Assalamua'alaikum & Salam 1Malaysia.
Dalam siri entri terdahulu iaitu 8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut, saya ada kongsikan beberapa petua dan cara untuk kita tampil langsing dan kurus. Entri terdahulu juga lebih tertumpu kepada aspek pemakanan kerana saya percaya, jika betul cara pemakanan kita, insyaAllah perut kita akan kembali kempis dan tidak lagi buncit.
Untuk siri petua kesihatan kali ini, saya ingin berkongsi petua/senaman mudah untuk perut tampil leper, cantik dan kempis. Jom sama-sama kita menerokai petua kesihatan tentang senaman berkesan untuk perut.
Senaman mudah untuk kempiskan dan kuruskan perut.
Pernah dengar tentang senaman sit-up? Lihat gambarajah ini;
Senaman sit-up sememangnya mampu menghasilkan perut yang langsing dan cantik. Perut kita mempunyai 5 otot besar yang perlu dilatih secara konsisten dan betul. Jika tak kena caranya, ditakuti berlaku kecederaan pada abdomen ini.
Untuk itu, sebelum melakukan senaman sit-up ini yang boleh menguruskan dan mengempiskan perut, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil berat iaitu;
- Ketika sit-up, jangan sesekali kita menarik atau menekan bahagian kepala atau leher.
- Biarkan otot perut yang menarik kita ke atas semasa senaman sit-up. Jangan biarkan kaki kita yang menariknya. Jadi, usahakan untuk kaki tidak bergerak.
- Tekan ke dalam bahagian perut ketika sit-up.
Download Panduan Petua Kuruskan Badan & Bakar Lemak dengan Pantas Lagi Berkesan!
- Sit-up dasar: Berbaring dan pastikan tapak kaki rata menyentuh lantai. Bengkokkan lutut dan letakkan tangan di belakang kepala. Gunakan otot perut, angkat bahu menuju ke arah lutut. Ulang langkah ini 10-12 kali. Jika terasa cramp dibahagian perut, hentikan seketika dan ulangi langkah ini.
- Berlatih dengan bola besar: Duduk di atas bola dan gerakkan kaki sambil menahan nafas. Tahan nafas terutamanya dibahagian perut. Ulangi langkah ini.
Namun, ini bukanlah satu-satunya petua dan cara untuk mendapatkan perut yang kempis. Senaman mudah lain seperti berjalan santai, berenang, menari
Selamat mencuba!
Tips yang menarik .. Kdg tu buat sit up x betul., hehe.. Ada masa dtg jenguk lah blog saya ye .. http://jomhealthywithme.blogspot.com
BalasPadam