5 Petua Kurangkan Berat Badan Cepat & Mudah

on Isnin, 15 April 2013

Assalamua'laikum.
5 Petua Mudah Kurangkan Berat Badan | Tips Kempiskan Perut & Kuruskan Badan. Apakah benar ada petua/tips untuk kurangkan berat badan dengan cepat dan mudah? Semacam tidak logik, tetapi ianya tidak mustahil untuk dilakukan jika kita tahu cara yang sebenar. Ayuh, kita periksa 5 petua kurangkan berat badan dan kempiskan perut kita dengan cepat dan mudah.

Mesti Baca: 8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut 
Panduan khas: Kuruskan badan 5kg dalam seminggu!

5 Petua Kurangkan Berat Badan Cepat & Mudah 

  1. Ubah 'lifestyle' kita. Kenapa perlu ubah? Cara hidup kita termasuklah apa yang kita makan dan senaman yang kita lakukan setiap hari. Ubah apa yang kita makan bermaksud menjaga jumlah kalori yang diambil. Senaman pula bermaksud membakar kalori seterusnya membakar lemak degil yang ada dalam badan.
  2. Kawal makan di luar. Andai sebelum ini kita makan diluar 7 kali seminggu. Setiap kali pesan makanan, kita order lebih dari 3 menu. Ayam paprik, ayam goreng tiga ketul, udang salut tepung. Belum masuk lagi aiskrim. Cuba kita 'potong' jumlah makan di luar dan setiap kali order, order ayam panggang dan sup sayur + nasi putih separuh. Boleh?
  3. Kurangkan makanan masin. Senang cerita, kurangkan makan makanan segera seperti snek ringan,cekedis dan yang seangkatan dengannya. Yakinlah, sodium (garam) yang tinggi menyebabkan kita sukar untuk kuruskan badan dan kempiskan perut.
  4. Sarapan hanya 300 kalori. Sarapan penting untuk elakkan kita cepat lapar dan mula "mengganas" bila tiba waktu makan tengahari. Cubalah makan roti wholemeal disapu mentega kacang sebagai menu sarapan pagi.
  5. Berlari. Lakukan larian selama 20 minit. Mungkin boleh dilakukan setiap petang hari bekerja ataupun setiap pagi di hari minggu. Kesannya pasti anda mampu memakai kembali seluar anda yang sudahpun tak muat! Cubalah!
Itulah serba ringkas petua tips kuruskan badan untuk kurangkan berat seterusnya mengempiskan perut, mengecilkan paha. Ianya tidak mustahil selagi kita tidak mencubanya! 

Perlukan nota bantuan untuk kuruskan badan anda? 

Subscribe tips kuruskan badan dengan mengisi NAMA dan EMEL anda di bawah:

Nama anda

E-mail anda (Jangan guna Yahoo mail!)



Tips tambahan untuk kuruskan badan?

Kuatkan semangat dan konsisten dalam senaman. Kawal jumlah makanan yang kita ambil untuk mengawal pengambilan kalori. Jika tidak, lemak degil pasti akan menjadi 'rakan sejati' kita buat selamanya.

Selamat berusaha untuk mendapatkan bentuk badan impian dan kuruskan badan dengan selamat.
Petua tambahan kuruskan badan: 7 Petua Mudah Berkesan Kuruskan Badan Tanpa Ubat
Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO