bihun lada...

on Jumaat, 16 Oktober 2009

Salam semua dan selamat hari Jumaat. Masuk hari ni dah 4 hari mak ayah de kat rumah..syiok.. haha.. adikku kena lapor diri, 3 hari di putrajaya.. so, mak ayah menghantar anak die tu.. (tgk, jasa mak ayah kita..)hehe.. skang ni asyik citer pasal mak ayah jer.. hahaa..

Oh ye, kali ni pasal mak juger.. tapi lain sikit..pasal bihun lada ciptaan mak.. yang saya tau, tuk ajar mak, sekarang mak ajar saya..hihi.. selalu bulan puasa mesti mak akan buat sekali, dua kali, dan beberapa kali.. tapi, bulan puasa lepas, tak sempat saya nak rasa.. pastu fikir buat bihun lada la.. so, petang semalam sibuk mencari bahan-bahan bihun lada ni.. pastu, terus buat dengan mak.. mak ajar la kan.. sedap...nak tau camner...? jom...

BIHUN LADA BUATAN MAK SAYA...
BAHAN
  1. bihun halus - direndam dengan air selama beberapa jam
  2. udang putih
  3. lada hitam - ditumbuk
  4. bawang merah & bawang putih - hiris halus
  5. asam jawa
  6. garam & gula secukup rasa
  7. sawi
  8. daun bawang, tauhu (tokua), cili padi - untuk hiasan & makan
CARA
  1. tumis bawang yang dihiris halus tadi sehingga wangi/kekuningan
  2. masukkan lada yang ditumbuk halus berserta air
  3. tambah air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  4. masak sehingga kuah menjadi pekat
  5. masukkan udang putih
  6. kemudian masukkan sawi
  7. seketika, tambah bihun ke dalam kuali
  8. kacau sebati
  9. angkat & tambahkan bahan hiasan
  10. boleh dimakan..
Warna bihun mungkin sedikit tidak menarik, tetapi bagi penggemar pedas, mesti anda menggemari bihun lada ini.. Kalau ada masa lebih-lebih nanti, ingin ku buat sendiri.. Sukatan bahan-bahan cam biasa la, kena agak-agak sendiri ye.. sebab saya pun main agak-agak jer.. haha, so, sesaper nak cuba, cubalah ye.. Coba kau coba...

Inilah entri ringkas.. Maaf lupa nak ambil gambar sebab excited nak makan.. hahaa... Okey lah, sehingga berjumpa lagi..InsyaAllah..

Ranking: 5

{ 4 Komen... read them below or add one }

  1. menariknyerrr..nanti nak coba buat jugaklah..variety sket..:)
    thanks for sharing..:)

    BalasPadam
  2. cubala..cubala..ne la tau, afif suker..

    BalasPadam
  3. klo x pandai masak tengok jak resepi .klo nak sedap lagi kna bca bismillah dulu baru masak .satu lagi masak kena ikhlas insyaalah masakan mesti sedap

    BalasPadam
  4. saya nak kgsi satu resepi kuah sup rasa sedap .bawang,serai,halia,lengkuas,bawang putih;bawang besar.diblinder pastu dimasak sekali hgga kering bila dah kering akhir sekali baru letak minyakletak mihun dan bahan yang segaul skajap bru letak daging kh ayam kh..

    BalasPadam

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO