Diet Yang Betul

on Khamis, 4 Ogos 2011

Wanita dan diet seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Namun, ada yang langsung tidak kisah akan hal ini. Bagi yang menitik beratkan diet dalam kehidupan, pasti banyak perkara yang ingin dilakukan bagi mendapatkan berat badan yang dikehendaki.




terima kasih gambar dari herbabest.com

Kadang-kadang kita sanggup berlapar demi memenuhi impian memiliki berat badan pujaan. Sedar atau tidak, sering kali juga kita tersalah langkah dalam berdiet. Mari tengok bersama..
  1. Kita selalu membiarkan perut kita lapar. Sepatutnya ia dihindari kerana dengan membiarkan perut lapar, akan membuatkan kita makan secara berlebihan bila tiba waktu makan seterusnya.
  2. Jangan menghindari makanan dengan harapan kita tidak makan makanan tersebut. Jangan bimbang, makan seperti biasa, cuma mungkin boleh kurangkan kuantitinya.
  3. Jangan berfikir yang bukan-bukan seperti kelihatan buruk atau gemuk jika mengambil makanan tersebut. Ingat semua itu 'mind setting'.
  4. Nikmati makanan ketika kita makan. Kadang-kadang cara ini akan membuatkan kita cepat kenyang, dan cepat juga kita berhenti.
  5. Berhenti jika kita rasa sudah kenyang. Jangan dipaksa menghabiskan makanan tersebut. Jika takut membazir, bungkus untuk waktu makan seterusnya. Yang lebih baik, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.
  6. Jangan makan secara tergesa-gesa. Di samping mengalami risiko tercekik, makanan yang dimakan dengan cepat, kemungkinan tidak dihadam sebaiknya.
  7. Sentiasa bersenam, kerana ia sebenarnya adalah cara terbaik jika ingin berdiet.
  8. Hargai tubuh diri sendiri. Sekurus atau sebesar mana pun badan kita, ia adalah diri kita. Jangan membandingkan diri dengan individu yang ternyata lebih baik. Jika masih membuat perbandingan, tidak mengapa, tetapi jangan lupa ikut cara individu tersebut menjaga dirnya.
  9. Jangan ikutkan perasaan ingin makan jika mengalami tekanan. Juga jangan jadikan tekanan sebagai sebab untuk tidak makan. Tak de mood nak makanlah..
  10. Jaga kesihatan. Ambil makanan yang dirasakan perlu dan makanan sihat yang seimbang. Kurangkan makanan yang kurang memberi manfaat dan hindari makanan yang membawa kepada penyakit.
Jika bijak mengendalikan isu makanan, berdiet bukanlah sesusah mana, bahkan ia boleh membawa kepada kebaikan kepada kesihatan diri..
admin: makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Ranking: 5

{ 4 Komen... read them below or add one }

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO