Contest SEO Eridy | Oh! SEO di Eridy.com

on Isnin, 2 Disember 2013

Assalamua'laikum |Contest SEO Eridy

Contest SEO Eridy. Contest SEO kembali lagi. Kali ni, anjuran blogger Eridy. Ini pastinya kali pertama saya turut serta dalam contest anjuran Eridy.com. Blogger Eridy seorang Sabahan. Masih muda remaja lagi. 24 tahun. Namun, Eridy begitu bijak mengambil peluang hujung-hujung tahun macam ni. Semua blogger dah macam dahagakan contest SEO. Contest SEO ni memang mendebarkan. Ada tarian, larian dan adegan kejar mengejar sampailah saat akhir.
Contest SEO Eridy
Contets SEO Eridy
Bagi blogger amatur macam saya ni, contest SEO Eridy pasti banyak menuntut usaha lebih kalau nak menang. Ok. Menang bukan cerita nombor satu untuk contest SEO ni. Orang tua-tua kata, "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga." Pepatah ni boleh pakai juga, tapi dalam kes contest SEO macam ni, nak kena hati cuba. Kalau tak cuba, tak tahu dalam mana kita boleh sampai dalam ilmu SEO. Mungkin entri SEO untuk contest SEO Eridy ni boleh lemas dalam lautan dalam. Lemas dalam ribuan, mungkin jutaan lagi pages di enjin carian.

Setakat ni, nampaknya ramai blogger yang hebat-hebat dalam arena blogging dan SEO dah mula turunkan umpan menggoda untuk memerangkap enjin carian. Jujur saya katakan, banyak lagi ilmu SEO yang belum saya terokai. Ilmu yang ada setakat ni, sekadar 'cukup makan' saja. Nak kena korek dan terus gali. Ilmu SEO bukan setakat baca dan baca. Ianya pasti kena buat praktikal. Sama macam nak kendali mesin.


Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO