Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com | Cantik Berhijab

on Isnin, 20 Januari 2014

Assalamua'laikum.
Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com. Wanita cantik berhijab, pastinya menjadi pilihan ramai muslimin di luar sana. Betul tak? Dengan fesyen hijab terkini, yang terkadang banyak mendatangkan sensasi dan kontroversi tentang adakah hijab mahupun shawl terkini patuh syariat? Adakah cukup sekadar memakainya sahaja tanpa faham apa fungsi hijab atau shawl? Hijab terkini atau fesyen lama yang menjadi pilihan anda? Tepuklah apa sahaja, kita tanya diri masing-masing untuk koreksi diri. InsyaAllah. Ameen.

Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Penulisan ini sekadar penulis santai tentang cantiknya berhijab bagi seorang wanita muslimah. Berhijab pasti lebih manis, lebih cantik, lebih ayu. Tidak memakai shawl fesyen terkini juga, wanita mampu kelihatan manis dan anggun. Anggun di mata suami, lebih-lebih lagi di sisi Allah swt.

 "Lelaki yang baik, dirinya untuk wanita yang baik" dan sebaliknya juga. Ini yang kita selalu dengar. Dengan ledakan fesyen zaman era tanpa sempadan, hijab/tudung/shawl atau apa saja namanya turut menerima tempiasnya. Tempiasnya bukannya sekadar angin pus-pus, tapi ianya sebesar angin ribut taufan yang bisa mengacau jiwa dan pemahaman si pemakainya! 

Cantik berhijab dengan fesyen terkini memang tiada salahnya. Maka, apa yang salah dalam berfesyen? Hukum dan fungsi hijab cukup jelas dan terang. Ianya berfungsi menutup bahagian dada wanita. Paling jelas sekali, ianya disebut oleh Allah swt dalam Surah al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud;
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Cantik berhijab dengan fesyen terkini wajib melabuhkan pakaian!

Jelas dan nyata, hijab/tudung/shawl adalah salah satu pakaian wajib bagi seorang muslimah. Bagaimana bentuk hijab yang boleh diklasifikasikan sebagai labuh dan menutup dadanya? Rasanya, cukup jelas dan terang sekali. Fesyen terkini hijab sekarang, ada yang menutup dada dan labuh, malangnya ada juga yang banyaknya tidak mengikut spesifikasi yang Allah berikan.
Antara spesifikasi hijab/tudung yang Saiyyidatina ‘A’isyah Radhiallahu'anha sendiri menyebutnya ialah;
“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadits riwayat Abu Daud)
Hijab terkini dengan fesyen terkini atau tak yang patuh syarak. Antaranya ialah;
  1. Tak nipis - maksudnya kain tebal dan tak jarang sehingga boleh nampak apa jua di sebalik hijab.
  2. Tak ketat - maksudnya longgar. Jenis kain yang 'melekat' di badan bila dipakai pun, adakan? Bila dijadikan tudung/hijab, hijab tu melekat pada dada. Tak kenakan dengan fungsi hijab. Betul tak?
  3. Tak kecil - maksudnya tudung tu bidang saiz besar. Apa salahnya. Jika tak sebesar itu saiznya tudungnya (seperti gambar di atas), janganlah kita mengecilkan saiz tudung/hijab hingga apa yang wajib ditutup, tak juga ditutup. Seolah-olah kita "mempermainkan" hukum Allah. Contoh hijab terkini yang kecil? Tak perlu saya membahaskannya, rasanya anda sendiri boleh memberi contoh fesyen hijab terkini yang pendek, singkat dan berkerlipan.
Itu antaranya. Isk. Payahnya nak jadi muslimah sejati. Jika kita pernah terlintas di hati soalan sebegini, cepat-cepatlah kita memohon ampun kepada Allah. Ianya pasti lintasan bisikan syaitan yang nak ajak kita join sekali mereka di neraka Allah nanti. Wanau'zubillah.

Hijab sama ada berfesyen terkini atau tak, yang dipakai semestinya wajar diselarikan dengan seluruh pakaian yang dipakai. Jika berhijab cantik, mestinya baju longgar, kain longgar tidak terbelah di mana-mana bahagian. Materialnya mesti tidak jarang dan nipis sehingga mudah nampak bentuk tubuh dan isinya! Semuanya mudah jika kita memandang betapa Allah meletakkan wanita di satu tempat yang tinggi. Yang wajar dilindungi maruahnya. 

Bukannya senang untuk dilihat dan dinikmati oleh mata-mata buaya yang bukan mahram. Wanita berhijab dengan fesyen terkini sekarang, pastinya juga tidak terlepas dengan godaan syaitan yang sentiasa memujuk untuk menimbulkan rasa untuk berlebih-lebihan dalam berfesyen dan bergaya. Rasa untuk kelihatan cantik bila keluar dari rumah. Awas! Godaan syaitan amatlah halus dan sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah swt. 

Semoga perkongsian santai ini mampu memberikan kita cerminan sebenar sejauh mana kita mengikuti dengan baik acuan yang Allah berikan kepada kita semua. Ianya bukan untuk menyusahkan kita, sebaliknya menjadikan kita cantik dan menambah iman kita kepada Allah swt. Tiada bezanya kita selain amal dan taqwa kita kepada Allah swt. 

Tak lain tak bukan, entri ni diterbitkan atas dasar untuk mengingatkan diri sendiri khasnya. Jika ada kebaikan, Alhamdulillah. Jika ada sebarang kesilapan, mohon diberikan tunjuk ajar dan diperbetulkan.

 ”Contest Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com ini dianjurkan oleh Hijabterkini.com dengan kerjasama daripada Hairulazni.my sebagai penaja hadiah wang tunai “


Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com.

Kredit gambar: Mira Baju Muslimah
Ranking: 5

{ 3 Komen... read them below or add one }

  1. Salam... tahniah kerana tersenarai sebagai peserta. Kita akan sama-sama berjuang untuk contest ini. Semoga berjaya buat anda.

    BalasPadam
  2. Artikel sangat panjang lebar... moga berada di kedudukan terbaik. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  3. Artikelnya keren ..
    dan mudah untuk dipahami.. + bisa jadi rujukan ini
    oya Gan klo ada kesempatan silakan mampir ke lapak sy yang jualan kaos kaki muslimah berkualitas dan banyak pilihannya..
    Trims :)

    BalasPadam

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO