Petua Hadapi Krisis Rumah Tangga (Versi Suami)

on Jumaat, 3 Ogos 2012

Assalamualaikum dan salam Jumaat,

Biasalah kan rumah tangga, ada kalanya bahagia dan ada kalanya dilanda masalah. Apa pun yang berlaku, cuba fikir positif dan ambil langkah penyelesaian segera. Kali ini apa kata kita kongsi petua yang boleh diambil pakai jika ada masalah yang berlaku dalam rumah tangga. Oh, ini khas nasihat untuk si suami ye. Untuk isteri nanti ye..
Jangan mudah marah jika berlaku pergeseran dengan isteri. Perlu tenangkan hati dan minda terlebih dahulu. Fikir kembali apa yang telah berlaku dan ambil langkah penyelesaian. Jangan sesekali ringan tangan memukul isteri ketika berlaku pergeseran ini.

Hilangkan masalah bukan dengan kekerasan, sebaliknya tenang dan selesaikan dalam penuh harmoni dan kesabaran.

Bersangka baik dengan isteri bagi menenangkan keadaan. Jangan berprasangka buruk terhadap isteri sekiranya isteri ada melakukan kesalahan. Selidik dahulu sebelum membuat apa-apa andaian. Andaian buruk boleh mengeruhkan keadaan yang sedia keruh.


Jangan biarlah krisis berlanjutan sehingga boleh menggugat kebahagiaan rumah tangga. Sebaiknya selesaikan masalah bila keadaan kembali tenang, tetapi jangan terlalu lama.

Sekiranya isteri benar-benar salah, cuba teliti dan fahami punca kesalahan tersebut dan nasihat isteri dengan cara terbaik. Isteri kan amanah suami. 

Jika cara-cara di atas tidak berjaya, cari orang yang paling rapat (sebaiknya keluarga) bagi menjadi orang tengah supaya dapat menyelesaikan pergolakan. Mereka yang dilantik pula, cuba selesaikan dengan cara baik dan bukan merosakkan hubungan tersebut.

@lib - setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Dah jumpa atau belum je..
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO