practical student..

on Rabu, 6 Mei 2009

Salam..pe kabar semua? Susah sket la skang nih nak masukkan entry..Bizi..huhUHU.. Kali ni nak share dgn semua la.. Anda tergolong dalam kategori mana?
  1. Seorang bos yang berhak menentukan sama ada boleh menerima pelajar untuk latihan industri?
  2. Seorang pekerja yang menerima arahan untuk mengajar pelajar latihan industri?
  3. Seorang pekerja yang tidak perlu mengajar pelajar latihan industri?
  4. Seorang pelajar yang memerlukan kebenaran untuk melakukan latihan industri?
  5. Seorang pelajar yang pernah menghadiri latihan industri?
  6. Seorang pelajar yang tidak memerlukan latihan industri?
Jika anda salah satu di atas, mngkin anda boleh memberi maklum balas mengenai perkara ini.

Jika dulu pengalaman saya, mendapat tempat untuk melakukan latihan industri sudah cukup bagus bagi diri saya. Bayangkan lah, dalam beratus-ratus pelajar, anda masih mampu menempatkan diri di mana2 tempat di industri. Bagi yang bertuah, tempat industri yang diperolehi adalah bertetapan dengan course yang diambil. Bagi yang tidak, sekurang-kurangnya dapat mengetahui keadaan sebenar di dunia pekerjaan. Saya, ketika itu, tergolong dalam kategori kedua. Tidak pula menyoalkan mengenai tempat tinggal, elaun atau pengangkutan yang disediakan oleh majikan yang membenarkan latihan industri dilakukan. Sudah cukup bagus, sekiranya mereka menerima anda.

Namun, berbeza keadaan sekarang. (Saya sudah bekerja di sebuah syarikat swasta).. Tergolong dalam kumpulan kedua di atas. Bernasib baik sekiranya pelajar yang anda terima berminat untuk belajar, berminat untuk turut serta dan jika mampu berkomunikasi dengan baik.. (xperlu terlalu bijak berkomunikasi..sekadar boleh mjalinkan hubungan yang mesra..).. Tapi, sekiranya yang datang tidak berminat, sekadar mendapat kelulusan kerana membuat latihan industri, berchatting/berinternet..bagaimanakah perasaan anda? Kalau nak dimarah, sudah besar.. Sekadar menegur, mgkin boleh.. Apatah lagi kalau yang datang membuat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga, tapi sudah bertanyakan mengenai elaun sama ada diperolehi atau tidak?

Bagi saya kedua-dua situasi sudah saya alami.. Pertama kali, saya cukup bertuah kerana pelajar2 yang diperolehi menunjukkan minat, rajin, dan mampu berkomunikasi dengan baik. Kali kedua agak kurang, kerana kurangnya minat untuk turut serta, seolah2 sudah pandai, dan perlu dipanggil setiap kali tugasan. Kali ketiga (dalam proses..).. masih di peringkat awal, namun menunjukkan minat dan rajin bertanya. Pendapat saya, kita masih bergelar pelajar walaupun kita sudah bekerja, kerana kadang2 kita memperoleh ilmu baru terutamnya dalam bidang kajian. Sekiranya yang bekerja masih belajar, apatah lagi bagi seorang individu yang masih bergelar pelajar...Bagi seorang pelajar, minat yang mendalam perlu ditunjukkan. Berusahalah mencari ilmu sebanyak mungkin kerana peluang pembelajaran yang terbuka luas. Percayalah, sekiranya anda meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, belum tentu anda akan memperoleh ilmu sebagaimana yang diperolehi di dunia bekerja yang sebenar. Bagi seorang pekerja pula, andai menerima pelajar yang berminat, paling tidak bersemangat kembali untuk mencurahkan ilmu walaupun pada awalnya terpaksa menerima atas arahan pihak atasan.

Apakah sebenarnya masalah graduan sekarang? Mengharapkan sesuatu yang belum lagi dicurahkan daripadanya? Atau bersikap mementingkan diri dan kurang rasa bersyukur? Masih adakah pelajar/graduan yang bekerja kerana minat yang mendalam, rasa bersyukur kerana peluang yang diberikan dan rajin bekerja tanpa mengharapkan balasan yang setimpalnya? Adakah sebab2 ini memungkinkan graduan sekarang sukar mendapatkan pekerjaan?

Jadi bagaimana, anda sekiranya seorang pekerja (dari kategori kedua terutamanya), menghadapi situasi begini? Bagaimana pula pandangan anda sekiranya anda dari kategori lain yang dinyatakan di atas? Sekiranya anda ada pandangan, jangan malu untuk menyatakan..
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO