Download Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41 | Format Terkini Exam PTD 2014

on Rabu, 22 Oktober 2014

contoh terkini soalan peperiksaan online ptd m41
Calon PTD M41 2016 dah sedia?


Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41 | Format Terkini Exam PTD 2014. Panduan exam ptd m41 khas untuk anda download. Jangan biarkan korang terus 'blurrr' dan tak pasti tentang format terkini dan juga contoh soalan peperiksaan online ptd m41. Dapatkan contoh-contoh soalan ni, moga-moga kita sama-sama faham dan dapat bersedia dengan terbaik untuk exam online pada 1 November ni.

Contoh soalan peperiksaan online PTD M41 (Seksyen A)

Soalan: Berikut adalah penyataan yang benar mengenai Bank Negara Malaysia KECUALI

A. Mengekalkan kestabilan harga dan menyokong pertumbuhan.

B. Mengeluarkan mata wang negara di samping menguruskan rizab antarabangsa negara.

C. Memberikan nasihat berkaitan dengan dasar mikroekonomi dan pengurusan hutang negara.

D. Berperanan untuk melaksanakan inisiatif bagi memperdalam dan mengukuhkan pasaran kewangan, termasuk pasaran pertukaran asing.

Jawapan: C

DAPATKAN PAKEJ RUJUKAN LENGKAP CONTOH SOALAN EXAM SPA M41

Contoh soalan peperiksaan online ptd m41 (Seksyen B)


Soalan:

Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tetapi sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah:




A. Tidak bersalah kerana dia sanggup membayar coklat tersebut.

B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.

C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran

D. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dia mengambil coklat itu dengan sengaja.

E. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.


Jawapan: C

Rasional: Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap sebagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.


Soalan Kemahiran Interpretasi Data

Contoh soalan:

Faizal mempunyai X unit botol minyak masa tanpa cukai. Separuh daripadanya diserahkan kepada Junaidi untuk dijual. Jumlah botol minyak masak yang masih ada ialah 14 botol. Kirakan berapakan nilai X?

A. 56

B. 28

C. 14

D. 7

Jawapan: B

Contoh soalan exam online ptd m41 (Seksyen C)


Contoh soalan 1: Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.

A. Ya B. Tidak C. Tidak Pasti (Jawapan A)


Contoh soalan 2. Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

A. Setuju B. Tidak setuju C. Tidak Pasti (Jawapan A)

Contoh soalan 3. Saya tidak perlu membalas budi rakan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan rakan baik saya.

A. Setuju B. Tidak setuju C. Tidak Pasti (Jawapan B)

Bagaimana setelah anda melihat contoh-contoh soalan ini? Dah nampak dah bentuk soalan yang bakal kita tempuhi 1 November nanti?

Anda masih rasa risau? Tak sempat luang masa untuk kumpulkan nota GST, nota-nota penting dasar kerajaan yang terkini? Masih tak jelas tentang bentuk format, bidang tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41?

PANDUAN TERKINI PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 

download ebook pdf contoh soalan exam online ptd



Ranking: 5

{ 1 Komen... read them below or add one }

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO