Jangan Pakai Shawl Labuh Tutup Dada Fesyen Terkini tapi Nampak Betis | Video Cantiknya Berhijab Gaya Diana Amir!

on Isnin, 10 Februari 2014

Assalamua'laikum.
cantik berhijab dengan fesyen shawl terkini dari hijabterkini.com
Cantik bershawl fesyen terkini
Cantik berhijab dengan fesyen shawl terkini dari hijabterkini.com. Tutorial Cara Pakai Shawl Labuh Tutup Dada Fesyen Terkini? | Cantiknya Berhijab Gaya Diana Amir! Berfesyen tak salah. Apa yang salah, bila fesyen shawl/hijab yang digayakan tidak ikut apa yang agama Islam tetapkan. Saya ada berkongsi beberapa ciri shawl terkini yang insyaAllah patuh syariah. Boleh cuba baca di artikel yang terdahulu.

Cara Pakai Shawl Labuh Tutup Dada Fesyen Terkini Gaya Diana Amir! | Hijabterkini.com

Selalu sangat tengok sekarang trend pakai shawl belit-belit. Alhamdulillah. Makin ramai yang sedar betapa Islam begitu menjaga maruah seorang wanita dengan mewajibkan mereka menutup aurat mereka antaranya ialah dengan memakai hijab.

Cuma yang semakin merisaukan ialah betapa mudahnya kita mengambil hukum Allah itu, "separuh-separuh" seolah-olah tutup rambut dengan tutup aurat dada, tutup aurat bahagian bawah berlainan sama sekali. Ini memang tak betul dan memang 'menyakitkan' mata. Tutup atas, dedah di bahagian bawah. Betul ke tak betul?

Bertudung, tapi pakai legging ketat. Apa maknanya? Apakah kita sedang "menghina" diri sendiri? Atau lebih teruk, mempermainkan hukum Allah? Wanau'zubillah. Sama-sama kita lapangkan dada menerima Islam sepenuhnya. Jangan kita pakai tudung, tapi kain terbelah nampak betis. 



Nak tunjuk pada siapa "kurang cerdik"nya kita? Tepuk dada, sama-sama kita muhasabah diri dan keluarga. Tak tahu, kita kenalah belajar dan ambil tahu. Moga-moga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt untuk patuh pada perintahnya dan meninggalkan laranganNYA. Ameen. InsyaAllah.

Ada lagi tutorial cara pakai shawl fesyen terkini tutup dada cara muslimah. Lagi tutorial pakai shawl fesyen terkini di pautan ini, "Cara pakai shawl fesyen terkini tutup dada"
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO