Masih berdebar? Tarik nafas dalam-dalam yer. Saya
kongsikan FORMAT EXAM PPTM F29. Ianya dipecahkan kepada 3 seksyen utama iaitu
A, B dan C.
Seksyen A: Pengetahun Am.
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan
seksyen yang mempunyai paling banyak
soalan yang mengelirukan. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab
50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah
format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam
edaran umum SPA tahun 2013. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan
lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya;
- Tempoh: 40
minit
- Jumlah Soalan: 50 soalan
Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas
dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai
pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana
anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu criteria sebenarnya yang diuji
dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting
lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang
mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting
yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita
akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A
ini.
Antara skop
pengkhususan (PENTING) soalan dalam bahagian ini ialah;
Soalan KHUSUS berkaitan jawatan (PENTING!)
o Untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, ianya pasti aka nada
soalan berkaitan Teknologi Maklumat
o Ianya khusus untuk menguji pengetahuan calon dalam bidang jawatan yang
dipohon. Buat persediaan khusus tertumpu pada pecahan ini
o Dalam rujukan ini kita bantu anda dengan 40 Nota Ringkas khusus untuk
skop soalan berkaitan pecahan ini
SEKSYEN B: Daya Menyelesaikan Masalah.
Bahagian II: Penaksiran Personaliti
Sekali lagi
dimaklumkan yang bahagian ini tiada dalam kebanyakan peperiksaan Gred 41. Untuk
sesi peperiksaan F29 ini, ianya dimasukkan dengan format;
·
Tempoh: 30 minit
·
Jumlah Soalan: 94 soalan
Untuk sesi 2013
yang lalu jumlah soalan ada 180 tetapi tahun ini dikurangkan jumlah dan
masanya.
Bahagian ini
juga dikenali sebagai Ujian Sahsiah dan Minat untuk tahun-tahun yang lalu dan
soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau
personaliti diri anda akan dinilai. Kecenderungan anda dinilai.
Dalam beberapa
jawatan ianya dinamakan sebagai 'Bahagian Psikologi' dan dalam jawatan
lain berada di
'Bahagian II: Sahsiah dan Minat'.
Apa yang
penting ialah anda jawab menggunakan teknik yang betul dan pengurusan masa
yang tepat.
Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya
diberi
2 pilihan
jawapan (Ya atau
Tidak), (Betul atau Salah), ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak
bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refeksi keyakinan anda dalam membuat
pilihan. Kemungkinan penilaian kali ini berlainan pilihan jawapan tetapi bentuk
itu tidak penting, yang penting anda faham apa yang dinilai
Keseluruhan
soalan bakal merangkumi skop kendiri yang luas mencakupi
- Sikap
- Refleksi diri
- Cara berfikir
- Perawatakan
- Emosi
- Kepekaan
- Kecenderungan
- Cara bekerja
- Skil pengurusan dll
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana
anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap
anda sendiri dan persekitaran anda. Seharusnya aura positif yang menguasai anda
dan bukan sebaliknya.
Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia
menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul. Ciri
lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang
dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka
baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat‐sifat positif yang secara normanya
dimaklumi.
Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat
menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain,
kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragak‐agak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan
dengan sifat‐sifat
positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam. Apa yang anda
perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu
adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan
minat.
Jadi apa yang ada di
sebalik Penaksiran Personaliti ini secara
kasarnya ialah;
"Personaliti, minat, kecenderungan
anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah
yang positif atau arah yang negatif!'
CONTOH
SOALAN:
1.
Pilih
kenyataan yang BENAR mengenai komputer :
I.
Komputer boleh diaturcarakan untuk menerima dan
mengolah data.
II. Komputer boleh menerima arahan,
memproses, menyimpan dan mengeluarkannya semula.
III. Komputer boleh memproses data
menjadi maklumat
IV. Komputer digunakan untuk melayari
internet sahaja.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
2.
Berikut
adalah faedah penggunaan komputer KECUALI :
A. Menyimpan maklumat yang banyak
B. Memperolehi semula maklumat
dengan segera
C. Melakukan perhitungan rumit
dengan tepat
D. Menggunakan komputer untuk
bermain permainan video
3.
Y merujuk
kepada perkara yang telah diproses dan dianalisa yang digunakan untuk membuat
keputusan.
Apakah yang dinamakan Y?
A. Data
B. Maklumat
C. Input
D. Output
4.
Berikut
ialah komponen-komponen utama sistem komputer KECUALI :
A. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
B. Unit-unit Input dan unit-unit
Output
C. Komponen Storan dan komponen
Ingatan
D. Pemampat dan Penyejat
PANJANG kalau nak ditulis semuanya
di sini. Saya amat2 sarankan saudara/saudari dapatkan terus Pakej Lengkap ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika betul2 berminat, terus ke
sini ----> DOWNLOAD PANDUAN PPTM F29
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan bertangguh dan selamat
berjaya serta salam sukses!
teroma kasih atas perkongsian... saya akan menduduki peperiksaan pada 8 mac ni.. saya harap dapat menjawab dengan baik.. doakan saya dan yang lain-lain berjaya.
BalasPadam