Assalamua'laikum & Salam Perpaduan.
5 Teknik Petua Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Cara Selamat. Apakah cara yang selamat untuk kita dapatkan bentuk badan yang menawan dan langsing? Apakah benar produk X atau Y mampu mengempiskan perut kita tanpa perlu kita bersenam? Agak sedih juga bila kita berhabis wang membeli pelbagai produk menguruskan badan namun hasilnya tidak memuaskan hati malah menyakitkan hati sehingga boleh menyebabkan kita putus asa untuk mendapatkan perut yang kempis dan badan yang lebih kurus. Apakah ada petua dan cara untuk dapatkan badan yang kurus dan perut yang kempis dengan selamat?
Sebenarnya, petua dan tips kuruskan badan dan kempiskan perut dengan cara yang selamat mungkin sudah biasa kita dengar. Cuma mungkin kita terlupa dan terlalu gelojoh dalam usaha kita. Ingat, untuk kita berjaya kuruskan badan kita, masa yang diambil bukan sehari dua, mungkin sebulan dan boleh menjangkau bertahun. Lemak yang terkumpul dalam badan perlulah dibakar dengan betul dan ada tekniknya. Boleh cuba baca ebook ini -->
Baca Teknik Terbukti Berkesan Bakar Lemak dengan Pantas!
Jom kita buat ulangkaji tentang beberapa 5 teknik/petua kuruskan badan & kempiskan perut dengan cara yang selamat.
- Perhatikan jenis minuman kita. Banyak kali kita dengar tentang perlunya kita banyak minum air mineral berbanding air manis. Kenapa penting? Faktanya ialah air mineral atau air kosong tiada kalori. Jadi sahih tidak akan menambah berat badan kita berbanding air manis termasuklah air bergas yang tinggi kalorinya. Cuba periksa di setiap label botol minuman bergas yang kita beli.
- Kurangkan garam. Terlebih garam pasti membawa padah kepada badan kita. Garam yang berlebihan dalam badan akan menambah takungan air dalam badan menyebabkan proses pembuangan air terganggu. Makanan apa yang banyak garam? Antaranya ialah mungkin kentang goreng McD!
- Pilih buah-buahan yang kurang kalori. Makan buah memang bagus sebagai sumber serat fiber. Cuma perlulah bijak memilih buah-buahan. Elakkan makan buah yang tinggi kalori seperti pisang. Boleh baca entri tentang 8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut sebagai tambahan info.
- Jangan tinggalkan hidangan penting. Biasalah, ramai juga yang biasa skip sarapan untuk kuruskan badan. Bahaya! Sarapan penting untuk bekalkan badan dan minda kita tenaga untuk bekerja. Kalau kita skip makan, kita akan rasa lebih lapar dan bila tiba waktu lunch, kita akan makan lebih banyak! Skip makan juga boleh sebabkan metabolisma kita menurun (sedangkan kita nak metabolisma kita tinggi untuk bakar lemak!).
- Apakah seks membantu membakar kalori? Jawapannya ialah betul. Ia boleh dikategori sebagai 'senaman' membakar kalori. Ia memang boleh membakar kalori dan memberi rasa kelegaan kepada pasangan suami isteri. Cuma perlulah diingat yang badan perlulah sentiasa rehat dan cergas untuk sebarang aktiviti.
Jika masih kurang yakin dan perlukan bantuan mereka yang benar terlatih dan layak membantu anda kuruskan badan dan kempiskan perut dengan cara dan teknik yang selamat serta dijamin, boleh cuba untuk mendapatkan bantuan rakan saya di pautan di bawah;
DOWNLOAD Panduan Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Teknik Bakar Lemak Pantas sebelum di'tarik balik'
Cubalah untuk konsisten dan beramal dengan petua kuruskan badan dan kempiskan perut ini dengan cara yang lebih selamat. Kalau seminggu kita dapat kurangkan setengah kilo berat badan kita, inshaaAllah untuk minggu berikutnya pasti dapat lebih kurus dengan penurunan berat badan boleh mencecah 1 kilo.
Ingatlah pepatah Melayu yang glamer, "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih." Selamat mencuba dan semoga berjaya kuruskan badan, kempiskan perut, hidup lebih sihat dan ceria serta lebih yakin!
{ 0 Komen... read them below or add one }
Catat Ulasan
Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..