Assalamua'laikum.
Apakah contoh soalan untuk sesi temuduga SPA bagi jawatan Jururawat? Saya kongsikan beberapa contoh soalan temuduga yang mungkin bakal ditanya kepada calon temuduga sesi November 2013 profesion jururawat.
Contoh soalan temuduga Jururawat November 2013
Apa yang saya kongsikan ini mungkin hanyalah soalan umum untuk temuduga jururawat. Antara soalan yang mungkin ditanya semasa temuduga jururawat ialah;
- Siapa menteri Kementerian Kesihatan Malaysia sekarang?
- Apakah kadar bacaan normal nadi, tekanan darah dan pernafasan seseorang?
- Boleh berikan beza antara sister, matron dan seorang jururawat?
- Kenapa pilih bidang jururawat berbanding bidang lain?
- Boleh sebutkan beberapa isu semasa tentang bidang kesihatan sekarang? Tips: Sila bersedia untuk ditanya kembali oleh penemuduga tentang isu yang anda bawakan. Contoh, kalau isu demam denggi semakin meningkat. Bersedia dengan jawapan bagaimana ia merebak, simptom demam denggi, cara nak diagnose dan cara nak elakkan terus merebak.
- Apa yang anda faham tentang tugas seorang jururawat?
- Boleh ceritakan serba ringkas tentang SL1M, BRIM, Klinik 1 Malaysia.
Ini antara kemungkinan soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga dalam sesi temuduga jawatan jururawat. Yang penting, anda jangan panik dan gelabah.
Buat persediaan yang lengkap dan bacalah isu semasa yang masih panas sekarang. Ada lagi masa untuk anda siapkan diri untuk menghadiri temuduga jawatan jururawat November 2013 ni atau pengambilan sepanjang tahun.
Perlukan bantuan Panduan Soalan Temuduga Jururawat?
Kalau dah kesuntukan masa, mungkin panduan di bawah boleh membantu anda untuk bersedia dengan lebih baik. Banyak lagi himpunan soalan temuduga yang lengkap untuk anda baca. Siap sekali dengan contoh jawapan soalan temuduga jururawat.
KLIK gambar di bawah untuk terus download panduan temuduga jururawat ni.
Selamat berjaya. Jangan tangguh-tangguh, sebab ramai lagi calon lain yang juga bersedia dengan panduan lengkap contoh soalan jawapan temuduga jururawat ni. Anda macam mana?
Jangan bertangguh untuk miliki panduan ini kerana ramai yang sudah berjaya lulus temuduga jururawat dengan jayanya. Anda bila lagi?
Tag :
contoh soalan temuduga jawatan jururawat,
nak jawab soalan temuduga jururawat,
please contoh soalan jawapan temuduga jururawat november 2013,
soalan sebenar temuduga jururawat 2013,
tips soalan jururawat