Menang 2 Buah Buku Percuma!

on Rabu, 21 November 2012

Assalamua'laikum dan Salam 1 Malaysia.
Siapa nak buku percuma? Mestilah nak, kan? Buku percuma tu! Baiklah. Ada baiknya saya kongsikan tajuk buku yang bakal diterima oleh mereka yang bertuah. 2 buah buku yang bakal diberi percuma ialah Gadis Kecil Di Pinggir Gaza dan Perang Arab-Israel 1973. Dua buah buku ini cukup signifikan dengan suasana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin sana. Demi memahami dan mengerti jerit perit mereka yang berkurun berjuang demi kemerdekaan dan pembebasan kezaliman zionis Yahudi, saya amat berbesar hati untuk memberi 2 buah buku ini secara percuma kepada sesiapa sahaja. Bagaimana? Ayuh baca seterusnya...

Tag : , , ,

Tips & Petua Saat Ibu Hamil

on Selasa, 6 November 2012

Tips & Petua Saat Ibu Hamil 

Assalamua'laikum dan Salam 1 Malaysia. Saat mengetahui keputusan ujian kehamilan adalah antara saat yang begitu mendebarkan dan mengujakan bagi setiap pasangan terutamanya pasangan yang baru menimang cahaya mata. Keputusan positif hamil pastinya memberikan satu berita gembira yang teramat besar ertinya buat seorang isteri yang bakal bergelar ibu dalam jangka masa 9 bulan 10 hari dan juga kepada seorang suami yang bakal menjadi seorang bapa kelak. Persediaan rapi selalunya bakal dipersiapkan untuk isteri yang hamil. Pelbagai tips dan petua ibu hamil pastinya menjadi santapan seharian seorang isteri.

Tag : , , , , , , ,
 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO