tip belaian untuk anak

on Isnin, 13 April 2009

CIUMAN
Setiap malam, sebelum tidur, jangan lupa memberi ciuman selamat malam buat anak-anak anda. Jangan biarkan mereka tidur tanpa ciuman tersebut.

DENGAR
Kadang-kala anak anda akan mengalami mimpi ngeri yang menakutkan. Dengarlah mimpi mereka sekiranya mereka memberitahu anda. Kadang-kala mimpi mereka adalah begitu menakjubkan dalam dunia mereka. Selain itu, sentiasa dengar akan curahan hati, masalah mereka atau apabila mereka sibuk bercerita kepada anda.

MASA
Anda mungkin terlalu sibuk. Walau bagaimana pun, cari dan luangkanlah masa bersama anak anda sama ada di rumah atau di luar rumah. Jika ada masa terluang, bawalah anak-anak keluar bersiar-siar atau membeli-belah. Peganglah tangan anak anda sambil berjalan dengan mereka. Mereka tentu menghargai dan merasa akan kepentingan hidup mereka dalam kehidupan anda. Ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan, malah boleh dijadikan satu aktiviti yang sihat.

PANDANGAN
Apabila memandang anak anda, pandanglah dengan penuh kasih sayang. Percayalah, dia akan lebih yakin terhadap diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitarannya.

PELUKAN
Berilah pelukan kepada anak anda setiap hari. Ada kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk ibu bapa.

PERMAINAN
Pernah dengar kata-kata "Hormatilah orang lain jika anda mahu dihormati"?. Begitu juga dengan anak-anak anda. Permainan kesayangan mereka selalunya menjadi perkara yang terlalu penting buat mereka. Hargailah permainan kesayangan mereka ini. Pada masa yang sama mereka juga akan belajar menghargai barang-barang kesayangan anda.

SALAM
Satu perkara penting bagi kita yang beragama Islam. Jangan lupa mengajar dan membudayakan anak-anak kita dengan bersalaman. Bukan hanya dengan ibu bapa, malah dengan orang yang lebih tua, rakan-rakan dan dengan mereka yang mahram. Jadikan ia satu amalan apabila bangun di waktu pagi, tidur pada waktu malam atau apabila anak anda atau anda sendiri mahu keluar dari rumah dan juga apabila pulang ke rumah.
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO