Salam.. Hari ntu de permintaan mengenai virus Influenza A H1N1 yang melanda dunia sekarang nih.. Tapi, lau nak letak info tuh, xcukup masa kot.. Jadi kali nih saya rase saya nak post entry pasal menjaga kebersihan; yang mana boleh mengurangkan risiko menghidap Influenza A H1N1 nih.. Umum mengetahui, dalam tv pun de cakap, basuhlah tangan sekurang2nya 2 kali sehari. Tapi, sebagai orang Islam, bagusnya sebab kita bukan setakat 2 kali, tapi paling kurang 5 kali basuh tangan (masa amek wudhuk).. Kat sini kite lihat cara membasuh tangan dengan betul (tapi nih bukan cara amek wudhuk ye...)
CARA MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL

Basahkan tangan dengan air yang mencukupi. Basuh tangan dengan sabun pencuci tangan.
Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda.

Gosok pula setiap jari-jemari dan di setiap celah-celah jari

Gosok pula kuku anda pada tapak tangan. Lakukan pada kedua-dua belah kuku tangan

Gosok pula di kedua-dua belakang tangan anda.

Bilas dengan air yang mencukupi dan bilas sebersih-bersihnya.

Keringkan tangan yang dibasuh tadi dengan tuala bersih atau dengan udara yang kering (kalau ada kat rumah la... selalunya ada di toilet awam atau kedai makanan segera..)

Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman...Jadikan ia satu amalan...
p/s: tapi dalam amalan kebersihan ini, gunakan air sebaik2nya..
Kredit gambar dari MyHEALTH Portal
I was wondering if you ever thought of changing the
BalasPadamstructure of your site? Its very well written; I love what youve got to say.
But maybe you could a little more in the way of content
so people could connect with it better. Youve got an awful lot of text for only having 1 or 2 images.
Maybe you could space it out better?
My web page; acoustic guitar chords for beginners