Bila Blog Down

on Rabu, 2 Jun 2010

Salam buat semua. Lama sungguh tak updated blog ini. Huhuu.. Sejak de self hosting memang blog ini sedikit (bukan sikit dah ni) terabai.. Bila self hosting bermasalah, baru lah nak jenguk blog ni. Ini lah manusia, habis madu sepah dibuang.. hehe.. 

Tak de nak cerita sebenarnya, tapi rasa nak nulis. Dah lama rasa nak menulis ni. Tak tertahan lagi. Dah le blog yang satu lagi tu dah 3 hari down.. Ni kerja hosting tu la.. Bila la nak baik.. Pe nak jadik ni.. huhuuu..

Baru-baru ni balik ke kampung, Penang. Sebelum balik, siap plan lagi ke mana nak habiskan waktu bercuti.. hehe.. biasalah, Penang kan kata orang, syurga makanan.. Kata orang, saya tak kata.. So, hari khamis, on the way balik lagi dah siap pesan kat adik, soh mak belikan murtabak sedap. Tak pernah rasa? Sedap woo.. Kat KL ni rasanya lum jumpa murtabak sesedap itu. Lau tak tanya lah IDLAN naib juara Raja Lawak kat Astro tu.. Katanya dulu die kerja dgn tauke murtabak sedap tu.. Heehee..

Hari Jumaat lepas lunch nasi ayam, petang sikit terus ke Machang Bubok. Mee kuah die mmg sedap, sampaikan suami tanya die letak pe dalam ni? Hehee.. Biasala kan.. Rasa yang tak berubah sejak saya sekolah rendah lagi.. Si puteri kecil tu pun makan banyak mee kuah tu.. Tapi mee je la, kuahnye tak..

Malam dah kekenyangan, hanya duduk di rumah menonton tv. Tu pun de hati nak makan ikan bakar.. Hahaaa.. Disebabkan dah kenyang, agenda tu diitukar keesokan harinya. Selepas penat bermain badminton bersama-sama suami dan adik-beradik, lepas Maghrib je terus ke Teluk Tempoyak.. Makan ikan bakar. orang Penang mesti tau.. Tak sangka lak dalam menunggu ikan dibakar, terjumpa pula member satu course kat universiti tu.. Dah lama tak jumpa.. Borak-borak la sikit kan..

Cerita lebih-lebih pun, gambar tak de kan.. hhuhuu.. Layan je la gambar yang de ni..

Rasa-rasa nampak sedap tak mee ni?

budak kecik ni baru bangun tido..si abah tgh ajak sembang2..

Tak banyak pun gambar, dua je.. cukup setakat ni ek.. Jumpa lagi..

Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO