Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semasa. Papar semua catatan

perginya tak kembali..

on Sabtu, 2 Januari 2010

Salam. Selamat tahun baru dengan azam baru.. Selamat semuanya.. amin..

Hari nih dah hari kedua tahun 2010.. cepatkan? Apa pencapaian kawan-kawan semua dalam 2009? Tercapaikah azam di akhir tahun 2008 dahulu? Atau masih menyambungnya untuk tahun 2010 ini? Apa pun, moga apa yang kawan-kawan azamkan akan terlaksana biar berapa lama pun masa yang diambil..

Tahun 2009 pergi takkan kembali. Bagi kami, tahun 2009 penuh dengan warna-warni kehidupan. 1 Julai genap umur annur setahun, 17 Ogos genap usia perkahwinan kami 2 tahun. Belum lagi pertambahan usia masing-masing.. Menuju kehidupan yang seperti yang telah dijanjikan Allah. moga kita semua mendapat rahmat dan lindunganNya. amin..

Memang, dari segi duniawi, tahun 2009 cukup bermakna. Dari segi harta dan pendapatan, alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki yang lebih untuk kami sekeluarga.. Terima kasih Ya Allah.. Tanpa keizinanMu tak mungkin kami mengecapi semua ini..

Moga azam tahun 2010 yang semakin mencabar ini dapat kami penuhi. Dalam mencari & memenuhi azam duniawi, jangan kita lupa pada 'kehidupan selepas ini'. Marilah kita sama-sama mengingati sesama sendiri akan hal ini.

Dalam kemeriahan menyambut kedatangan tahun baru 2010 ini, ternyata ada berita yang kurang enak di telinga dan mata. Sungguh, kealpaan membuatkan manusia mudah terjebak dalam kemaksiatan. Seorang pengerusi/pengetua rumah asuhan remaja yang mengandung tanpa ikatan, antara masa yang dikatakan tinggi kes penerimaan di rumah tersebut, salah satunya ialah pada sambutan tahun baru. Juga selepas konsert atau apa-apa acara yang melibatkan ramai orang dan hingga lewat malam. Sungguh, kalau tanpa perayaan atau sambutan ini, jika mereka yang terlibat ini masih melakukannya, tetap akan mereka lakukan. Tapi, keadaan yang melampau ini menjadi penyebab yang besar kepada aktiviti yang tidak sah ini. Rata-rata yang ditangkap merupakan pasangan bukan muhrim di hotel-hotel sejurus selepas aktiviti keraian diadakan. Adakah adanya keraian ini merupakan tiket bagi mereka melakukan perkara terkutuk ini?

Seawal usia kanak-kanak sudah didedahkan dengan aktiviti sambutan yang mana penuh pelbagai ragam, suasana dan tidak keterlaluan aktiviti yang kurang manfaat. Jadi, bila kanak-kanak ini membesar, maka jangan pula kita salahkan mereka kenapa pulang ke rumah lewat malam, kenapa berkawan dengan remaja-remaja liar dan sebagainya, kerana tanpa kita sedari kitalah yang memulakan 'perkenalan' dengan budaya sebegini.

Apalah salahnya hanya berada di rumah menyambut ala kadar kedatangan tahun baru ini dengan doa yang ikhlas agar kita dan keluarga sentiasa dilindungi dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya, atau mengadakan bacaan ayat Al-Quran secara berjemaah. Malah itu lebih baik rasanya.

Apa pun, moga kita semua terhindar dari perkara-perkara yang merugikan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara amnya. Moga azam yang kita tanamkan juga akan terlaksana di penghujung tahun ini. Juga moga kejahatan & kemusnahan dapat diperangi oleh kebaikan & keindahan. Selamat tahun 2010 untuk semua.

* Maaf andai kata-kata ini mungkin menyentuh hati sesiapa. Sekadar mengingatkan diri sendiri seadanya.

fr: selamat hari lahir buat mak tersayang di kampung. moga hari ini membawa kebahagiaannya yang berterusan. moga beroleh hidayah & rahmat dari-Nya. amin..



Tag :

salam kemerdekaan

on Selasa, 1 September 2009

Salam.. apa khabar semua? Selamat hari merdeka.. Tanpa kita sedari sudah 52 tahun negara kita beroleh kemerdekaan dari penjajah. Begitu besar usaha mereka (orang2 tdahulu), dalam memastikan negara kita bebas dari penjajah.. Setelah bermacam perkara yang mereka alami dan atasi, berolehlah kemerdekaan dan kebebasan buat semua.. Hasilnya, Malaysia seperti sekarang yang kita lihat. Renungilah perjuangan mereka yang terdahulu yang berusaha dan mereka yang mengharungi perit-getir perjuangan. Jika tanpa mereka, Malaysia tidak akan se'gah' keadaan sekarang.

Lahirkanlah ucapan terima kasih sebaiknya. Peliharalah keharmonian negara & kekuatan masyarakat majmuk di negara kita. Moga Malaysia terus maju dan maju seiring kemajuan dunia tanpa meninggalkan atau melupakan agama, bangsa dan identiti kita.. Selamat hari merdeka.. (hari ni dah 1hb..xpe, leh jer..)..

p/s: Dalam melayari alam kemerdekaan ini, sudah kita benar-benar merdeka? Apakah minda dan perlakuan kita menunjukkan kita benar-benar merdeka? Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan bersama....

Tag :

membeli rumah subsale - bahagian 2

on Rabu, 26 Ogos 2009

LANGKAH-LANGKAH MEMBELI RUMAH 'SUBSALE'
  1. Tetapkan minda & emosi bagi menghadapi cabaran membeli rumah.
    Ini kerana dalam urusan membeli rumah, banyak perkara yang anda perlu fikirkan. Tetapkan minda bahawa urusan yang bakal diharungi mungkin sedikit bermasalah/mengambil masa.
  2. Kira budget - semahal mana anda mampu bayar kepada bank.
    Kadang-kadang anda perlu berurusan sendiri dengan bank bagi mengetahui berapa banyak bayaran bulanan jika harga rumah itu agak tinggi. Juga berlainan jika faedah di bank tidak sama.
  3. Mula mencari rumah
    Anda boleh mulakan melihat rumah yang anda inginkan, sesuai dengan budget anda. Melalui internet, surat khabar, atau agen hartanah jika anda mengenali. Kadang-kadang ada juga iklan yang dikeluarkan sendiri oleh tuan rumah tanpa melalui agen/ surat khabar/ internet.
  4. Hubungi orang yang berkenaan (tuan rumah, agen) jika anda mahu melihat rumah tersebut.
    Anda perlu melihat rumah kerana di sini kadang-kadang perasaan kecil anda memainkan peranan, suka atau tidak.
  5. Tidak mengapa jika tidak berkenan. Cari lagi rumah lain. Jangan terburu-buru.
    Sedikit perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih rumah:
    i. keluasan rumah, bilangan bilik & bilik air, perlukah pengubahsuaian
    ii. kawasan sekitar - kemudahan, lokasi (bencana alam / tidak)
    iii. Kejiranan - jika anda rasakan sesuai di situ, maka buatlah pilihan. -Di sinilah hati kecil anda memainkan peranan
  6. Jumpa rumah yang sesuai. Anda perlu membayar wang pendahuluan kepada agen sebagai tanda 'booking'. Ini dipanggil 'earnest deposit'. Bargantung kepada agen/ tuan rumah, selalunya 2 @ 3% dari harga rumah. Pastikan anda mendapatkan resit dari agen/tuan rumah.
  7. Semasa proses membayar deposit ini, bawa bersama dokumen seperti salinan kad pengenalan, transaksi bank, penyata gaji bulanan (selalunya 3 bulan), penyata kwsp & surat pengesahan berkerja (jika perlu). Ini semua untuk urusan pinjaman bank.
  8. Selepas 3 hari , tuan rumah akan menandatangani surat pada earnest deposit, menyatakan beliau setuju dengan terma-terma yang diminta. Perlu diingatkan jika tuan rumah tidak bersetuju pada peringkat ini, wang deposit anda bolah dikembalikan kepada anda. tetapi, jika pihak anda yang membatalkannya, deposit tersebut tidak akan dipulangkan. Jadi, sebelum langkah ini, fikir sebaik-baikya & sedalam-dalamnya.
  9. Adalah lebih baik jika permohonan pinjaman bank dilakukan ketika ini. Ini supaya anda dapat memastikan pinjaman bank anda diluluskan. Jika tidak, anda akan menghadapi masalah kemudian hari. Tetapi, jika anda 'bersih' (tiada hutang piutang) maka besar kemungkinan permohonan anda diluluskan.
  10. Dalam masa 14 hari bekerja, surat penjanjian jual beli (S&P) - sale & purchase agreement, akan ditandatangani di hadapan peguam.
    Ketika ini, baki daripada 10% deposit perlu dibayar. Walau bagaimana pun, bergantung kepada agen/ tuan rumah. Terdapat agen/ tuan rumah yang hanya mengambil 3% terlebih dahulu, manakala 5% lagi selepas pengeluaran kwsp (akaun 2 sahaja). Kadang -kadang terdapat juga agen/ tuan rumah yang tetap mahukan baki 10% itu dibayar ketika itu. Hal ini perlu ditanya dengan jelas pada awal urusan (memberi deposit). Bayaran ini perlu dijelaskan kepada peguam. Pastikan resit anda perolehi.
  11. Urusan bersama pihak bank.
    Wakil dari pihak bank akan bertemu anda untuk urusan dokumen bank - dipanggil 'offer letter' - setelah anda bersetuju untuk menerima perkhidmatan pinjaman dari bank tersebut.
  12. Pada ketika ini, pihak peguam akan menyiapkan dokumen-dokumen yang berkenaan dan menguruskan beberapa perkara; tuan rumah perlu menandatangi S&P yang berkenaan, S&P perlu dicop (stamping & CDC process), menyiapkan urusan pinjaman bank.
  13. Selepas anda menerima S&P yang siap dengan cop (stamping), hak milik sementara (tanah), anda bolehlah menguruskan urusan pengeluaran duit akaun dua di pejabat kwsp. Antara dokumen yang diperlukan adalah:
    1. salinan stamping S&P
    2. surat fotokopi hak milik sementara (dari pejabat tanah)
    3. salinan i/c
    Pastikan dokumen-dokumen itu telah ditandatangani oleh peguam atau pihak yang berkenaan.
  14. Urusan pengeluaran kwsp mengambil masa 7-14 hari jika tiada sebarang masalah.
    Selepas anda mendapat duit tersebut, jelaskan baki deposit & bayaran peguam, dokumen pinjaman bank boleh ditandatangani. Setiap helaian kertas pinjaman perlu ditandatangani.. (Lenguh tangan... tapi memadai dengan hanya 'initial' - menunjukkan anda sudah membaca halaman itu.). Setuju atau tidak, anda perlu tandatangani kerana ia adalah dari pihak bank, jika tidak, mungkin anda perlu bayar 'cash'.
  15. Selepas ini, pihak peguam akan menjalankan urusan dengan pihak pejabat tanah bagi urusan menukar nama. ketika inilah kadang-kadang kesabaran anda akan teruji. Paling cepat, dalam masa sebulan anda akan mendapat maklum balas, jika tidak mungkin lebih dari waktu itu.
  16. Selepas proses ini selesai, pihak peguam akan menguruskan cukai pintu, di mana jika anda membeli pada pertengahan tahun, maka membayar cukai pintu selepas itu adalah tanggungjawab anda.
  17. Dapatkan kunci rumah.
    Kadang-kadang perkara ini bergantung kepada tuan rumah. Jika mereka jenis yang tidak kisah, mungkin selepas menandatangani S&P, anda akan terus mendapat kunci, jika tidak, mungkin selepas bank meluluskan duit kepada tuan asal, barulah anda boleh memegang kunci rumah baru anda.
  18. Selesaikan pertukaran nama pada bil-bil utiliti, indah water dan sebagainya. Proses pengubahsuaian jika ada boleh dilakukan.
  19. Basuh/ cat rumah jika perlu.
  20. Rumah sedia untuk didiami.
Tag : , , ,

membeli rumah - kategori 'subsale'

on Selasa, 25 Ogos 2009

Salam, ingat tak kengkawan saya janji nak kuarkan en3 pasal membeli rumah 'subsale' ni? Jadi , sesaper yang masih menyewa, tapi ada impian mahu membeli rumah sendiri, atau sudah mempunyai rumah sendiri atau masih dalam pencarian, atau yang berminat membeli rumah, (ye la, bagi yang menyewa, sampai bila mahu berikan duit tanpa mendapat pulangan), marilah baca sama-sama.. anda mungkin seperti saya, memikirkan jika menyewa tidak perlu membayar sebanyak jika membeli rumah. Namun, berbaloikah jika sudah 2 atau mungkin 5 tahun, tapi duit bulanan itu tidak nampak hasilnya? Kalau bernasib baik mendapat tuan rumah yang baik & prihatin. Bagaimana pula jika tuan rumah bila diberitahu masalah rumah itu, tapi masih buat endah tak endah? Menyakitkan hati saja kalau pun diberitahu.

Kali ini, saya ceritakan sedikit mengenai bagaimana langkah-langkah membeli rumah. Bagi tujuan pembelian rumah baru, mungkin kurang masalah kerana kebanyakannya peguam atau deposit tidak memerlukan anda menyediakan duit yang banyak, apatah lagi kebanyakan urusan diuruskan mereka yang berkenaan. Cerita kali ini adalah pengalaman saya sendiri, yang mencari dan membeli rumah dari tangan orang (atau rumah sudah siap & mahu dijual oleh tuan rumah) bersama-sama suami. Rumah jenis ini dalam terma perumahan adalah dikenali sebagai 'subsale'.

Bagaimana urusan ini perlu dijalankan? Apakah perkara yang perlu anda ketahui. Sebenarnya anda boleh menyerahkan segalan urusan kepada peguam/ agen dari mana anda dapatkan rumah, tetapi jika dibiarkan, kadang-kadang anda mungkin terpaksa tunggu masa yang lebih lama.

MENGAPA MEMILIH RUMAH 'SUBSALE'?
  1. Lebih mudah, kerana jika rumah baru yang belum siap, anda perlu membayar pada bank setiap kali fasa pembinaan berubah.
  2. Lebih terjamin, kerana rumah telah siap, tiada risiko pemaju gagal menyiapkan rumah.
  3. Lokasi yang anda mahukan sudah tiada projek perumahan yang baru
  4. Harga rumah baru kalau ada di kawasan itu, terlalu tinggi untuk anda biayai. (berlaku kepada saya..)
  5. Anda sudah serasi dengan rumah tersebut - kes jika anda mahu membeli rumah yang anda sewa.
MEMILIH RUMAH SELAIN 'SUBSALE'
  1. Ada rumah sedang dalam pembinaan yang baik, anda mampu, dan lokasi yang menarik
  2. Tidak mempunyai wang yang banyak kerana membeli 'subsale' perlukan 10% terlebih dahulu.
  3. 'Subsale' tidak menepati citarasa anda.
  4. Tidak boleh melakukan pengubahsuaian seperti mana yang anda mahukan
Samapi sini dulu ya.. nanti saya masukkan en3 cara/ langkah membeli rumah subsale ini..
Sehingga kita berjumpa lagi, fikirkan yang terbaik untuk anda dan keluarga.. InsyaAllah..

Tag : , , ,

perempuan oh perempuan...

on Jumaat, 10 Julai 2009

Salam. malas la nak mukadimah. En3 kali ni citer pasal perempuan. Setakat yang penulis mahu tulis la.. Penulis pun perempuan gak, tapi penulis tak faham ler dengan perempuan sekarang nih.. Kengkawan de tgk kat brita kt tv malam tadi atau baca brita mengenai sorang girl ni, umur 19 tahun kot, cuba nak terjun dari jejambat pejalan kaki yang telah menyababkan sistem LRT tergendala selama lebih kurang 1 jam? Habis, orang-orang yang tak bersalah, lambat masuk kerja, lambat membuat urusan. Pe pandapat kowang pasal nih? Bagila pendapat ye..

Pada penulis.. Mereka yang bertindak seperti ini seolah-olah berfikiran singkat, atau lebih baik disebut tidak berfikir langsung.. Maaf la lau de yang terasa dengan bahasa yang kasar nih.. Tapi penulis tetap nak tulis.. Ye la, hanya disebabkan berselisih faham dengan teman lelaki, terus mengambil keputusan ingin terjun ke landasan.. pe takde fikiran langsung ke..?( penulis cuba gunakan ayat yang lebih baik.. wpun dalam hati nak tulis lagi kejam..hehe..). Disebabkan lelaki yang belum menjadi haknya, maka diambil keputusan dengan begitu mudah.. (walaupun jika lelaki itu jadi miliknya, tak sepatutnya bersikap sedemikian...) Berbaloi ke mencederakan diri sendiri disebabkan hal kecik? Apa tidak terfikir ke apa perasaan ibu & ayahnya di rumah? atau abg2, kakak2 & sanak saudara nya?

Itu belum lagi melibatkan anak-anak gadis yang lari mengikut teman lelaki. Kadang-kadang teman lelaki itu baru dikenali tak sampai seminggu dua.. Dah mula percaya, lebih dari mempercayai ibu bapa masing-masing.. Bila dah terjebak mulalah menyesal, mulalah menyalahkan diri & orang lain. Menyalahkan diri tu, betul la..menyalahkan orang lain tu.. fikir-fikir le sendiri. Bukan setakat satu dua kes macam ni, tapi sekarang ni dah jadi macam trend. Lari, lepas tu menyesal tak sudah. Sepatutnya dengan terjadi satu dua kes tu dijadikan iktibar & panduan, tapi agaknya bila nafsu dah menguasai diri, mulalah lupa harga diri.

Juga belum cerita tentang anak gadis yang sibuk mengejar suami orang. Lebih 'secure' katanya. Ye la, lelaki orang ini dikatakan lebih romantik, lebih pandai menjaga perasaannya, lebih stabil & lebih sebagainya.. Andai itu benar jodoh yang ditetapkan Allah, mmg kita tidak mampu melakukan apa-apa. Tapi kalau sekadar mencari keseronokan & kemewahan, apakah itu patut kita biarkan? Kadang-kadang bila kita kenal lebih ramai orang, maka lebih banyak cerita yang kita peroleh. Contohnya, penulis banyak membaca cerita mengenai kes sebegini di ratu hati.. Banyak kes yang terjadi sebenarnya..

Namun, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Si lelaki atau si perempuan yang sudah hilang akalnya? Atau pun ibu bapa? Salah didikan kah? Kadang-kadang kesian pulak bila fikirkan kepada ibu bapa yang anaknya sebegini.. Hancur luluh agaknya.. Penat dikandung dan dilahirkan, belum lagi dikira berhabis wang ringgit untuk menyekolahkan mereka & memberi makan minum, mudah saja ambil keputusan yang tidak bijak sama sekali...

Pada penulis, bukan salah ibu bapa, bukan salah didikan. Kalau pun ada, mungkin peratusannya hanya sedikit. Yang utama, diri sendiri. Andai tahu menjaga maruah diri, keluarga, berfikir sebaiknya, malah yang paling utama, dengan asas agama, mungkin perkara seumpama ini tidak terjadi. Penulis bukanlah dari keluarga yang hebat agamanya, tetapi sedikit sebanyak penulis masih mampu memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk untuk diri penulis ini. Moga keluarga penulis, penulis sendiri & kawan-kawan penulis terhindar dari gejala seperti ini.

Pada si lelaki pula, janganlah mengambil kesempatan di atas kelemahan perempuan.. Penulis akui perempuan adalah golongan yang lemah, sebab itulah perlunya lelaki untuk membimbing. Jadi atas dasar tanggungjawab seorang lelaki dalam membimbing, bimbing lah dengan baik, jujur dan bijaksana. Janganlah pula membimbing kaum hawa ini ke arah yang negatif.

Pada perempuan di luar sana, anda perlu menjaga diri. Itu kewajipan masing-masing. Jika bukan anda yang menjaga, siapa lagi? Anda adalah diri anda. Berubahlah jika anda rasakan ia boleh memudharatkan diri sendiri & ummah. Tak salah untuk 'menjual mahal' atas ajakan lelaki-lelaki yang bukan mahu memimpin anda, malah ia tindakan yang bijak. Bukan tidak ada lelaki yang lebih baik untuk anda, cuma anda yang perlu memilihnya. Janganlah jadi seperti habis madu sepah dibuang.. Fikir-fikirkan lah..
Sebaik-baik perhiasan, adalah wanita solehah.
Jadi kepada semua, jagalah diri, hiasi peribadi, pelihara maruah diri.

mote:
  1. Jangan mudah terpengaruh dengan janji manis seorang lelaki yang belum tentu betul-betul mahukan kita.
  2. Berfikir sebaiknya untuk diri anda, jangan terjebak ke kancah yang penuh dusta.
  3. Lengkapkan lah diri dengan ilmu-ilmu yang berguna, supaya kita lebih terjaga, berhati-hati & selamat.
  4. Jangan menyakiti diri sendiri atas perkara yang kecil/remeh.
  5. Berkawanlah/bersahabatlah dengan mereka yang lebih baik dari kita. Moga dengan itu, kita turut menjadi seperti mereka.
  6. Ikhlaskan lah hati anda dalam bersahabat & bersahabatlah kerana Allah, kerana dengan keikhlasan dan kerana Allah jua lah yang dapat membuatkan hubungan persahabatan itu bertahan selagi dengan kehendakNya.
Setakat itu sahaja untuk kali ini. sehingga kita berjumpa di minggu hadapan.. selamat berhujung minggu.. Jumpa lagi, InsyaAllah.. bye..bye..


Tag :

cinta alam..

on Selasa, 7 Julai 2009

Salam. apa khabar hari ini? Banyak hari gak saya tak update blog ni kan.. Semalam, sakit kepala menyerang, jadi mood nak tulis pun jadik down jugak. Pagi ni pun asyik terfikir annur yang selsema.. Jadi kurang sikit aktiviti ber'blog' nih.. Apa pun, terima kasih pengunjung blog ni.. Saya hargai anda. Jadi, untuk merapatkan hubungan kita, lau yang datang tu, sudi-sudi la komen mengenai artikel/en3 saya, tak pun tulislah note kedatangan anda. Terima kasih daun keladi..



Cinta alam. memang patut pun kita perlu bangkit mengenai hal ini. Ye la, tegoklah dunia sekarang.. Cuaca yang semakin tak menentu. Contohnya dekat area Gombak nih.. tadi tengahri mendung semacam jer.. ingat nak hujan.. tup-tu panas pula petang nih, tak de setitis air hujan pun... Huhuuu.. Alam kita memang semakin tidak stabil dewasa ini..( cewah..ayat cam waktu blaja dulu..). Siapa yang patut dipersalahkan ek? Teknologi kah, atau manusia itu sendiri.. Orang lain atau diri sendiri yang perlu disalahkan? Fikir-fikirla sendiri..

Kadang-kadang, bila ternampak asap berkepul-kepul di udara ketika ada yang membakar sampah, terasa sedikit geram di hati, ye la, keadaan sekarang sudahlah jerebu, mahu lagi ditambah dengan asap-asap yang berbau. Mungkin niat mahu menghalau nyamuk, tapi pada saya itu bukanlah jalan penyelesaiannya. Masih banyak nyamuk berkeliaran selepas pembakaran tersebut. Jadi, berharap sangat agar dikurangkan pembakaran terbuka di luar sana.

Cinta alam. Selain kita perlu manjaga alam, ada satu pertandingan di ratu hati. Portal ibu yang semakin ramai kenalannya. Hahaaa.. ini salah satu sebab en3 ni dimasukkan. Jadi, pada pengunjung ratuhati, jangan lupa vote for annur.. dengan gambar kitar semula... hehee..

Selain pembakaran, jalan yang ada adalah melakukan kitar semula sampah-sampah itu.. Jangan lupa ya, nasihat annur.. yang oren untuk aluminium, yang coklat untuk plastik & yang biru untuk lain-lain.. go green world.. hihiihii.. jangan lupa ye..


mote:
  1. Jagalah alam sekitar sebaiknya... Jangan dilakukan kerosakkan di muka bumi ini...
  2. Jangan melakukan pembakaran terbuka, apatah lagi dengan keadaan jerebu sekarang ini.
  3. Vote for annur di ratu hati.. (hiihiii....)
Oh ye, ada yang bertanya, mote tu apa.. mote stand for moral of the entry...okay, sehingga berjumpa lagi..InsyaAllah.. Jangan lupa vote annur...
Tag : ,

ada apa dengan tayar kereta..

on Khamis, 25 Jun 2009

Salam.. selamat hari khamis.. sibuk bekerja kah...? kali ni saya nak tulis sesuatu berkenaan dengan permotoran.. xde lagi en3 pasal ni.. cuma tadi borak2 dgn rakan sekerja, pasal moto die yang pancit.. pas2 terkeluar plak citer pasal tayar.. tu yang datang idea nih..

Saya nih kategori suka bawak kereta, tapi semenjak ada baby nih, banyak jadi co-pilot yang berjaya berbanding pilot.. hahaaa.. tapi, sekali-sekala de gak bawak, & alhamdulillah, xde la tersemput-semput kat jalan tuh.. ni kete kecintaan saya...

Okey, berbalik pada topik.. Ada apa pada tayar kereta? Tanpa tayar, kereta xdapat bergerak.. sudah semestinya la bergantung pada enjin & komponen2 lain pada kereta tu.. (tapi, tanpa kunci & pemandu, lh x kereta jalan? kowang pikir2 le sendiri..). Tayar yang bersesuaian dengan kereta amat penting. Jika tidak, tahap pencapaian kereta anda mungkin tidak seoptima yang diharapkan.. (kereta aku kira optima ker....?Bukan Kia Optima ye...)..

Info selanjutnya..klik..
Selanjutnya
TAYAR KENDERAAN ANDA
  1. Pilihlah tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta anda. Contohnya, jika kenderaan anda berenjin 1.3, cukuplak sekadar tayar bersaiz 14''(inci).
    Jika tayar lebih besar digunakan, kekuatan pecutan kereta anda akan berkurangan.. (Cian keta aku.. xkena rupanye...). Alat penyentap hentakan (absorber) akan mudah rosak, speedometer tidak menunjukkan bacaan sebenar & kos penggunaan minyak akan bertambah.
  2. Jangka hayat tayar. Perhatikan pada bahagian tepi tayar kereta anda. Di situ akan terdapat rangkaian nombor yang dicetak. Nombor ini memberi maklumat bila tayar kereta itu dikilangkan. Ia berdasarkan minggu & tahun. Mengikut piawaian antarabangsa, tayar yang baik adalah dalam jangka masa 2 tahun selepas dikilangkan. Jika lebih had tersebut, penggunaan tayar pada kenderaan mungkin akan ada masalah.. Dengan iklim & cuaca panas, sejuk, tayar akan lebih mudah haus (tayar x minum air ye..), pecah & sebagainya.. Jadi, perhatikan tarikh tayar dikilangkan.. am gambar nih, maknanye dalam minggu ke 26 tahun 2007 (bulan 6).
  3. Jenis tayar. Ini bergantung kepada budget & kesukaan anda. Yang terbaik pilihlah tayar yang tidak terlalu lembut & tidak terlalu keras. (yang sedang-sedang saja..). Terdapat pelbagai jenis tayar di pasaran seperti Michelin, Good Year, Silverstone, Yokohama, Falken & sebagainya. Terdapat tayar yang agak mahal harganya. Namun, ia adalah berbaloi jika difikirkan tetang prestasi & keupayaan kenderaan anda. Dalam hal ini, andalah penentunya.
  4. Perhatikan juga nombor pada tayar anda. Pernah lihat nombor seperti ini? 205/45 R16 83W. Cetakan nombor ini membawa maksud tayar mempunyai 205mm, ketebalan tayar (jarak antara rim ke permukaan tayar) adalah 45% daripada kelebaran tayar dan ia untuk penggunaan rim bersaiz 16".
    83 pula membawa maksud indek keupayaan mengangkut yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Contohnya, 82 mampu memikul berat maksima 475kg bagi setiap tayar. Jadi keupayaan seluruh kereta memikul beban maksima adalah 1900kg (475kg x 4 tayar). W pula bermaksud tayar sesuai sehingga kelajuan 270 km/j tanpa menjejaskan kekuatan & ketahanan tayar.
    S - 180 km/j
    T - 190 km/j
    U - 200 km/j
    H - 210 km/j
    V - 240 km/j
    Z - melebihi had laju 240 km/j
    W - 270 km/j
    Y - 300 km/j
    melebihi 270 km/j, huruf ZR akan digunakan
  5. Adalah digalakkan untuk menukar kedudukan tayar kereta anda setiap 3 bulan. Ini bagi memastikan tidak hanya sesebuah tayar yang mengalami kecederaan yang melampau. Dengan menukar kedudukan tayar, keseimbangan tayar dapat dilakukan. Tukarlah tayar kiri hadapan ke kanan belakang dan sebaliknya.
  6. Perhatikan juga bunga pada tayar kereta anda (tayar pun nak cantik, pakai bunga...hehehe..). Jika bunga tayar sudah terlalu nipis, adalah dinasihatkan supaya anda menukar tayar kereta anda, bagi memastikan cengkaman tayar pada jalan pada paras optima (juga untuk keselamatan anda di jalan raya..)
    1) Bunga tayar pada bahagian tepi lebih cepat haus - tekanan udara dalam tayar rendah/membelok dgn keras (hard cornering).
    2) Bahagian luar tayar - keselarian tayar tidak bagus, perlu diperbetulkan.
    3) Bahagian tengah cepat haus - tekanan dalam tayar terlalu tinggi
    4) Bunga tayar haus secara tidak sekata - tukar absorber & tukar tayar.
Selain itu, pada tayar juga terdapat tulisan ini TREADWEAR 280 TRACTION A TEMPERATURE APetunjuk:
TREADWEAR 280 - ketahanan tayar daripada cepat haus. Semakin tinggi nilai treadwear, semakin lambat tayar haus. Pilihlah tayar yang treadwear lebih tinggi
TRACTION A - kadar kekuatan cengkaman tayar. AA adalah paling bagus, kemudian A, B dan C.
TEMPERATURE A - ketahanan tayar terhadap suhu. A- kawasan panas, B - kawasan normal, C - kawasan sejuk

Ok, sekarang baru jelas kan. Pe lagi, moh le kite praktikkan sambil dapat menambah ilmu pengetahuan...
Tag : , ,

malaysia belum bebas H1N1..

on Jumaat, 5 Jun 2009

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa terdapat tiga kes mengenai Influenza A (H1N1) menjadikan lima kes setakat ini. Ketiga-tiga kes baru ini berpunca dari luar negara. Seorang merupakan pelajar yang baru balik dari AS, manakala 2 org lagi, adalah pelancong dari Jerman yang singgah ke Singapura sebelum ke Malaysia. Mereka disahkan menghidapi H1N1 setelah mengalami demam.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan 2 kes yang juga melibatkan pelajar di AS. Namun, kesemua pesakit dilaporkan stabil.

Kesemua pesakit yang disahkan merupakan pelajar/pelancong dari luar negara. Saya merasakan sepatutnya pelancong/pelajar ini perlu memberi ruang agar memastikan diri mereka bebas dari influenza ini sebelum pulang/datang ke Malaysia. Kementerian Kesihatan juga mengharapkan agar ditangguhkan dulu kepulangan/kedatangan mereka yang dari negara-negara yang terlibat dengan influenza ini.

Namun, ini semua sudah ditakdirkan. Siapa sangka diri akan mengalami demam disebabkan oleh penularan influenza ini.. Jadi sama-samalah kita mengambil langkah pencegahan sebelum semuanya terlambat. Jadi jika anda di luar sana mengalami simptom2 yang dihebahkan, jangan takut ke klinik, kerana langkah awal mampu menyelamatkan anda , keluarga dan orang ramai. Juga kepada krew-krew serta penumpang bagi pesawat yang terlibat, diharapkan kerjasama semua bagi benar2 memastikan negara kita bebas Influenza A (H1N1) ini.

InsyaAllah, kita jumpa lagi..
Tag : ,

rempit oh..rempit !!

on Khamis, 21 Mei 2009

Salam.. lately penulis tak tahu nak masukkan entry apa.. leh dikatakan kehilangan idea. Penulis pun agak bizi le kebelakangan ni. Anyway, hari ni kita cakap pasal rempit.. Mat Rempit.. Rasanya xperlu lagi penulis ceritakan apakah dan siapakah rempit ini.. Rata-rata rakyat Malaysia kenal siapa itu mat rempit. Malah golongan ini dikatakan sudah semakin berani melakukan jenayah-jenayah di jalanan. Betulkah golongan ini yang melakukannya? Atau ada pihak yang sekadar meneguk di air keruh?

Pihak berkuasa cuba menjalankan pelbagai cara dalam menangani masalah remaja ini. Namun, sehingga kini masalah tersebut masih lagi menjadi topik hangat perbualan. Kalau tidak, masakan penulis mengutarakan topik ini ketika ini. (huahuhaa..)

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kes ragut/samun di jalanan yang dikatakan dilakukan oleh golongan rempit ini. Pelbagai jenis mangsa telah diragut, termasuklah wanita mengandung. Tiada siapa sangka individu ini telah atau bakal dijadikan mangsa ragut, namun hakikat sudah tertulis. Bahkan hanya berbekalkan RM3, nyawa melayang sekelip mata...

Baru-baru ini pihak berkuasa melabelkan mat rempit ini sebagai samseng jalanan.. satu nama yang pada pendapat penulis kedengaran agak menakutkan.. Namun adakah mereka ini akan berubah semata-mata kerana nama atau gelaran? Penulis berpendapat, walau apa jua nama gelaran yang diberikan, mat rempit tetap mat rempit. Hanya diri mereka sendiri yang bisa mengubah siapa mereka. Bahkan tidak keterlaluan sekiranya penulis mengatakan mungkin mat-mat rempit di luar sana bangga kerana dilabelkan sedemikian.

Pada usia remaja inilah yang membangkitkan perasaan mereka. Bangga dikatakan samseng, itu bukan perkara luar biasa. Malah, jika silap perkiraan, mereka ini mungkin boleh bertindak sebenar-benar samseng. Suami penulis pernah menyuarakan agar diberi nama yang lebih baik - lebai rempit contohnya, kerana pada beliau mudah-mudahan jika selalu disebut golongan jika mungkin akan berubah. Berkat doa rakyat Malaysia, mana lah tau sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi. Jika benar, penulis antara orang yang gembira akan perubahan tersebut.

Remaja-remaja inilah sebenarnya harapan bangsa dan negara. Golongan remaja merupakan golongan yang bakal menerajui negara suatu hari nanti. Maka, seharusnya mereka perlu bertindak seperti mana seorang pemimpin. Sekurang-kurangnya pimpinlah diri sendiri. penulis tidak mengatakan bahawa semua mat-mat rempit seperti ini. Ada mereka yang sekadar menjadikan ia hiburan. Namun, harus diingatkan supaya hiburan ini perlu dikawal. Jika tidak, perkara yang lebih buruk mungkin bakal terjadi.

Apakah masalah sebenar mat-mat rempit ini? Adakah disebabkan kurangnya litar-litar lumba yang membolehkan mereka beraksi? Adakah dengan membina lita-litar lumba, masalah ini akan selesai? Marilah sama-sama kita renungkan. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan, bukan sahaja merosakkan diri mereka, malah nama negara, agama dan bangsa akan terjejas. Atau isu ini hanya dikatakan seketika? Mungkinkah ia akan hilang ditelan masa? Dan berapa ramaikah mangsa yang perlu menjadi korban sebelum hilangnya masalah ini?

Jika berlaku kecelakaan di jalan raya, malah melibatkan orang yang tidak bersalah, apakah yang perlu dilakukan? Adakah kesalahan perlu diletakkan kepada mereka yang menjadi mangsa? Apakah perasaan golongan yang melakukannya? Gembira, bangga atau rasa bersalah? Sesungguhnya menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Jika terdapat nyawa mereka yang tidak bersalah melayang, tiada guna andai air mata darah dikeluarkan sekalipun.. Hukuman apakah yang patut diberikan kepada golongan ini? Adilkah hukuman yang bakal dilaksanakan? Sama-samalah kita renungkan permasalahan ini. Kepada golongan rempit di luar sana, penulis benar-benar berharap agar anda menyedari akan tindakan anda ini sebenarnya membawa kepada keburukan.. Salam hormat buat semua.
Tag :

selamat hari guru..

on Sabtu, 16 Mei 2009

Guru,
Terima kasih atas jasamu,
yang tidak jemu mengajar kami anak didikmu,
mengenal ABC, mengira 123..

Guru,
Ibarat cahaya yang menerangi kehidupan kami,
Yang tanpa jemu mengajar & mendidik,
Sungguh mulia jasamu,
Tidak terbalas didikanmu,

Guru,
Masa yang kau luangkan untuk kami,
dalam usaha mengajar dan mendidik,
Sungguh begitu berharga dalam diri ini

Segala tunjuk ajar mu,
Telah menjadikan diriku,
Seperti hari ini,
Teriama kasih buatmu,
Guru...

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru/cikgu di Malaysia. Sungguhpun penulis bukanlah seorang pelajar yang nakal di sekolah (kononla..), namun ampun dan maaf buat guru-guru yang pernah mengajar penulis dulu. Selamat Hari Guru bukan hanya untuk guru-guru sekolah, namun pada penulis ia juga untuk pengajar-pengajar kelas tambahan, tutor dan juga pensyarah di universiti. Tanpa mereka, curahan ilmu tidak mungkin sampai dan tersemat dalam fikiran kita semua.

Selamat hari guru buat cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Penang (Tahun 1989-1993), cikgu-cikgu Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (Tahun 1994-1999), pensyarah KMM, Melaka (2000-2002) dan Pensyarah Bioteknologi UPM (2002-2005). Terima kasih semua. Jasa kalian semua sentiasa dihargai.
Tag : ,

cara membasuh tangan dengan betul...

on Selasa, 12 Mei 2009

Salam.. Hari ntu de permintaan mengenai virus Influenza A H1N1 yang melanda dunia sekarang nih.. Tapi, lau nak letak info tuh, xcukup masa kot.. Jadi kali nih saya rase saya nak post entry pasal menjaga kebersihan; yang mana boleh mengurangkan risiko menghidap Influenza A H1N1 nih.. Umum mengetahui, dalam tv pun de cakap, basuhlah tangan sekurang2nya 2 kali sehari. Tapi, sebagai orang Islam, bagusnya sebab kita bukan setakat 2 kali, tapi paling kurang 5 kali basuh tangan (masa amek wudhuk).. Kat sini kite lihat cara membasuh tangan dengan betul (tapi nih bukan cara amek wudhuk ye...)

CARA MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL
Basahkan tangan dengan air yang mencukupi. Basuh tangan dengan sabun pencuci tangan.










Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda.












Gosok pula setiap jari-jemari dan di setiap celah-celah jari











Gosok pula kuku anda pada tapak tangan. Lakukan pada kedua-dua belah kuku tangan











Gosok pula di kedua-dua belakang tangan anda.













Bilas dengan air yang mencukupi dan bilas sebersih-bersihnya.












Keringkan tangan yang dibasuh tadi dengan tuala bersih atau dengan udara yang kering (kalau ada kat rumah la... selalunya ada di toilet awam atau kedai makanan segera..)Selamat mencuba buat semua. Pastikan amalan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan ini menjadi amalan harian kita semua. InsyaAllah, menjaga kebersihan itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko kita dijangkiti penyakit.
Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman...
Jadikan ia satu amalan...
p/s: tapi dalam amalan kebersihan ini, gunakan air sebaik2nya..

Kredit gambar dari MyHEALTH Portal
Tag : ,

selamat hari ibu...

on Jumaat, 8 Mei 2009

Salam.. saban hari di bulan mei nih kita asyik terdengar ungkapan ini dan di kaca tv tidak ada yang terlepas untuk menyiarkan apa pun iklan atau cerita berdasarkan ibu.. Semua ini untuk menunjukkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu agar kita tidak lupa pada insan ini..

IBU.. MAMA.. MAK.. MA.. BONDA.. UMI.. MUMMY.. apa pun ungkapan yang diucapkan atau panggilan yang mewakilinya, hanya satu yang terbayang.. Setiap wanita yang melahirkan anaknya tanpa mengira penat, lelah, sakit dan sebagainya. Bertarung nyawa ketika proses melahirkan seorang individu yang hanya dapat dilakukan oleh seorang wanita yang bergelar ibu.. Tanpa ibu, siapa lah kita.. (Tanpa bapa juga ye..). Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas sepanjang hayat kita bergelar manusia. Sesungguhnya hanya Yang Maha Esa dapat membalas erti kasih sayang & pengorbanan seorang ibu. Hargailah ibu & bapa anda selagi anda mampu melakukannya..

Jika dulu saya cuma mengetahui perasaan ibu, tanpa mampu menyelami.. Kanapa ibu menangis, kenapa ibu merajuk, kenapa ibu pendamkan perasaan, kenapa ibu meleter, kenapa ibu perlu marah dan sebagainya. Kadang2 segala yan ibu cakap, cuma dipandang sepi, seolah-olah sekadar mendengar mengambil hatinya.. Namun, sejak bergelar ibu, saya mula faham apa perasaan ibu. Jika anak kecil demam, boleh tidak tidur semalaman.. Apabila anak menangis wujud kerisauan.. Apabila anak tidak makan, runsing segala kehidupan. Kalau boleh, anak merengek pun ibu akan rasa tidak tenteram. Kenapa perlu berleter, kanapa rasa risau dan sebagainya. Terlalu sukar untuk dinyatakan. Mungkin ada yang menganggap, itu cuma remeh, perempuan yang mudah tersentuh perasaannya, namun hanya yang bergelar ibu sahaja yang memahami perasaan ini..

Tanpamu ibu, tidak lahirlah aku ke dunia ini..
Tanpamu juga, tidak dapat ku kecapi erti disayangi, erti dikasihi oleh seorang wanita bergelar ibu..
Tidak dapat ku ketahui cabaran hidup tanpa nasihatmu, tanpa bimbinganmu.
Hidupku sunyi tanpa kata-kata nasihatmu, tanpa kata2 marahmu..
Sesungguhnya semua itu menjadi panduan untuk diriku meniti hidup yang penuh pancaroba ini.. Terima kasih ibu..
Tidak terbalas jasamu dengan apa yang aku berikan padamu..
Moga Allah merestuimu dan segala jasamu.
Aku hanya mampu berdoa agar ibu sentiasa dalam lindunganNya..
Terima Kasih Ibu..
Saya sayang Ibu...

p/s: Selamat hari ibu buat mak, Pn. Fatimah Ahmad di Penang & juga buat ma, Pn. Tuan Normah di Terengganu.. Jasa kalian berdua tak mungkin anakanda lupakan. Sayang kalian berdua.. Terima kasih atas segalanya..
Tag : , ,

practical student..

on Rabu, 6 Mei 2009

Salam..pe kabar semua? Susah sket la skang nih nak masukkan entry..Bizi..huhUHU.. Kali ni nak share dgn semua la.. Anda tergolong dalam kategori mana?
  1. Seorang bos yang berhak menentukan sama ada boleh menerima pelajar untuk latihan industri?
  2. Seorang pekerja yang menerima arahan untuk mengajar pelajar latihan industri?
  3. Seorang pekerja yang tidak perlu mengajar pelajar latihan industri?
  4. Seorang pelajar yang memerlukan kebenaran untuk melakukan latihan industri?
  5. Seorang pelajar yang pernah menghadiri latihan industri?
  6. Seorang pelajar yang tidak memerlukan latihan industri?
Jika anda salah satu di atas, mngkin anda boleh memberi maklum balas mengenai perkara ini.

Jika dulu pengalaman saya, mendapat tempat untuk melakukan latihan industri sudah cukup bagus bagi diri saya. Bayangkan lah, dalam beratus-ratus pelajar, anda masih mampu menempatkan diri di mana2 tempat di industri. Bagi yang bertuah, tempat industri yang diperolehi adalah bertetapan dengan course yang diambil. Bagi yang tidak, sekurang-kurangnya dapat mengetahui keadaan sebenar di dunia pekerjaan. Saya, ketika itu, tergolong dalam kategori kedua. Tidak pula menyoalkan mengenai tempat tinggal, elaun atau pengangkutan yang disediakan oleh majikan yang membenarkan latihan industri dilakukan. Sudah cukup bagus, sekiranya mereka menerima anda.

Namun, berbeza keadaan sekarang. (Saya sudah bekerja di sebuah syarikat swasta).. Tergolong dalam kumpulan kedua di atas. Bernasib baik sekiranya pelajar yang anda terima berminat untuk belajar, berminat untuk turut serta dan jika mampu berkomunikasi dengan baik.. (xperlu terlalu bijak berkomunikasi..sekadar boleh mjalinkan hubungan yang mesra..).. Tapi, sekiranya yang datang tidak berminat, sekadar mendapat kelulusan kerana membuat latihan industri, berchatting/berinternet..bagaimanakah perasaan anda? Kalau nak dimarah, sudah besar.. Sekadar menegur, mgkin boleh.. Apatah lagi kalau yang datang membuat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga, tapi sudah bertanyakan mengenai elaun sama ada diperolehi atau tidak?

Bagi saya kedua-dua situasi sudah saya alami.. Pertama kali, saya cukup bertuah kerana pelajar2 yang diperolehi menunjukkan minat, rajin, dan mampu berkomunikasi dengan baik. Kali kedua agak kurang, kerana kurangnya minat untuk turut serta, seolah2 sudah pandai, dan perlu dipanggil setiap kali tugasan. Kali ketiga (dalam proses..).. masih di peringkat awal, namun menunjukkan minat dan rajin bertanya. Pendapat saya, kita masih bergelar pelajar walaupun kita sudah bekerja, kerana kadang2 kita memperoleh ilmu baru terutamnya dalam bidang kajian. Sekiranya yang bekerja masih belajar, apatah lagi bagi seorang individu yang masih bergelar pelajar...Bagi seorang pelajar, minat yang mendalam perlu ditunjukkan. Berusahalah mencari ilmu sebanyak mungkin kerana peluang pembelajaran yang terbuka luas. Percayalah, sekiranya anda meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, belum tentu anda akan memperoleh ilmu sebagaimana yang diperolehi di dunia bekerja yang sebenar. Bagi seorang pekerja pula, andai menerima pelajar yang berminat, paling tidak bersemangat kembali untuk mencurahkan ilmu walaupun pada awalnya terpaksa menerima atas arahan pihak atasan.

Apakah sebenarnya masalah graduan sekarang? Mengharapkan sesuatu yang belum lagi dicurahkan daripadanya? Atau bersikap mementingkan diri dan kurang rasa bersyukur? Masih adakah pelajar/graduan yang bekerja kerana minat yang mendalam, rasa bersyukur kerana peluang yang diberikan dan rajin bekerja tanpa mengharapkan balasan yang setimpalnya? Adakah sebab2 ini memungkinkan graduan sekarang sukar mendapatkan pekerjaan?

Jadi bagaimana, anda sekiranya seorang pekerja (dari kategori kedua terutamanya), menghadapi situasi begini? Bagaimana pula pandangan anda sekiranya anda dari kategori lain yang dinyatakan di atas? Sekiranya anda ada pandangan, jangan malu untuk menyatakan..
Tag : ,

selsema khinzir

on Khamis, 30 April 2009

Umumnya mengetahui dunia sekarang dilanda satu lagi penyakit yang tiba-tiba meletus. Dahulu jika penyakit selsema ini datangnya dari burung, namun kali ini selsema ini dikatakan berpunca dari khinzir (atau ba.. - tak sampai hati nak tulis..)

Setakat entry ini dikarang, sebanyak 103 kematian telah dicatatkan di Mexico. Malaysia masih bebas dengan wabak ini, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil.
Selsema khinzir (H1N1) pernah dikatakan diramal berlaku pada 1976. Influenza ini dikatakan satu ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat pernah meramal pada 1976 mengenai pandemik ini, namun ia dikatakan tidak wujud. Pada 1976, tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey didapati sakit akibat satu bentuk selsema khinzir yang luar biasa. Pegawai-pegawai memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat AS tetapi pandemik itu tidak berlaku. Sehingga kini, Mengapa dan bagaimana pandemik itu berhenti dengan sendirinya, masih tidak diketahui.

Lagi info mengenai selsema khinzir; apakah itu selsema khinzir, bagaimana dijangkiti & lain-lain, sila lawati:
http://www.cdc.gov/swineflu/swineflu_you.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Swine_flu
Tag : ,

samun

on Selasa, 21 April 2009

Salam buat semua. Harap-harapnya sihat sentiasa. Kali ni nak cerita sikit pasal keadaan yang sering berlaku di Malaysia nih.. Malaysia sekarang dah jadik macam negara-negara maju yang penuh dengan kes jenayah. Tak la sama, tapi hampir. Baru-baru ni, pulang dari tempat kerja, saya dan suami rasa nak makan pau yang dijual di tepi jalan di sekitar taman perumahan di daerah Gombak ni. Gerai ni baru lagi. Bila berhenti kat tepi gerai tu, akak (orang melayu la) yang berniaga pau ni kata tinggal lagi 2 je. Okla tu kan, cukupla untuk saya dan suami. Suami saya ni peramah, tanyakan la akak ni..mana kete kancil akak yang de kat cini? - Kitorang nih suker memerhatikan gerai-gerai baru yang muncul kat area situ.. Pastu akak tu pun citer la..kancil die tu, suami die bawak, kejar 2 mamat yang terdesak sangat ni.. Mamat 2 ekor nih naik moto, baru jer pas samun duit jualan pau akak ni..
Operasinya..de kete benti nak beli pau, tapi orangnya xturun pun, just cakap dari dalam kete..Akak ni xsangka la..just bungkuskan dan bagi la kat orang dalam kete ni. Tanpa disangka2 2 mamat yang de atas moto tgh benti kt situ masa tu, dengan sekoyong-koyongnye telah pergi amek dan melarikan duit jualan akak ni.. Tak tahu la kan, kete tu terlibat ke tak.. Tak baik nak tuduh jer kan.. Mungkin kebetulan terjadi..
Kesian akak ni..dah le mase tu dah banyak dah die jual. Huhu..Sebagai seorang yang masih berfikiran waras, terasa sangat, pe dah jadik dengan dunia sekarang nih.. Jenayah berleluasa walaupun jalan tu sibuk. Entah la.. Kita hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipelihara dan dijauhkan perkara-perkara sebegini. Amin. Terasa sedih pulak, orang lain bersusah payah mencari rezeki yang halal, orang lain pulak yang dapat kesenangan dengan cara yang tidak betul. Moga-moga insaflah, ingatlah kita di dunia ni hanya sementara. Moga Allah melindungi kita dan keluarga kita hendaknya. Amin.

** moral of the story - berhati-hatilah selalu..sentiasalah berteman jika tidak yakin berseorangan
Tag :
 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO