7 Panduan Mudah Mencari Kerja | Panduan Lulus Temuduga Pembangunan Masyarakat S41

on Selasa, 28 Mei 2013

Assalamua'laikum & Salam Sejahtera.
Berikut adalah perkongsian tentang panduan mencari kerja selepas kita berhempas pulas menuntut ilmu bertahun-tahun. Peluang kerja kerajaan mahupun swasta tidak akan datang kepada kita jika kita tak berusaha. Oleh itu, saya kongsikan 7 Petua Mudah Mencari Kerja Kerajaan mahupun swasta.


1. Usaha sendiri - Kumpulkan paling kurang 10 syarikat berkaitan jurusan anda. Kemudian siapkan resume lengkap berserta surat permohonan. Boleh dapatkan dalam buku Yellow Pages mahupun carian di internet.

2. Jangan memilih kerja - Maksudnya jangan terlalu memilih kerja. Dalam zaman yang memerlukan banyak pengalaman berbanding teori semata, perlu untuk fresh graduate untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin. Percayalah, pengalaman anda bakal memberi impak besar dalam resume anda dalam 2-3 tahun selepas itu.

3. Buat kajian - Ada baiknya anda mengkaji serba sedikit tentang syarikat yang anda pohon. Pilihlah organisasi yang lebih stabil untuk mendapatkan pengalaman kerja yang lebih baik. Jika sukakan cabaran lebih besar, apa salahnya mencuba di syarikat kecil, pasti nikmat bekerja akan lebih terasa. Bekerja di sektor swasta juga kadangkala lebih memberi anda pengalaman yang lebih baik. Tepuk dada, tanya selera.

4. 'First Impression' - Oleh kerana wakil anda ialah surat dan resume, pastikan semuanya lengkap dan terbaik. Jangkaan awal majikan pastinya tertumpu kepada resume anda, panggilan yang lakukan dan saat temuduga. Pastikan semuanya sudah lengkap dan tersedia.

5. Sanggup bekerja dari bawah - Jika mendapat tawaran peringkat bawahan, terima saja kerana ia peluang terbaik untuk anda memahami denyut nadi sesebuah organisasi. Jadikan ianya sumber motivasi terbaik untuk menimba pengalaman samada kerja kerajaan atau swasta.

6. Capai keputusan baik - Keputusan yang baik dalam peperiksaan masih lagi menjadi tanda aras penting untuk mendapat pekerjaan. Lebih baik bila anda juga aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Pasti lebih menarik majikan untuk memilih anda berbanding pelajar pasif.

7. Jangan bergantung pada sesuatu yang tak pasti - Istilah "kabel besar" dan "bumiputera" selalunya membuatkan kita terlebih rileks dalam mencari peluang kerja kerajaan mahupun swasta. Lupakan terma-terma 'khas' tersebut, dan berusahalah sebaik mungkin.

Runsing tiada panduan untuk menulis resume dengan lengkap baik dan menarik perhatian majikan? Saya sarankan anda untuk mendapatkan panduan menulis resume ini. Pasti puas hati dengan contoh menulis resume, dan pelbagai lagi tips menarik untuk pencari kerja seperti anda. Dapatkan di bawah;

Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO