Menang 2 Buah Buku Percuma!

on Rabu, 21 November 2012

Assalamua'laikum dan Salam 1 Malaysia.
Siapa nak buku percuma? Mestilah nak, kan? Buku percuma tu! Baiklah. Ada baiknya saya kongsikan tajuk buku yang bakal diterima oleh mereka yang bertuah. 2 buah buku yang bakal diberi percuma ialah Gadis Kecil Di Pinggir Gaza dan Perang Arab-Israel 1973. Dua buah buku ini cukup signifikan dengan suasana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin sana. Demi memahami dan mengerti jerit perit mereka yang berkurun berjuang demi kemerdekaan dan pembebasan kezaliman zionis Yahudi, saya amat berbesar hati untuk memberi 2 buah buku ini secara percuma kepada sesiapa sahaja. Bagaimana? Ayuh baca seterusnya...

Cara Untuk Menang Buku Percuma
  1. Anda perlu ke blog ini dengan klik link entri ini ---> Menang Buku Percuma Sekarang!
  2. Ikut langkah-langkah yang ada dalam entri tersebut. Sila baca betul-betul supaya anda tidak terlepas syarat-syarat mudah tersebut.
  3. Jangan risau. Apa yang perlu anda lakukan di blog itu (hafizmohd.com) ialah hanyalah tekan butang sosial seperti google plus (g +1), atau tweet twitter atau butang Like Facebook. Pilih hanya satu antara tiga dan digalakkan memilih butang g+1 atau nak tekan semua butangpun boleh dan amatlah dihargai.
  4. Tarikh tutup penyertaan buku percuma ialah pada 11.59 malam, 24 Disember 2012.
Cara Pilih Pemenang
  1. Hanya mereka yang ikut arahan di dalam entri tersebut layak untuk menjadi peserta cabutan nombor bertuah buku percuma ini. 
  2. Paling penting ialah pastikan anda menggunakan nama anda semasa meningggalkan komen di entri tersebut. JANGAN guna nama anonymous/tiada nama dan yang sukar untuk dikenali.
  3. Andai nama anda diumum sebagai pemenang tapi sukar untuk dihubungi, cabutan bertuah akan dibuat sekali lagi untuk mencari pemenang yang lain.
  4. Ingat. Hanya mereka yang menekan butang di entri iPhone 5 Gadget Impian sahaja yang akan layak untuk menerima cabutan bertuah.
Pemberian buku percuma ini juga untuk menghargai sokongan anda semua pengunjung fiezaradzi.blogspot.com.

Moga ada kebaikan yang bakal kita perolehi dalam sesi perkongsian ini. Yang baik itu semestinya daripada Allah dan yang lemah serta salah itu pastinya daripada saya sendiri. Jika ada sebarang kemusykilan, bolehlah anda tinggalkan komen di ruang komentar di bawah.

Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO