Kitaran Haid Tidak Teratur

on Selasa, 25 Oktober 2011

Biasanya bagi wanita yang sudah baligh, kitaran haid biasanya berlaku sekali dalam sebulan. Namun, ada yang luar dari kitaran ini dan ia kurang normal, namun ramai yang mengalaminya.

Kitaran haid yang biasa digunakan oleh doctor ialah 28 hari, namun ia berbeza terhadap setiap individu, yang bervariasi dari 24 hingga 35 hari. Ianya turut berbeza setiap bulan terutamanya beberapa bulan selepas haid pertama.


 Kitaran haid adalah seperti berikut:
  1. Hari pertama: datang haid hari pertama. Sedikit atau banyak berbeza mengikut individu.
  2. Hari kelima – hari ketujuh: kelenjar pituari memerintahkan ovarium untuk melepaskan telur. Dinding uterus akan menebal sebagai persediaan sekiranya terdapat persenyawaan.
  3. Hari ke12- hari ke14: Telur yang sudah berkembang baik akan dilepaskan yang disebut proses ovulasi. Ia akan bergerak melalui tiub fallopio da ke uterus. Ketika ini jika ada persenyawaan, telur akan melekat di dinding uterus. Jika tidak, sel tersebut akan musnah, dan dalam masa dua minggu berikutnya, sel telur itu akan keluar dari uterus bersama-sama dinding uterus.

Kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya tekanan (stress), perubahan berat badan, pengambilan ubatan, dan juga perubahan hormon. Ada juga berpendapat pengambilan kalori dalam kehidupan seharian turut memberi kesan.

Tanda-tanda haid tidak teratur:
  1. kejang pada punggung dan otot terasa tegang
  2. payudara lebih berat
  3. sakit kepala
  4. adanya jerawat
  5. waktu tidur yang tidak normal
  6. perubahan atau gangguan pada mood
  7. ada bengkakan pada badan
Beberapa individu yang kitaran haid tidak teratur disebabkan oleh pengeluaran banyak hormon androgen, yang meningkatkan penghasilan otot dan rambut pada badan.

Namun jika kitaran ini tidak teratur lebih dari tiga tahun, berjumpalah dengan doktor. Mungkin pil hormone atau pemeriksaan lain boleh dilakukan..


Sumber bacaan:
  1. sini 
  2. dan di sini
Ranking: 5

{ 2 Komen... read them below or add one }

  1. masalah haid tidak teratur ni ,sedikit sebanyak menberi impak kepada lelaki yang bernama suami...

    BalasPadam
  2. pengambilan GLA Shaklee boleh membantu masalah haid tak teratur. GLA adalah Gama Linoleik Asid yg menjadi bahan binaan prostaglandin iaitu hormon dalam badan. GLA menagndungi 2 kali ganda EPO yang semulajadi. manfaat GLA ialah

    -Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
    -Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
    -Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
    -Membantu dalam menangani menopus
    -Menguatkan kuku dan rambut
    -Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
    -Membantu menangai ekzema
    baca selanjutnya di
    http://www.nurzistayhealthy.blogspot.com/2013/07/gla.html

    BalasPadam

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO