Salam. Kali ni saya cuba berkongsi dengan anda mengenai cara membuka akaun semasa ('current acount') di bank. Apa keperluannya membuka akaun semasa ini. Akaun ini pada pendapat saya diperlukan apabila anda ingin membuat bayaran pada jumlah yang besar. Bayangkanlah, dengan nilai ribuan ringgit, untuk diberikan pada individu tertentu atas alasan tertentu.. tentu sukar untuk membawa wang tunai yang berjumlah ribuan ringgit itu. Perkara ini pernah terjadi pada saya. Pada ketika itu, pelbagai perkara bermain di fikiran. Dalam dunia yang penuh mencabar ini, perlbagai perkara boleh berlaku. Saya bukanlah tergolong di antara mereka yang hidup mewah, jadi nilai wang yang ribuan itu, adalah satu perkara yang serius. Jadi pada pendapat saya, lebih baik saya membawa sehelai cek, berbanding membawa puluhan atau ratusan helai wang tunai untuk pelbagai urusan yang melibatkan nilai yang besar.
Semasa mengambil keputusan untuk membuat akaun semasa dan buku cek ini, saya telah pergi ke sebuah bank terkemuka, kerana semua urusan kewangan saya di lakukan di bank tersebut. Sangkaan saya dan suami, apabila kita sudah mempunyai akaun simpanan di bank tersebut, maka lebih mudah untuk urusan membuka akaun simpanan. Namun, telahan kami suami isteri ternyata salah. Kami diminta untuk mengisi borang permohonan lain, dan apa yang lebih penting, kami perlu mencari 'introducer'; yang mana introducer ini perlu mempunyai akaun semasa di bank tersebut, dan rekodnya adalah bersih. Berjauhan di negeri orang, tentulah agak sukar untuk kami mencari kenalan untuk dijadikan 'introducer' ini.
Hampir terputus niat untuk membuka akaun semasa. Tapi kami mencuba pula di sebuah bank yang berlainan. Sebuah bank yang sedang meningkat maju, terasa perbezaan ketika berurusan dengan kakitangan bank tersebut. Dengan layanan yang mesra, pertolongan yang diberi tanpa dipinta, terasa kami dilayan sebagai seorang pelanggan sebenar. Memang benar untuk membuka akaun semasa, perlu seorang 'introducer'. Namun yang bagusnya bank ini, pengurus bank itu sendiri boleh menjadi 'introducer'. Malah semasa kami dalam proses membuat akaun semasa itu, langsung perkara tersebut tidak ditanya.
Jika anda ingin mengetahui cara untuk membuka akaun semasa dan permohonan buku cek, sila klik

SYARAT MEMBUKA AKAUN SEMASA
sumber: info perbankan, akaun semasa , bank negara malaysia
layari: www.bankinginfo.com.my
- 18 tahun ke atas
- tidak bankrap
- waras, mempunyai keupayaan mental dan fizikal untuk mengandalikan akaun
- bagi pemilik perniagaan, perniagaan mereka perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa yang berkenaan.
- perlu hadir sendiri ke bank
- perlu ada pencadang ('introducer')
- kad pengenalan
- deposit - bank yang saya berurusan ini, perlu meletakkan RM1000 ke dalam akaun sendiri.
- bagi perniagaan: perlu pendaftaran perniagaan, resolusi lembaga pengarah, dan lain2..(sila rujuk bank anda berurusan)
- hadir sendiri ke bank
- isi borang pembukaan akaun semasa dan permohonan buku cek
- berjumpa dengan pegawai bank atau pihak berkenaan.
- kad pengenalan perlu disahkan
- tunggu sehingga akaun semasa diwujudkan
- masukkan wang deposit ke akaun
- selesai urusan
- tunggu sehingga pihak bank telefon anda untuk mengambil buku cek. Tapi perlu diingatkan, anda perlu menelefon bank selepas 3 hari bekerja sekiranya masih belum menerima panggilan. Tanyakan jika buku cek telah siap atau belum.
- pergi ambil sendiri buku cek tersebut
- tulis cek dengan terang dan jelas, gunakan pen dakwat kekal (pena mata bulat)
- pastikan tiada pindaan, pembetulan/ pemadaman di atas cek - jika tidak cek akan dikembalikan
- tulis jumlah dalam perkataan berdekatan dengan "Ringgit" tanpa ada ruang di antara perkataan dan pastikan jumlah yang dibayar diakhiri dengan perkataan "sahaja". Jumlah dalam angka ditulis berdekatan dengan "RM" dan ditulis terang.
- Pastikan tiada cek yang dikeluarkan tanpa pengetahuan anda, dan pastikan cek yang rosak, dimusnahkan sepenuhnya.
- Simpan cek dengan selamat dan berkunci; jangan tinggalkan cek yang telah ditandatangani atau belum tanpa pengawasan
- semak sekerap mungkin bilangan cek yang belum digunakan dan buat pelarasan amaun cek yang telah dikeluarkan dengan penyata akaun.
- lapor segera kepada bank jika terdapat helaian yang hilang atau sebarang percanggahan dalam penyata
- pastikan dana dalam akaun mencukupi sebelum membuat bayaran
- jangan menandatangani sebarang cek kosong atau mengeluarkan cek kosong untuk pembayaran
- jangan lipat, pin atau mengokot cek yang telah ditulis.
sumber: info perbankan, akaun semasa , bank negara malaysia
layari: www.bankinginfo.com.my
tq for the info.. ble saya tau ape bank yg anda guna skg tu tnp introduser?saya pun bercadang nak wat akaun..
BalasPadambank mane yg anda gune..maybank mmg byk prosedur untuk current account, tapi urusan kewangan untuk perniagaan lebih senang..
BalasPadamSaya pon berminat nak buat akaun..Boleh bgtau bank mana yg anda guna?
BalasPadam@evold.. sorry lmbat giler balas.. bank CIMB, introducer nya dorg kt bank itu jugak..
BalasPadam@ezlin dah bagi.. mmg tul pun, cuma susah bagi org2 yg saya yg tak de kenal org dlm..
@AsasWebsite, jawapan dh bagi di atas ek..
salam.
BalasPadamSy ada soalan. Klu kita nk buka current acc tp msih blum pnya premis niaga. Daftar niaga dh bt. Sbb alamat niaga leh di ubah kelak. Tp untuk buka current acc perlu rubber stamp kn? so kt rubber stamp ada alamat. klu kita letak bkn alamat premis sebenar lg, adakah pihak bank take note?
Harap dapat membantu. Terima kasih.
@Tanpa Nama, saya tidak pasti tentang hal ini. Sebab kalau buka personal punya, tidak perlu rubber stamp. Kalau utk perniagaan, rasanya tiada masalah kot, sebab de juga premis perniagaan yang berpindah kan? Mungkin boleh buat alamat tetap dulu? supaya surat menyurat dihantar ke sana.
BalasPadamutk lebih kepastian, mungkin boleh tanyakan pihak bank.
Untuk urusan personal current account online premier maybank mmg tkyah introducer....tapi untuk current account company kna guna introducer.kna ambil borang dari maybank dengan bawa SSM.untuk urusan introducer insyaAllah sy boleh tolong.alhamdulillah saya Dahl introduce Lebih dari 100 company dan semua dah lulus.saya buat bisness vending dan account semasa may bank dan cimb dah Lebih Dari 4 tahun..boleh hubungi sy-0127292850-wan untuk urusan introducer may bank dan climb.semoga anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih systematic.terima kasih.credit to blog owner.tq
BalasPadamUntuk urusan personal current account online premier maybank mmg tkyah introducer....tapi untuk current account company kna guna introducer.kna ambil borang dari maybank dengan bawa SSM.untuk urusan introducer insyaAllah sy boleh tolong.alhamdulillah saya Dahl introduce Lebih dari 100 company dan semua dah lulus.saya buat bisness vending dan account semasa may bank dan cimb dah Lebih Dari 4 tahun..boleh hubungi sy-0127292850-wan untuk urusan introducer may bank dan climb.semoga anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih systematic.terima kasih.credit to blog owner.tq
BalasPadamas Salam ada sbrg fee utk guna cek ..puan
BalasPadamas Salam ada sbrg fee utk guna cek ..puan
BalasPadamSalam. Tahniah di atas perkongsian yang bermanfaat. Jika perlukan bantuan sebagai introducer Current Account Maybank atau CIMB Bank boleh whatsapp saya 013-9790000. Saya boleh jadi introducer untuk mana-mana cawangan.
BalasPadamMengapa saya sudahencari 3 introducer, tapi staf mybnk masihegatakan introducer tdk layak??
BalasPadam