Cara Untuk Kuruskan Badan|Petua Kurangkan Berat Badan Dengan Komitmen Tinggi

on Khamis, 2 Mei 2013

Assalamua'alaikum. Moga cergas semuanya.
Cara Untuk Kuruskan Badan|Petua Kurangkan Berat Badan Dengan Komitmen Tinggi. Rata-rata antara kita mencari cara paling mudah nak kuruskan badan. Ada yang sanggup berlapar tak makan nasi berminggu-minggu demi nak kempiskan perut. Namun, hasilnya tidaklah begitu bombastik sehingga ada yang putus asa untuk kuruskan badan dan kempiskan perut. Pasti ada salah silap di mana-mana sehingga sekilopun payah nak turun. Bagaimana cara yang betul untuk kita turunkan berat badan tanpa perlu kita berlapar?
Cara untuk kuruskan badan yang paling diketahui ramai ialah bersenam. Tak bersenam tak boleh ke? Jawapannya ialah tak boleh. Kena juga bersenam. Apa pentingnya bersenam? Bersenam atau senang cerita kita melakukan pergerakan anggota tubuh badan. Bila anggota tubuh kita bergerak, automatik jantung kita akan lebih berdegup kencang. Bila bergedup kencang, tenaga yang lebih dari keadaan normal perlu dibekal kepada seluruh otot badan kita.

Disinilah berlakunya pembakaran kalori dan lemak degil yang ada di perut, di paha (dan lain-lain) dan membantu pembentukan otot badan yang lebih mantap dan menarik. Paling senang untuk membakar lemak degil dan membakar kalori (kalori dibakar, lemakpun makin kurang dan dapatlah kita turunkan berat badan) ialah dengan berjoging atau berlari (sukan olahraga). Tekniknya mudah saja. Kita berlari perlahan dan berlari pecut dalam selang masa yang tetap. Contohnya, berlari perlahan 5 minit kemudian lari pecut selama seminit. Teknik diulang beberapa kali. *Jika anda ada penyakit berat seperti diabetes, teknik tak sesuai*
Dapat tak apa yang saya cuba sampaikan? Ia. Bersenam untuk kuruskan badan memerlukan komitmen yang tinggi. Inilah petua dan tips terbaik yang boleh saya kongsikan untuk anda yang masih mencari-cari petua terbaik untuk kuruskan badan dan kempiskan perut. Mungkin ada sudah tahu, tapi terlupa untuk beramal dengan KOMITMEN ini.

Sama-sama kita tingkatkan motivasi dan komitmen demi mencapai berat badan ideal seterusnya mampu meningkatkan mutu ibadah kita kepadaNYA.
Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

  1. Truly when someone doŠµsn't know then its up to other viewers that they will help, so here it occurs.

    Here is my blog - hcg injections for weight loss
    My website - hcg diet phase 1

    BalasPadam

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO