ketiga atau keempat...

on Jumaat, 15 Mei 2009

Salam. Semalam dalam pukul 7.30 malam, saya dan suami meluangkan masa menonton pertandingan hoki separuh akhir bagi Kejohanan Hoki Asia VIII yang secara langsung di tv9. Tengok kat tv je la.. Bukan pegi kat Pahang pun..Sudah lama rasanya penulis tidak menonton pertandingan hoki. Jika dulu seorang demi seorang pemain hoki Malaysia penlis kenal, namun sejak kebanyakan pemain senior sudah bersara, agak jarang penulis mengambil berat mengenai hoki.

Seawal minit ke3 Malaysia membuka jaringan awal melalui Ismail Abu. Gembira rasa hati ketika itu. Bertambah semangat penulis ketika itu. Namun pada minit ke19, ternyata kegembiraan itu sedikit goyah. Ternyata Pakistan yang merupakan antara pasukan gergasi sukar diatasi dan ditandingi oleh pasukan Malaysia. Pakistan bermain dengan cara yang lebih pantas jika dibandingkan dengan pemain Malaysia. Dapat dilihat kebanyakan hantaran tidak disambut kemas oleh pemain. Pakistan mendahului pasukan negara apabila pada minit ke47 dan minit ke63 berjaya menjaringkan gol. Tidak sampai 3 minit kemudian, sekali lagi Pakistan menjaringkan gol mnjadikan kedudukan 4-1. Ismail Abu sekali lagi menambah jaringan melalui pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan kekal 4-2 hingga tamat permainan.

Dengan kekalahan kepada Pakistan menyaksikan pasukan negara akan menentang China bagi menentukan kedudukan tempat ketiga atau keempat Sabtu ini.

Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasukan kebangsaan kerana mampu merealisasikan matlamat untuk ke separuh akhir. Pujian yang lebih, pada pandangan penulis wajar diberikan kepada penjaga gol Malaysia, S. Kumar kerana banyak kali mampu menyekat cubaan gol dari pemain Pakistan. Pada penulis, S. Kumar merupakan wira dalam pertandingan bagi pasukan negara malam tadi. Pasukan negara juga dilihat lebih mantap berbanding sebelum ini.
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO