Home > Posts filed under famili
Cloth Diapers a.k.a Lampin Kain
artikel dari fieza on Khamis, 14 Julai 2011 at 5:18 PTG
kewajipan berbakti kepada ibu bapa..
artikel dari fieza on Jumaat, 9 Oktober 2009 at 1:16 PTG
Sebagai seorang anak, baik lelaki mahupun perempuan, adalah menjadi suatu kewajipan bagi kita berbakti, menghormati , taat kepada ibu bapa. Jika dulu, ketika masih bergelar solo, saya tahu perasaan seorang emak, tapi setelah menjadi ibu, baru saya benar-benar sedar akan perasaan dan sudut hati seorang yang bergelar ibu..
Ibu bapa kita lah yang melahirkan kita semua. Tanpa mereka, kita tidak akan wujud di dunia ini. Kewajipan kepada kedua ibu bapa ini telah ditulis dalam Al-Quran, seperti firman Allah SWT:
"Beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."Surah An-Nisa, ayat 36
Juga dalam Surah Al-Isra', ayat 23 yang bermaksud. Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"Sedangkan mengucapkan 'ah' tidak dibenarkan, apatah lagi mengucapkan perkataan yang lebih teruk atau meninggikan suara. Alangkah bertuahnya mereka yang masih tinggal di bawah satu bumbung dengan kedua ibu bapa mereka, kerana dengan melihat wajah kedua ibu bapa, beroleh pahala dari Allah. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala)."Hadis riwayat Ar-Rafi'i dengan sanad yang dha'if.
Nota:
- Wajib berbakti kepada kedua ibu bapa
- Wajib berbakti kepada kedua ibu bapa sekali pun kedua ibu bapa bukanlah beragama Islam.
- Berbakti kepada kedua ibu bapa adalah yang utama dalam perbuatanyang paling disukai Allah
- Berbakti kepada kedua ibu bapa dapat menghapuskan dosa besar
- Berbakti kepada kedua ibu bapa akan dipanjangkan umur dan dimuarahkan rezeki
- Sambutlah kedatangan ibu bapa ke rumah dengan baik.
- Pahala berbakti kepada kedua ibu bapa adalah terus menerus walaupun apabila mereka sudah tiada (seperti mendoakan mereka..)
- Menziarahi kubur ibu bapa juga dikira berbakti
- Menjalinkan silaturrahim atau hubungan yang baik dengan sahabat kedua ibu bapa setelah mereka tiada juga disebut berbakti
- Dikira satu ibadah jika melihat wajah ibu bapa dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran
- Bersikaplah lemah lambut terhadap kedua ibu bapa
mote:
Berbuat baiklah dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi anda terdaya melakukannya, dan selagi ia belum terlewat...
membeli rumah subsale - bahagian 2
artikel dari fieza on Rabu, 26 Ogos 2009 at 10:30 PG
- Tetapkan minda & emosi bagi menghadapi cabaran membeli rumah.
Ini kerana dalam urusan membeli rumah, banyak perkara yang anda perlu fikirkan. Tetapkan minda bahawa urusan yang bakal diharungi mungkin sedikit bermasalah/mengambil masa. - Kira budget - semahal mana anda mampu bayar kepada bank.
Kadang-kadang anda perlu berurusan sendiri dengan bank bagi mengetahui berapa banyak bayaran bulanan jika harga rumah itu agak tinggi. Juga berlainan jika faedah di bank tidak sama. - Mula mencari rumah
Anda boleh mulakan melihat rumah yang anda inginkan, sesuai dengan budget anda. Melalui internet, surat khabar, atau agen hartanah jika anda mengenali. Kadang-kadang ada juga iklan yang dikeluarkan sendiri oleh tuan rumah tanpa melalui agen/ surat khabar/ internet. - Hubungi orang yang berkenaan (tuan rumah, agen) jika anda mahu melihat rumah tersebut.
Anda perlu melihat rumah kerana di sini kadang-kadang perasaan kecil anda memainkan peranan, suka atau tidak. - Tidak mengapa jika tidak berkenan. Cari lagi rumah lain. Jangan terburu-buru.
Sedikit perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih rumah:
i. keluasan rumah, bilangan bilik & bilik air, perlukah pengubahsuaian
ii. kawasan sekitar - kemudahan, lokasi (bencana alam / tidak)
iii. Kejiranan - jika anda rasakan sesuai di situ, maka buatlah pilihan. -Di sinilah hati kecil anda memainkan peranan
- Jumpa rumah yang sesuai. Anda perlu membayar wang pendahuluan kepada agen sebagai tanda 'booking'. Ini dipanggil 'earnest deposit'. Bargantung kepada agen/ tuan rumah, selalunya 2 @ 3% dari harga rumah. Pastikan anda mendapatkan resit dari agen/tuan rumah.
- Semasa proses membayar deposit ini, bawa bersama dokumen seperti salinan kad pengenalan, transaksi bank, penyata gaji bulanan (selalunya 3 bulan), penyata kwsp & surat pengesahan berkerja (jika perlu). Ini semua untuk urusan pinjaman bank.
- Selepas 3 hari , tuan rumah akan menandatangani surat pada earnest deposit, menyatakan beliau setuju dengan terma-terma yang diminta. Perlu diingatkan jika tuan rumah tidak bersetuju pada peringkat ini, wang deposit anda bolah dikembalikan kepada anda. tetapi, jika pihak anda yang membatalkannya, deposit tersebut tidak akan dipulangkan. Jadi, sebelum langkah ini, fikir sebaik-baikya & sedalam-dalamnya.
- Adalah lebih baik jika permohonan pinjaman bank dilakukan ketika ini. Ini supaya anda dapat memastikan pinjaman bank anda diluluskan. Jika tidak, anda akan menghadapi masalah kemudian hari. Tetapi, jika anda 'bersih' (tiada hutang piutang) maka besar kemungkinan permohonan anda diluluskan.
- Dalam masa 14 hari bekerja, surat penjanjian jual beli (S&P) - sale & purchase agreement, akan ditandatangani di hadapan peguam.
Ketika ini, baki daripada 10% deposit perlu dibayar. Walau bagaimana pun, bergantung kepada agen/ tuan rumah. Terdapat agen/ tuan rumah yang hanya mengambil 3% terlebih dahulu, manakala 5% lagi selepas pengeluaran kwsp (akaun 2 sahaja). Kadang -kadang terdapat juga agen/ tuan rumah yang tetap mahukan baki 10% itu dibayar ketika itu. Hal ini perlu ditanya dengan jelas pada awal urusan (memberi deposit). Bayaran ini perlu dijelaskan kepada peguam. Pastikan resit anda perolehi. - Urusan bersama pihak bank.
Wakil dari pihak bank akan bertemu anda untuk urusan dokumen bank - dipanggil 'offer letter' - setelah anda bersetuju untuk menerima perkhidmatan pinjaman dari bank tersebut.
- Pada ketika ini, pihak peguam akan menyiapkan dokumen-dokumen yang berkenaan dan menguruskan beberapa perkara; tuan rumah perlu menandatangi S&P yang berkenaan, S&P perlu dicop (stamping & CDC process), menyiapkan urusan pinjaman bank.
- Selepas anda menerima S&P yang siap dengan cop (stamping), hak milik sementara (tanah), anda bolehlah menguruskan urusan pengeluaran duit akaun dua di pejabat kwsp. Antara dokumen yang diperlukan adalah:
1. salinan stamping S&P
2. surat fotokopi hak milik sementara (dari pejabat tanah)
3. salinan i/c
Pastikan dokumen-dokumen itu telah ditandatangani oleh peguam atau pihak yang berkenaan. - Urusan pengeluaran kwsp mengambil masa 7-14 hari jika tiada sebarang masalah.
Selepas anda mendapat duit tersebut, jelaskan baki deposit & bayaran peguam, dokumen pinjaman bank boleh ditandatangani. Setiap helaian kertas pinjaman perlu ditandatangani.. (Lenguh tangan... tapi memadai dengan hanya 'initial' - menunjukkan anda sudah membaca halaman itu.). Setuju atau tidak, anda perlu tandatangani kerana ia adalah dari pihak bank, jika tidak, mungkin anda perlu bayar 'cash'. - Selepas ini, pihak peguam akan menjalankan urusan dengan pihak pejabat tanah bagi urusan menukar nama. ketika inilah kadang-kadang kesabaran anda akan teruji. Paling cepat, dalam masa sebulan anda akan mendapat maklum balas, jika tidak mungkin lebih dari waktu itu.
- Selepas proses ini selesai, pihak peguam akan menguruskan cukai pintu, di mana jika anda membeli pada pertengahan tahun, maka membayar cukai pintu selepas itu adalah tanggungjawab anda.
- Dapatkan kunci rumah.
Kadang-kadang perkara ini bergantung kepada tuan rumah. Jika mereka jenis yang tidak kisah, mungkin selepas menandatangani S&P, anda akan terus mendapat kunci, jika tidak, mungkin selepas bank meluluskan duit kepada tuan asal, barulah anda boleh memegang kunci rumah baru anda. - Selesaikan pertukaran nama pada bil-bil utiliti, indah water dan sebagainya. Proses pengubahsuaian jika ada boleh dilakukan.
- Basuh/ cat rumah jika perlu.
- Rumah sedia untuk didiami.
membeli rumah - kategori 'subsale'
artikel dari fieza on Selasa, 25 Ogos 2009 at 10:30 PG
Kali ini, saya ceritakan sedikit mengenai bagaimana langkah-langkah membeli rumah. Bagi tujuan pembelian rumah baru, mungkin kurang masalah kerana kebanyakannya peguam atau deposit tidak memerlukan anda menyediakan duit yang banyak, apatah lagi kebanyakan urusan diuruskan mereka yang berkenaan. Cerita kali ini adalah pengalaman saya sendiri, yang mencari dan membeli rumah dari tangan orang (atau rumah sudah siap & mahu dijual oleh tuan rumah) bersama-sama suami. Rumah jenis ini dalam terma perumahan adalah dikenali sebagai 'subsale'.
Bagaimana urusan ini perlu dijalankan? Apakah perkara yang perlu anda ketahui. Sebenarnya anda boleh menyerahkan segalan urusan kepada peguam/ agen dari mana anda dapatkan rumah, tetapi jika dibiarkan, kadang-kadang anda mungkin terpaksa tunggu masa yang lebih lama.
MENGAPA MEMILIH RUMAH 'SUBSALE'?
- Lebih mudah, kerana jika rumah baru yang belum siap, anda perlu membayar pada bank setiap kali fasa pembinaan berubah.
- Lebih terjamin, kerana rumah telah siap, tiada risiko pemaju gagal menyiapkan rumah.
- Lokasi yang anda mahukan sudah tiada projek perumahan yang baru
- Harga rumah baru kalau ada di kawasan itu, terlalu tinggi untuk anda biayai. (berlaku kepada saya..)
- Anda sudah serasi dengan rumah tersebut - kes jika anda mahu membeli rumah yang anda sewa.
- Ada rumah sedang dalam pembinaan yang baik, anda mampu, dan lokasi yang menarik
- Tidak mempunyai wang yang banyak kerana membeli 'subsale' perlukan 10% terlebih dahulu.
- 'Subsale' tidak menepati citarasa anda.
- Tidak boleh melakukan pengubahsuaian seperti mana yang anda mahukan
Sehingga kita berjumpa lagi, fikirkan yang terbaik untuk anda dan keluarga.. InsyaAllah..
nursery rhymes...
artikel dari fieza on Khamis, 11 Jun 2009 at 4:59 PTG
Antara nursery rhymes/lagu kanak2 yang popular adalah:
- twinkle twinkle little star
- baa baa black sheep
- mc donald had a farm
- london bridge
- mary had a little lamb
- ten little indian boys
- ding dong bell
- hickory dickory dock
DING DONG BELL
pussy in the well
who put her in.. little johnny green
who pull her out.. little tommy stout
what a naughty boy was that
to drown a pussy cat
who never did any harm
but kill all the mice
in his father's barn
HICKORY DICKORY DOCK
hickory dickory dock
the mouse ran up the clock
the clock struck one
the mouse ran down
hickory dickory dock...
mote:
- Jadikan ini semua sekadar hiburan yang tidak melalaikan.. juga utk mengajar bahasa inggeris kepada anak2..
- Dari lagu ding dong bell tu, jangan le wat jahat kat sesape pun, apatah lagi kepada orang yang buat baik kat kite...
- Buatla baik kepada org..tapi berpada-pada..
- Lagu kedua..xtau la..nape tah tikus tu.. jgn jadik tikus kot.. wat salah (ran up the clock), terkejut trus lari..
cheaper by the dozen
artikel dari fieza on Khamis, 4 Jun 2009 at 4:12 PTG
Semalam, kul 10mlm, saya menonton satu rancangan di tv bersama-sama suami tercinta. Criter nih dah lama, cuma saya 1st time tgk..(maklumla selalu ketinggalan keretapi sket..).. Criter kt tv biasa nih, cheaper by the dozen.. (tul ke tajuk cmnih?).. tak kisah la..
Kisah ini berkisar mengenai seorang ayah yang membentuk anak2nye yang seramai 12 org tu.. dgn cara tersendiri. Anak dari yang kecil, hingga ke yang sudah yang remaja, memiliki pelbagai jenis ragam & kemahuan. Anak2 yang semakin dewasa, semakin sibuk & cuba utk mempunyai cara hidup sendiri..(sama la cam kite nih kan..semakin besar, semakin mahu hidup sendri..). Terdapat beberapa tradisi yang cuba mereka hindari. Malah ada anaknya yang menganggap cara didikan ayahnya langsung tidak kena.
Si ayah mula merasakan anak-anaknya semakin jauh darinya. Maka diambil keputusan utk membuat satu percutian bersama-sama utk kali terakhir sebelum anak2nya mengambil jalan sendiri. Percutian yang dirancang adalah di sebuah rumah di tepi tasik, yang mana pernah menjadi tempat penginapan mereka dulu.
Setelah berjaya memujuk anak2nya itu, mereka pergi ke rumah yang sudah lama ditinggalkan. Di seberang tasik itu, terdapat sebuah rumah yang sangat besar & mewah-kepunyaan rakannya yang sering bersaing dengannya; juga merupakan ayah kepada anak-anaknya.. Ketika percutian inilah, pelbagai kejadian berlaku melibatkan ayah ini bersama anak2nya. Pelbagai perkara berlaku sehinggakan anak2 ini merasakan bahawa ayah mereka tidak sehebat rakannya (yg duduk di rumah mewah tu..). Rakannya juga merasakan lelaki ini tidak pandai mendidik anak2nya. Malah salah pada pandangannya. Sehinggakan mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan HAri Buruh di kawasan itu.
Usaha ayah ini utk cuba melatih anak2nya kurang berhasil, sehinggakan pada hari pertandingan (pada mulanya) hanya 2 org sahaja anaknya yg ikut serta. Anak2 yang lain semuanya ada di rumah. Di rumah itu, terdapat seekor tikus yang gemar mengambil apa jua barang yg sempat dicuri. Satu ketika, anak lelaki ini membaling 'skateboard' ke arah lubang tikus ini ketika tikus tersebut cuba mcuri dompetnya.. Akibatnya, sebahagian dinding rumah tersebut terkopak.. Namun, rupa2nya di sebalik dinding tersebut, terdapat pelbagai barang; bear, baju,dan tak lupa kepada bendera lama keluarga tersebut yang mereka gunakan untuk pertandingan. hari buruh suatu ketika dahulu.. Masing2 tersentuh, maka mereka pergi ke pertandingan tersebut.
Oh ye, si ayah ini ada seorang anak yg sudah mengandung, yg turut serta dlm pertandingan itu. Di akhir pertandingan, keputusan seri di antara keluarga lelaki ini dgn rakannya itu. Jadi satu pertandingan lain yang perlu melibatkan semua ahli keluarga diadakan. Pada mulanya, si ayah ini cuba menarik diri kerana risaukan kandungan anaknya.. tetapi, anaknya itu sendiri yang membantah & meyakinkan bahawa dirinya masih boleh bertanding.. Ketika berkayak (pertandingan penentu), anaknya yg sarat mengandung tiba2 rasa sudah tiba masanya utk melahirkan. Maka, si ayah sanggup berhenti dari pertandingan dan berusaha mbawa anaknya itu ke hospital. Ketika itu juga, anak2 rakannya itu, merasakan sepatutnya ayah mereka menolong anak lelaki ini. Masing2 terjun dari kayak apabila ayah mereka enggan. Akhirnya rakan lelaki ini terpaksa mengikut ke hospital.
Di hospital, barulah rakan lelaki ini mengetahui bahawa sebenarnya cara dia mdidik anaknya juga terdapat kecacatan, setelah anaknya berterus-terang. Maka, berbaik-baiklah kedua2 lelaki ini. Setelah selamat melahirkan, anak si ayah ini menamakan anak lelakinya dengan nama Tom, sempena nama lelaki (si ayah) tersebut. Alasannya, ayah mereka adalah ayah yang terbaik. Selama ini, mereka merasakan apa yang ayah mereka buat tidak kena; padahal tindakan ayah mereka ini punya alasan tertentu. Anaknya berkata di akhir cerita bahawa; 'ayah telah mengajar kami bahawa tidak ada satu cara pun yang terbaik untuk dipilih dalam mendidik anak2.' Maknanya, pelbagai cara boleh dilakukan dalam mendidik anak2,asalkan ia dapat disampaikan kpd mereka..
Itulah summary criter tu.. Tapi saya nih xpandai bercriter..haha.. apa pun, pengajaran dari sini,
- tidak ada satu cara mutlak yang boleh dipilih dalam mendidik anak2; kerana anak2 ini ada pelbagai ragam, pelbagai emosi & pelbagai fikiran. Satu cara sahaja tidak mungkin akan memuaskan semua hati anak2..
- walaupun kita semakin besar, semakin mula mengambil haluan sendiri, tetapi jgn sekali-kali kita menyalahkan ibu bapa yang mengajar, mendidik & memimpin kita selama ini. - binalah hubungan baik dgn ibu bapa & keluarga. So, tunggu apa lagi, sila lah telefon ibu bapa bg mereka yg di perantauan..
- Apa jua cara yang digunakan oleh org tua kita, ketahuilah mereka punya sebab utk berbuat demikian.
- Kadang2 terdapat kesalahan dalam mendidik pada kedua org tua, namun itu bukan alasan utk kita menyalahkan mereka. Dalam hal ini, perbincangan adalah penting. Bincanglah dari hati ke hati.. JANGAN EMOSI..
- Ibu bapa kita adalah yang terbaik. Bukan ibu bapa orang lain - kerana ibu bapa kita lah yang paling memahami kita, kerana mereka lah yang menjaga & mendidik kita.
- Sayangilah, hormatilah & kasihilah kedua ibu bapa anda selagi anda masih mampu melakukannya..
p/s: Selamat hari bapa kepada ayah, Encik Mohd Radzi bin Bakar, di Penang; abah (father in-law), Encik Mohd bin Awang (terengganu) & kepada abah annur syazwani, (my beloved hubby), Encik Ahmad Hafiz bin Mohd.. Love you all very much.. (cam awal lagi kot....hahaa..xkesah la...)
selamat hari ibu...
artikel dari fieza on Jumaat, 8 Mei 2009 at 4:35 PTG
IBU.. MAMA.. MAK.. MA.. BONDA.. UMI.. MUMMY.. apa pun ungkapan yang diucapkan atau panggilan yang mewakilinya, hanya satu yang terbayang.. Setiap wanita yang melahirkan anaknya tanpa mengira penat, lelah, sakit dan sebagainya. Bertarung nyawa ketika proses melahirkan seorang individu yang hanya dapat dilakukan oleh seorang wanita yang bergelar ibu.. Tanpa ibu, siapa lah kita.. (Tanpa bapa juga ye..). Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas sepanjang hayat kita bergelar manusia. Sesungguhnya hanya Yang Maha Esa dapat membalas erti kasih sayang & pengorbanan seorang ibu. Hargailah ibu & bapa anda selagi anda mampu melakukannya..
Jika dulu saya cuma mengetahui perasaan ibu, tanpa mampu menyelami.. Kanapa ibu menangis, kenapa ibu merajuk, kenapa ibu pendamkan perasaan, kenapa ibu meleter, kenapa ibu perlu marah dan sebagainya. Kadang2 segala yan ibu cakap, cuma dipandang sepi, seolah-olah sekadar mendengar mengambil hatinya.. Namun, sejak bergelar ibu, saya mula faham apa perasaan ibu. Jika anak kecil demam, boleh tidak tidur semalaman.. Apabila anak menangis wujud kerisauan.. Apabila anak tidak makan, runsing segala kehidupan. Kalau boleh, anak merengek pun ibu akan rasa tidak tenteram. Kenapa perlu berleter, kanapa rasa risau dan sebagainya. Terlalu sukar untuk dinyatakan. Mungkin ada yang menganggap, itu cuma remeh, perempuan yang mudah tersentuh perasaannya, namun hanya yang bergelar ibu sahaja yang memahami perasaan ini..
Tanpamu juga, tidak dapat ku kecapi erti disayangi, erti dikasihi oleh seorang wanita bergelar ibu..
Tidak dapat ku ketahui cabaran hidup tanpa nasihatmu, tanpa bimbinganmu.
Hidupku sunyi tanpa kata-kata nasihatmu, tanpa kata2 marahmu..
Sesungguhnya semua itu menjadi panduan untuk diriku meniti hidup yang penuh pancaroba ini.. Terima kasih ibu..
Tidak terbalas jasamu dengan apa yang aku berikan padamu..
Moga Allah merestuimu dan segala jasamu.
Aku hanya mampu berdoa agar ibu sentiasa dalam lindunganNya..
Terima Kasih Ibu..
Saya sayang Ibu...
p/s: Selamat hari ibu buat mak, Pn. Fatimah Ahmad di Penang & juga buat ma, Pn. Tuan Normah di Terengganu.. Jasa kalian berdua tak mungkin anakanda lupakan. Sayang kalian berdua.. Terima kasih atas segalanya..
penyusuan susu ibu - untuk wanita bekerja
artikel dari fieza on Selasa, 28 April 2009 at 5:23 PTG
Umum mengetahui susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi di bawah 6 bulan. Dalam masa ini juga pastikan bayi anda hanya minum susu ibunya. Tiada makanan pejal atau susu formula yang diberikan bagi memastikan bayi anda terus mendapat khasiat yang sebaiknya untuk tumbesaran. Bagi yang bekerja, isu untuk menyusukan bayi anda tentu menjadi sesuatu yang merunsingkan. Tapi, jika anda tekah bersedia dari segi mental dan info, tentu masalah ini bukanlah sesuatu yang besar.
Info selanjutnya mengenai penyusuan susu untuk ibu bekerja.
PANDUAN MENYIMPAN SUSU PERAHAN
1. Bekas menyimpan susu mestilah bersih dan steril.
2. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.
4. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa mula memerah.
5. Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang udara.
6. Gunakan susu yang lama terlebih dahulu.
CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN
1. Pastikan susu ibu yang bari diperah segera disimpan dalam peti sejuk atau bekas berisi ais. Susu ini boleh digunakan dalam tempoh masa 24-48 jam.
2. Jika tiada peti sejuk atau bekas berisi ais, simpan susu perahan di tempat sejuk sehingga 8 jam.
3. Jangan dicampur susu yang baru diperah dengan susu perahan yang telah disimpan.
TEMPAT PENYIMPANAN
1. Suhu bilik - (suhu 25-37 deg C) -- 4 jam
2. Peti sejuk 2 pintu - (rak atas 2-4 deg C) -- 3-5 hari. Lebih 5 hari, masuk 'freezer'
3. Peti sejuk 2 pintu - (bahagian beku -20 deg C) -- 3 bulan
4. Peti sejuk - (deep freezer -20 deg C) -- 6 bulan
MENGGUNAKAN SUSU PERAHAN
* Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman.
* Rendamkan bekas yang berisi susu di dalam air suam
* JANGAN panaskan dalam ketuhar gelombang mikro, atas dapur dan air panas yang baru masak.
* JANGAN bekukan semula susu yang telah dicairkan
* Susu yang telah dicairkan dan dipanaskan dengan air suam, bakinya boleh guna selama 24 jam
CARA MEMBERI SUSU PERAHAN MENGGUNAKAN CAWAN
* Dudukkan bayi di atas peha
* Letakkan cawan kecil berisi susu perahan pada bibir bawah bayi dan condongkan sedikit
* Pegang cawan dan biarkan bayi menghirup sendiri
* Bayi akan berhenti sendiri apabila kenyang..
jika ibu boleh memilih
artikel dari fieza on Khamis, 23 April 2009 at 5:17 PTG
Jika ibu boleh memilih,
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkanmu,
Maka ibu akan memilih mengandungkanmu,
Kerana dalam mengandungkanmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah.
Sembilan bulan nak, engkau hidup dalam perut ibu,
Engkau ikut ke mana pun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
Kerana ibu kecewa dan beruraian air mata
Anakku,
Jika ibu boleh memilih,
Apakah ibu harus operasi caesar atau ibu harus berjuang melahirkanmu,
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu,
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu Syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada sesiapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangisanmu memecah dunia,
Saat itulah.. saat paling membahagiakan,
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita,
Rasulullah di telinga kecilmu
Anakku,
Jika ibu boleh memilih,
Apakah ibu berdada indah, atau harus bangun di tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan-tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam ngantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku,
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu,
Engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak,
Maafkan ibu.. maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak,
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu
Dititip dan di'edit' dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati
renungan setiap hari - hargailah keluarga anda
artikel dari fieza on Rabu, 22 April 2009 at 3:27 PTG
dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak,
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka, kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak,
Biarlah seburuk mana pun isteri anda, sayangilah mereka.
Beruntungnya seorang wanita yang mempunyai rahim ini, ialah kerana dia bekerja dengan Allah - jadi 'kilang' manusia,
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh, 7 hingga 15 hari sebulan, bila tiba masanya, dia tak wajib solat, tetapi Allah tetap anggap di waktu itu solat terbaik daripadanya.
Cuti bersalin juga antara 60 hari,
Selepas itu, susukanlah anak, jangan takut 'kendur' atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak jangan merebut dengan anak..
Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri, sebab dia bekerja dengan Allah, tapi bila dah habis cuti tu, layanlah suami, 'offer' lah pada suami,
Nabi bersabda: berjimak dengan isteri itu pahala, jangan buat tak tahu saja, jangan buat alasan itu dan ini, ingat itu si isteri ye..
Kata nak pahala lebih
Orang lelaki tak ada cuti solat, solat wajib baginya sejak dia baligh hingga ke akhir nyawanya.
Satu lagi berita baik untuk si isteri,
Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya
Lahir sahaja bayi, seluruh dosanya habis
Inilah nikmat Allah kurniakan pada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah,
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga, tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur
Untuk peringatan semua isteri yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala, tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung
Di akhirat nanti, seorang isteri yang solehah, akan terperanjat dengan pahala 'extra' yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah, ganjaran Allah ke atasnya jua
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di Titian Sirat, dia tak nak masuk Syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk Syurga
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu, tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suaminya, dia tak akan dapat pahala 'extra' ini
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat, di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak-anak dan isteri yang tidak dididik dia akan tanggung, ditambah lagi dosa-dosa lain
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah, agar tidak derhaka kepadaNyaSesungguhnya wanita dijadikan dari rusuk kiri lelaki
Dia bukan dicipta dari kepala untuk memijak lelaki
Juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak-pijak
Dia dicipta dari rusuk kiri lelaki, supaya dia hampir kepada kamu (lelaki)
Dari dekat dengan lengan lelaki untuk dilindungi
Dekat dengan hati lelaki, untuk disayangi.
Kredit daripada: Pak Utih, coretan dari Ratu Hati.
7 nilai murni
artikel dari fieza at 10:33 PG
tip belaian untuk anak
artikel dari fieza on Isnin, 13 April 2009 at 4:53 PTG
Setiap malam, sebelum tidur, jangan lupa memberi ciuman selamat malam buat anak-anak anda. Jangan biarkan mereka tidur tanpa ciuman tersebut.
DENGAR
Kadang-kala anak anda akan mengalami mimpi ngeri yang menakutkan. Dengarlah mimpi mereka sekiranya mereka memberitahu anda. Kadang-kala mimpi mereka adalah begitu menakjubkan dalam dunia mereka. Selain itu, sentiasa dengar akan curahan hati, masalah mereka atau apabila mereka sibuk bercerita kepada anda.
MASA
Anda mungkin terlalu sibuk. Walau bagaimana pun, cari dan luangkanlah masa bersama anak anda sama ada di rumah atau di luar rumah. Jika ada masa terluang, bawalah anak-anak keluar bersiar-siar atau membeli-belah. Peganglah tangan anak anda sambil berjalan dengan mereka. Mereka tentu menghargai dan merasa akan kepentingan hidup mereka dalam kehidupan anda. Ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan, malah boleh dijadikan satu aktiviti yang sihat.
PANDANGAN
Apabila memandang anak anda, pandanglah dengan penuh kasih sayang. Percayalah, dia akan lebih yakin terhadap diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitarannya.
PELUKAN
Berilah pelukan kepada anak anda setiap hari. Ada kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk ibu bapa.
PERMAINAN
Pernah dengar kata-kata "Hormatilah orang lain jika anda mahu dihormati"?. Begitu juga dengan anak-anak anda. Permainan kesayangan mereka selalunya menjadi perkara yang terlalu penting buat mereka. Hargailah permainan kesayangan mereka ini. Pada masa yang sama mereka juga akan belajar menghargai barang-barang kesayangan anda.
SALAM
Satu perkara penting bagi kita yang beragama Islam. Jangan lupa mengajar dan membudayakan anak-anak kita dengan bersalaman. Bukan hanya dengan ibu bapa, malah dengan orang yang lebih tua, rakan-rakan dan dengan mereka yang mahram. Jadikan ia satu amalan apabila bangun di waktu pagi, tidur pada waktu malam atau apabila anak anda atau anda sendiri mahu keluar dari rumah dan juga apabila pulang ke rumah.
TRIMESTER PERTAMA
artikel dari fieza on Selasa, 13 Januari 2009 at 2:32 PTG
Khas Untuk Wanita
artikel dari fieza on Khamis, 6 September 2007 at 3:32 PTG
Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan. Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin. Caranya :
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Wallahuwa'lam.
sumber : e-mel