rempit oh..rempit !!

on Khamis, 21 Mei 2009

Salam.. lately penulis tak tahu nak masukkan entry apa.. leh dikatakan kehilangan idea. Penulis pun agak bizi le kebelakangan ni. Anyway, hari ni kita cakap pasal rempit.. Mat Rempit.. Rasanya xperlu lagi penulis ceritakan apakah dan siapakah rempit ini.. Rata-rata rakyat Malaysia kenal siapa itu mat rempit. Malah golongan ini dikatakan sudah semakin berani melakukan jenayah-jenayah di jalanan. Betulkah golongan ini yang melakukannya? Atau ada pihak yang sekadar meneguk di air keruh?

Pihak berkuasa cuba menjalankan pelbagai cara dalam menangani masalah remaja ini. Namun, sehingga kini masalah tersebut masih lagi menjadi topik hangat perbualan. Kalau tidak, masakan penulis mengutarakan topik ini ketika ini. (huahuhaa..)

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kes ragut/samun di jalanan yang dikatakan dilakukan oleh golongan rempit ini. Pelbagai jenis mangsa telah diragut, termasuklah wanita mengandung. Tiada siapa sangka individu ini telah atau bakal dijadikan mangsa ragut, namun hakikat sudah tertulis. Bahkan hanya berbekalkan RM3, nyawa melayang sekelip mata...

Baru-baru ini pihak berkuasa melabelkan mat rempit ini sebagai samseng jalanan.. satu nama yang pada pendapat penulis kedengaran agak menakutkan.. Namun adakah mereka ini akan berubah semata-mata kerana nama atau gelaran? Penulis berpendapat, walau apa jua nama gelaran yang diberikan, mat rempit tetap mat rempit. Hanya diri mereka sendiri yang bisa mengubah siapa mereka. Bahkan tidak keterlaluan sekiranya penulis mengatakan mungkin mat-mat rempit di luar sana bangga kerana dilabelkan sedemikian.

Pada usia remaja inilah yang membangkitkan perasaan mereka. Bangga dikatakan samseng, itu bukan perkara luar biasa. Malah, jika silap perkiraan, mereka ini mungkin boleh bertindak sebenar-benar samseng. Suami penulis pernah menyuarakan agar diberi nama yang lebih baik - lebai rempit contohnya, kerana pada beliau mudah-mudahan jika selalu disebut golongan jika mungkin akan berubah. Berkat doa rakyat Malaysia, mana lah tau sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi. Jika benar, penulis antara orang yang gembira akan perubahan tersebut.

Remaja-remaja inilah sebenarnya harapan bangsa dan negara. Golongan remaja merupakan golongan yang bakal menerajui negara suatu hari nanti. Maka, seharusnya mereka perlu bertindak seperti mana seorang pemimpin. Sekurang-kurangnya pimpinlah diri sendiri. penulis tidak mengatakan bahawa semua mat-mat rempit seperti ini. Ada mereka yang sekadar menjadikan ia hiburan. Namun, harus diingatkan supaya hiburan ini perlu dikawal. Jika tidak, perkara yang lebih buruk mungkin bakal terjadi.

Apakah masalah sebenar mat-mat rempit ini? Adakah disebabkan kurangnya litar-litar lumba yang membolehkan mereka beraksi? Adakah dengan membina lita-litar lumba, masalah ini akan selesai? Marilah sama-sama kita renungkan. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan, bukan sahaja merosakkan diri mereka, malah nama negara, agama dan bangsa akan terjejas. Atau isu ini hanya dikatakan seketika? Mungkinkah ia akan hilang ditelan masa? Dan berapa ramaikah mangsa yang perlu menjadi korban sebelum hilangnya masalah ini?

Jika berlaku kecelakaan di jalan raya, malah melibatkan orang yang tidak bersalah, apakah yang perlu dilakukan? Adakah kesalahan perlu diletakkan kepada mereka yang menjadi mangsa? Apakah perasaan golongan yang melakukannya? Gembira, bangga atau rasa bersalah? Sesungguhnya menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Jika terdapat nyawa mereka yang tidak bersalah melayang, tiada guna andai air mata darah dikeluarkan sekalipun.. Hukuman apakah yang patut diberikan kepada golongan ini? Adilkah hukuman yang bakal dilaksanakan? Sama-samalah kita renungkan permasalahan ini. Kepada golongan rempit di luar sana, penulis benar-benar berharap agar anda menyedari akan tindakan anda ini sebenarnya membawa kepada keburukan.. Salam hormat buat semua.
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO