Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera.
Cara Mudah Lulus Buat Loan/Pinjaman Untuk Rumah Pertama. Teringat saat-saat getir sewaktu kami suami isteri agak berhempas pulas masa urusan membeli rumah pertama kami. Boleh kata, banyak juga kawasan perumahan yang kami terjah semata-mata untuk tengok sendiri rumah yang nak dibeli. Alhamdulillah, semuanya kami buat sendiri tapi ianya memang agak leceh dan mengambil masa. Bermula dengan berjumpa agen rumah sehinggalah berjumpa sendiri dengan pegawai bank untuk urusan buat loan rumah. Bab jumpa orang bank dan urusan buat loan rumah antara yang paling payah nak hadap. Maklumlah, memang 'buta kayu' sungguh bab-bab loan rumah ni....
Loan Rumah?
NAK TAHU CARA MUDAH BUAT LOAN RUMAH, INSYAALLAH LULUS!
Rupanya, bukan mudah juga pihak bank nak luluskan pinjaman/loan untuk rumah yang kita nak beli. Banyak benda yang mereka kira dan tengok. Antara perkara yang bank selalu tanya dan mintak untuk urusan loan rumah ialah;
- slip gaji terkini
- akaun KWSP
- akaun bank yang stabil
- rekod majikan yang bayar gaji kita
Ni semua, kalau tak clear biasanya memang 70% yang nak buat loan rumah mesti GAGAL. Alhamdulillah, walaupun kami kerja swasta (syarikat kecil), masih mampu buat loan rumah pertama kami. Syukur sangat-sangat.
Pengalaman Loan Rumah Gagal?
Saya belum pernah lagi, tapi semasa urusan memberi rumah pertama kami. Kami disajikan dengan 2 keadaan yang mana ada pembeli lain yang sudahpun membayar 10% deposit untuk rumah yang nak dibeli tetapi akhirnya terpaksa batalkan hasrat nak beli rumah sebab GAGAL nak dapatkan loan rumah daripada bank. Memang kesian bila dengar kes-kes macam ni.
Dengar cerita agen rumah tu, yang GAGAL buat loan rumah tu sebab macam-macam hal.
- Ada yang sebab kerja sendiri, jadi bank masih kurang yakin nak luluskan loan rumah.
- Ada yang tak cukup dan lengkapkan dokumen penting masa buat loan.
- Ada juga kes yang salah 'pilih bank' dan salah pilih masa untuk buat pinjaman bank.
- Ada yang lekat dekat KWSP.
- Pelbagai lagi kes hinggakan ramai yang dengarnya, dah fed-up dengan urusan nak buat loan rumah ni.
Ada petua/cara mudah nak lulus loan rumah ke?
Ikut kata kawan saya yang dah ada 5 buah rumah (memang kaki beli rumah dah sekarang ni), ada beberapa sebab kenapa bank tak luluskan loan rumah kita. Antaranya sebab kita sendiri tak tahu kedudukan kewangan kita (yang kerja sendiri ramai yang tak lepas sebab kurang tahu cara yakinkan pihak bank). Saya nak cerita lebih-lebih pun tak puas hati pulak, tapi saya suka kongsikan panduan mudah lulus loan rumah ni.
Rumah kawan saya yang dah beli 5 buah rumah! Dia pun dulu-dulu seksa nak lulus loan rumah. |
Tips ringkas untuk buat loan rumah.
- Tetapkan objektif utama anda. Contohnya target harga rumah, berapa gaji yang diperlukan untuk lepas buat loan untuk beli rumah tersebut & tahu serba sikit cara bank kira nak luluskan loan anda!
- Buat semakan dengan bank tahap 'kesihatan' kewangan anda. Senang cerita, kita panggil rekod di CCRIS. Penting sangat. Sebab ramai yg lekat sebab hutang yang sediada contohnya hutang kereta lambat bayar sampai tertangguh 3-4 bulan. Penting sangat untuk cantikkan rekod bank kita.
- Pastikan juga rekod kad kredit anda cantik (pembayarannye cantik takde tertangguh - kalau ada).
Kira loan rumah dengan bank-bank di Malaysia
Perlukan PANDUAN Buat Loan Rumah?
Rakan saya sudi berkongsi pengalaman berharga beliau (seperti gambar di atas). Beliau memang berpengalaman luas dalam urusan buat loan rumah ni. Jadi, boleh baca sendiri pengalaman kawan saya ni di bawah. Dia ada cerita cara-cara nak buat loan rumah dan lulus dengan mudah dan tak sakit kepala. Jangan risau, ianya memang berbaloi-baloi!
CARA MUDAH BUAT LOAN RUMAH, INSYAALLAH LULUS! dapatkan video PERCUMA di bawah (klik link)
Selamat berusaha dan janganlah mudah mengalah kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya!
Berminat nak belajar jadi PERUNDING HARTANAH?