Resepi Ayam Ros Bermadu

on Khamis, 10 Januari 2013

Assalamualaikum, 
Kalai ini kita kongsi resepi pula. Jom senaraikan bahan-bahan yang perlu. Sebelum itu, kali ini kita masak masakan ringkas, yang boleh dihidangkan bersama nasi. Nama masakan ini ialah ayam masak ros bermadu. Jom tengok senarai bahan yang perlu.
Bahan-bahan:
  1. Ayam separuh
  2. Bunga lawang (3), bunga cengkih (2), kayu manis (1)
  3. Bawang besar, bawang merah dan bawang putih - dikisar
  4. CIli kisar/ cili boh (dalam 2-3 sudu)
  5. Tomato 2-3 biji (dikisar)
  6. Cili muda merah 3 biji (dikisar)
  7. Serai sebatang, boleh dikisar jika mahu. Jika tidak ketukkan sahaja.
  8. Sos cili dan sos tomato -untuk memekatkan kuah
  9. Susu cair (1-2 senduk)
  10. Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam terlebih dahulu. Kemudian, ketepikan. ** TIPS UNTUK MELEMBUTKAN AYAM - Boleh gaul ayam bersama kunyit, garam dan tambah satu sudu madu. Perap sebentar, dan kemudian goreng.
  2. Tumis 3 beradik rempah (bunga lawang, cengkih dan kayu manis). Masukkan bawang kisar dan serai, tumis sehingga naik bau wanginya.
  3. Masukkan cili kisar, cili muda dan tomato yang dikisar tadi.
  4. Jika mahukan kuah sedikit pekat, boleh tambah sos tomato atau sos cili.
  5. Bila dah mendidih dan pecah minyak, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, dan gaul sekata.
  7. Akhir sekali tambah susu cair dan masak dengan api sederhana. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. 
Itulah resepi yang ingin dikongsikan hari ini. Bolehlah balik dan cuba nanti. Boleh makan bersama-sama keluarga. Selamat mencuba.

@Admin - Resepi mudah dan senang dihidangkan. Tapi rasa lain sikit. Best
Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

  1. hi fieza :-)...membalas kunjungan...

    macam sedap je resipi tu...boleh cuba juga lepas ni ;-)...

    Resipi ayam dengan sos lemon butter saya

    BalasPadam

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO