cheaper by the dozen

on Khamis, 4 Jun 2009

Salam.. apa khabar semua? Setelah berjaya menukar blog template, jadik semakin giler plak..haha..asyik nk nukar jer.. huhu.. Tapi kali ini, saya xnak cakap pasal template blog lagi...

Semalam, kul 10mlm, saya menonton satu rancangan di tv bersama-sama suami tercinta. Criter nih dah lama, cuma saya 1st time tgk..(maklumla selalu ketinggalan keretapi sket..).. Criter kt tv biasa nih, cheaper by the dozen.. (tul ke tajuk cmnih?).. tak kisah la..

Kisah ini berkisar mengenai seorang ayah yang membentuk anak2nye yang seramai 12 org tu.. dgn cara tersendiri. Anak dari yang kecil, hingga ke yang sudah yang remaja, memiliki pelbagai jenis ragam & kemahuan. Anak2 yang semakin dewasa, semakin sibuk & cuba utk mempunyai cara hidup sendiri..(sama la cam kite nih kan..semakin besar, semakin mahu hidup sendri..). Terdapat beberapa tradisi yang cuba mereka hindari. Malah ada anaknya yang menganggap cara didikan ayahnya langsung tidak kena.

Si ayah mula merasakan anak-anaknya semakin jauh darinya. Maka diambil keputusan utk membuat satu percutian bersama-sama utk kali terakhir sebelum anak2nya mengambil jalan sendiri. Percutian yang dirancang adalah di sebuah rumah di tepi tasik, yang mana pernah menjadi tempat penginapan mereka dulu.

Setelah berjaya memujuk anak2nya itu, mereka pergi ke rumah yang sudah lama ditinggalkan. Di seberang tasik itu, terdapat sebuah rumah yang sangat besar & mewah-kepunyaan rakannya yang sering bersaing dengannya; juga merupakan ayah kepada anak-anaknya.. Ketika percutian inilah, pelbagai kejadian berlaku melibatkan ayah ini bersama anak2nya. Pelbagai perkara berlaku sehinggakan anak2 ini merasakan bahawa ayah mereka tidak sehebat rakannya (yg duduk di rumah mewah tu..). Rakannya juga merasakan lelaki ini tidak pandai mendidik anak2nya. Malah salah pada pandangannya. Sehinggakan mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan HAri Buruh di kawasan itu.

Usaha ayah ini utk cuba melatih anak2nya kurang berhasil, sehinggakan pada hari pertandingan (pada mulanya) hanya 2 org sahaja anaknya yg ikut serta. Anak2 yang lain semuanya ada di rumah. Di rumah itu, terdapat seekor tikus yang gemar mengambil apa jua barang yg sempat dicuri. Satu ketika, anak lelaki ini membaling 'skateboard' ke arah lubang tikus ini ketika tikus tersebut cuba mcuri dompetnya.. Akibatnya, sebahagian dinding rumah tersebut terkopak.. Namun, rupa2nya di sebalik dinding tersebut, terdapat pelbagai barang; bear, baju,dan tak lupa kepada bendera lama keluarga tersebut yang mereka gunakan untuk pertandingan. hari buruh suatu ketika dahulu.. Masing2 tersentuh, maka mereka pergi ke pertandingan tersebut.

Oh ye, si ayah ini ada seorang anak yg sudah mengandung, yg turut serta dlm pertandingan itu. Di akhir pertandingan, keputusan seri di antara keluarga lelaki ini dgn rakannya itu. Jadi satu pertandingan lain yang perlu melibatkan semua ahli keluarga diadakan. Pada mulanya, si ayah ini cuba menarik diri kerana risaukan kandungan anaknya.. tetapi, anaknya itu sendiri yang membantah & meyakinkan bahawa dirinya masih boleh bertanding.. Ketika berkayak (pertandingan penentu), anaknya yg sarat mengandung tiba2 rasa sudah tiba masanya utk melahirkan. Maka, si ayah sanggup berhenti dari pertandingan dan berusaha mbawa anaknya itu ke hospital. Ketika itu juga, anak2 rakannya itu, merasakan sepatutnya ayah mereka menolong anak lelaki ini. Masing2 terjun dari kayak apabila ayah mereka enggan. Akhirnya rakan lelaki ini terpaksa mengikut ke hospital.

Di hospital, barulah rakan lelaki ini mengetahui bahawa sebenarnya cara dia mdidik anaknya juga terdapat kecacatan, setelah anaknya berterus-terang. Maka, berbaik-baiklah kedua2 lelaki ini. Setelah selamat melahirkan, anak si ayah ini menamakan anak lelakinya dengan nama Tom, sempena nama lelaki (si ayah) tersebut. Alasannya, ayah mereka adalah ayah yang terbaik. Selama ini, mereka merasakan apa yang ayah mereka buat tidak kena; padahal tindakan ayah mereka ini punya alasan tertentu. Anaknya berkata di akhir cerita bahawa; 'ayah telah mengajar kami bahawa tidak ada satu cara pun yang terbaik untuk dipilih dalam mendidik anak2.' Maknanya, pelbagai cara boleh dilakukan dalam mendidik anak2,asalkan ia dapat disampaikan kpd mereka..

Itulah summary criter tu.. Tapi saya nih xpandai bercriter..haha.. apa pun, pengajaran dari sini,
  1. tidak ada satu cara mutlak yang boleh dipilih dalam mendidik anak2; kerana anak2 ini ada pelbagai ragam, pelbagai emosi & pelbagai fikiran. Satu cara sahaja tidak mungkin akan memuaskan semua hati anak2..
  2. walaupun kita semakin besar, semakin mula mengambil haluan sendiri, tetapi jgn sekali-kali kita menyalahkan ibu bapa yang mengajar, mendidik & memimpin kita selama ini. - binalah hubungan baik dgn ibu bapa & keluarga. So, tunggu apa lagi, sila lah telefon ibu bapa bg mereka yg di perantauan..
  3. Apa jua cara yang digunakan oleh org tua kita, ketahuilah mereka punya sebab utk berbuat demikian.
  4. Kadang2 terdapat kesalahan dalam mendidik pada kedua org tua, namun itu bukan alasan utk kita menyalahkan mereka. Dalam hal ini, perbincangan adalah penting. Bincanglah dari hati ke hati.. JANGAN EMOSI..
  5. Ibu bapa kita adalah yang terbaik. Bukan ibu bapa orang lain - kerana ibu bapa kita lah yang paling memahami kita, kerana mereka lah yang menjaga & mendidik kita.
  6. Sayangilah, hormatilah & kasihilah kedua ibu bapa anda selagi anda masih mampu melakukannya..
Sehingga sini dulu..jumpa lagi nanti di en3 lain ye..

p/s: Selamat hari bapa kepada ayah, Encik Mohd Radzi bin Bakar, di Penang; abah (father in-law), Encik Mohd bin Awang (terengganu) & kepada abah annur syazwani, (my beloved hubby), Encik Ahmad Hafiz bin Mohd.. Love you all very much.. (cam awal lagi kot....hahaa..xkesah la...)
Ranking: 5

{ 0 Komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO