekerja dengan Allah - jadi 'kilang' manusia,
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh, 7 hingga 15 hari sebulan, bila tiba masanya, dia tak wajib solat, tetapi Allah tetap anggap di waktu itu solat terbaik daripadanya.

Cuti bersalin juga antara 60 hari,
Selepas itu, susukanlah anak, jangan takut 'kendur' atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak jangan merebut dengan anak..

Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri, sebab dia bekerja dengan Allah, tapi bila dah habis cuti tu, layanlah suami, 'offer' lah pada suami,
Nabi bersabda: berjimak dengan isteri itu pahala, jangan buat tak tahu saja, jangan buat alasan itu dan ini, ingat itu si isteri ye..
Kata nak pahala lebih

Orang lelaki tak ada cuti solat, solat wajib baginya sejak dia baligh hingga ke akhir nyawanya.

Satu lagi berita baik untuk si isteri,
Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya
Lahir sahaja bayi, seluruh dosanya habis
Inilah nikmat Allah kurniakan pada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah,
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga, tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur
Untuk peringatan semua isteri yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala, tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung

Di akhirat nanti, seorang isteri yang solehah, akan terperanjat dengan pahala 'extra' yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah, ganjaran Allah ke atasnya jua

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di Titian Sirat, dia tak nak masuk Syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk Syurga
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu, tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suaminya, dia tak akan dapat pahala 'extra' ini

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat, di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak-anak dan isteri yang tidak dididik dia akan tanggung, ditambah lagi dosa-dosa lain
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah, agar tidak derhaka kepadaNyaSesungguhnya wanita dijadikan dari rusuk kiri lelaki
Dia bukan dicipta dari kepala untuk memijak lelaki
Juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak-pijak
Dia dicipta dari rusuk kiri lelaki, supaya dia hampir kepada kamu (lelaki)
Dari dekat dengan lengan lelaki untuk dilindungi
Dekat dengan hati lelaki, untuk disayangi.

Kredit daripada: Pak Utih, coretan dari Ratu Hati.
Tag : ,

Khas Untuk Wanita

on Khamis, 6 September 2007

Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatimah Az-Zahra ..
Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan. Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin. Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Wallahuwa'lam.

sumber : e-mel
Tag : ,
 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO