rezeki tidak diduga...

on Selasa, 30 Jun 2009

Salam semua. banyak hari tak updated ini blog.haha.. tak de idea sebenarnye.. ok.. barbalik kepada en3.. semalam orang courier services ada call my hubby, tanyakan rumah di mana, katanya ingin menghantar bungkusan, hadiah katanya. Disebabkan tiada siapa di rumah, maka suami akan mengambil sendiri di pejabat courier tersebut.

So, pagi tadi, kami ke Diamond Square untuk mengambil bungkusan yang dikatakan itu. Nasib baik kami pernah ke Diamond Square utk urusan tertentu dahulu. Jadi, yang menjadi masalah hanyalah tempat courier itu. Namun, disebabkan masih dalam waktu bukan puncak, mudah bagi kami mencari bangunan tersebut. Hanya suami yang pergi ke pejabat itu. Saya, hanya tunggu di kereta kerana tiada parking.

Dalam minda saya, cuma mmbayangkan hadiah kecil (dari siapa pun tak tahu..). Setelah beberapa minit menunggu, dari kejauhan suami keluar mmbawa satu bungkusan besar, hadiah ke tu? Dalam fikiran saya. Setelah kembali ke kereta, kami berdua pelik, kerana tiada siapa yang memberitahu ada sesuatu utk kami. Suami terus membuka bungkusan, dan......
rupa2nya terdapat Sony DVD Player. Wah, ini sudah hebat. Penghantarnya adalah dari CIMB Islamic Open House Promotion. Mmg kami suami isteri ada menggunakan akaun CIMB & juga pinjaman perumahan yang bakal kami duduki. Tapi, tiada pula berita/makluman ttg penerimaan hadiah ini.











kiri: gambar bungkusan yang diterima..
kanan: gambar DVD yang dibuka di pejabat.. (xsabar nih..)

Maka, ia sesuatu yang kami panggil rezeki yang tidak diduga. Rezeki dari Allah. Moga2 rezeki ini akan dirahmati. Amin. Tapi, hopefully, lepas ini tak de plak bayaran dikenakan. Kalau tidak....haha..

mote:
  1. Rezeki Allah ada di mana-mana. Tanpa kita sedari, itulah nikmat Allah kepada kita.
  2. Bersyukurlah kita kepada Yang Maha Esa di atas segala nukmat & kesenangan yang dikurniakan Nya.
  3. Bersabarlah jika ditimpa masalah, kerana pahit akan manis jua akhirnya.. (tajuk lagu ukays nih..haha..)
okeylah, setakat ini dulu.. Moga berjumpa lagi. InsyaAllah.
Ranking: 5

{ 6 Komen... read them below or add one }

  1. umm betol tuh, rezeki ada di mana mana kan...ameen...

    BalasPadam
  2. amin.. mg Allah murahkan rezeki kita semua...

    BalasPadam
  3. fieza...murah rezeki fieza sekeluarga kan..
    sapa sangka nak dapat brg tu kan...
    apapun...tahniah la..dan semoga tuhan murahkan lagi rezeki kita semua...

    BalasPadam
  4. rezeki Allah swt datang dalam banyak bentuk.. kadang kita tak perasan pun...

    my 1st kid rezekinya dapat belajar percuma di tadika... ditaja sepenuhnya. kalo biasa, kena bayar RM200/bulan kat tadika tu.. mao kopak dinding wallet makcik... tapi Allah swt tu memang hebat... ade je cara dia nak tolong insan²Nya ni...

    BalasPadam
  5. btul tu..rezki Allah mmg dtg dlm pelbai bentuk..x semestinya bentuk fizikal..syukur pdMU...moge kite seme dimurahkan rezki..ameen..

    BalasPadam
  6. mmg tul..rezeki Allah kdg2 kita xsedar..jadi,bersyukurla sentiasa..

    BalasPadam

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO