setahun berlalu..

on Rabu, 1 Julai 2009

Salam.. bizi sket la pagi tadi.. nih baru de masa nak berblogging..haha.. oh ye.. setahun berlalu.. semacam je tajuk.. bukan apa, hari nih 1 julai 2009. Genaplah setahun umur anakanda ku yang pertama.. huhu..pejam celik.. pejam celik..cepat je masa berlalu.. sedar-sedar dah pun setahun..

PAGI INI
Annur bangun macam biasa. cuma mungkin lapar, bunyi sikit-sikit. Bila ditengok, macam nak tido lagi. Dalam hati, ni macam kes tak nak pergi taska nih.. Sebab sekarang ni, Annur dah pandai. Agak-agak nak sampai ke taska, dia buat perangai tak nak pergi.. merengek-rengek tak nak.. pelik juga.. ada apa-apa ke..? tapi, apa pun tetap kena hantar juga. Kalau tak, sapa nak jaga annur? Mama terpaksa sayang, untuk mencari rezeki bersama-sama abahmu.. Yang bagus annur nih, bila bangun dia mesti nak kejut mama & abah dia kalau kami masih baring-baring.. hihi..bagus anak mama ni.. Pastu, mula la mencari apa yang boleh main.. botol air.. kalau nampak cermin mata/handphone abah dia, lagi dia suka.. huhu.. Sejuk hati pagi-pagi bila tengok annur senyum jer.. syukur alhamdulillah.. Pagi ni, kami mandi bersama..(nama je bersama, tapi mama mandikan annur dulu..sbb takut annur sejuk..).












kiri: gambar annur dengan abah sebelum pegi taska
kanan: annur dengan mama sebelum pegi taska


Abah siapkan annur, sementara mama mandi dan bersiap. Oh ye, hari ni bawa sedikit bekalan jajan (cekedis..) utk kawan-kawan annur di taska. Tak rancang pulak nak buat party kat anak mama nih. Biarlah bersederhana ye, anak mama.. Macam biasa, bila nak sampai taska, annur merengek-rengek seolah-olah tak nak ditinggalkan di situ.. Terpaksa jua, wahai anakku.
.
sedikit buah tangan untuk kawan2 annur di taska..

Mama dan abah, macam biasa, meneruskan tugas di pejabat. Tapi, asyik teringat kat annur. haha.. Pergi makan kat Giant, tengahari. pastu, teringat nak belikan annur sesuatu. Cari punya cari, akhirnya mama & abah setuju nak belikan papan tulis untuk annur.. Papan tulis yang budak2 tu, lh padam.. Biarla annur tak pandai tulis/lukis, niat hati mama agar annur cepat pandai tulis nanti. Latihan annur..latihan.. haha.. Ni gambar papan tulis annur..

Haha..mama dah guna dulu.. sorry sayang.. mama saja test.. ok ke tak.. hihi.. Happy 1st Birthday to Annur.. Gambar senyum tu mama suka lukis dulu bila bagi msg kat abah..haha.. tak pun masa saja2 membaca buku, lau tgh suka, lukis la muka senyum tu.. hihi.. Warna pink board annur ni.. oh ye, nama dia smart board.. Kat ne smart, fikirla sendiri..hihi..

SETAHUN BERLALU
Sedar tak sedar dah pun setahun. Tapi, rasa macam masih segar di ingatan, saat-saat masuk hospital, saat-saat tengah sakit, & saat-saat abah menolak mama masuk ke bilik bersalin. huhu.. sungguh, macam wayng yang diulang semula jika diingati.

Alhamdulillah, Allah kurniakan mama kekuatan mental & fizikal sewaktu mengandungkan Annur. Tak pernah rasa beban sewaktu membawa annur berkerja bersama. Sampaikan bos risau, takut bersalin kat situ.. Hahaa... yela, masa tu pun dah akhir-akhir waktu mengandung, masih lagi nak tolong-tolong orang angkat barang.. Lagi yang membuatkan rasa macam tak betul, waktu tu kandungan mencecah 7 bulan lebih, boleh lagi mama & abah ke Cameroon Highland bercuti. Hahaa.. tak ke satu hal tiba2 mama sakit.. Siap jalan2 naik turun tangga pergi ke kebun lebah.. Tapi sungguh, masa tu tak terfikir penat pun..

Syukur juga mama & abah ambil keputusan pulang ke kampung lebih awal. Jika tidak, susah juga abah mahu menjaga mama & annur. Hanya mama & abah saja di sini. Apatah lagi anak pertama. Susah juga kalau difikirkan annur dilahirkan di sini. Mama dimasukkan ke hospital waktu malam, di mana pagi nya mama & abah masih dalam perjalanan ke kampung. Agaknya anuur tidak selesa mama kuat berjalan ye..

Setelah 2 kali dimasukkan ubat (induce), mama akhirnya dibenarkan masuk ke wad bersalin. Waktu tu masa gembira sikit sebab sekurang-kurangnya mama tahu annur akan keluar tak lama lagi.. InsyaAllah. (tapi lama jugak..huhu..). Masih ingat lagi abah menolak mama dengan kerusi roda.. (macam best sgt masa tu.. sbb tak pernah naik..tu la 1st time. Sempat lagi tu fikir masa tu..). Masuk dewan bersalin kul 10 pagi, annur keluar kul 4.45 petang.. Lama tuh.. huhu.. Masa tu pening, sebab sorang doktor dtg tgk, kata dah ok, pastu sorang lagi doktor datang kata belum boleh lagi ni.. Adoi.. macam mana doktor boleh berlainan pendapat nih..? (Jadi harap2nya doktor, dapat la membuat keputusan yang tidak bercanggah sesama sendiri..)

Benarlah kata orang, walau sesakit mana pun melahirkan anak, sakit itu akan hilang selepas lahirnya anak itu.. Ia berlaku pada mama. Selepas saat lahirnya annur, hilang segala sakit sebelum ini. Apatah lagi di saat menatap wajah mungil bayi yang selamat dilahirkan. Alhamdulillah.

Ingat lagi, sewaktu bermalam di hospital, di ketika bayi lain menangis dek kerana lapar atau pun terkejut dengan tangisan bayi lain, annur dengan nyenyaknya tidur sehingga pukul 5pagi. Dan ternyata sehingga sekarang, annur memang tidak susah dijaga. Pendek kata, mama & abah masih boleh dibuai mimpi di waktu malam. Terima kasih Allah atas kurniaanMu.

SEKARANG
Tak sabar rasa nak balik tengok annur. Gembira bila balik, tengok annur senyum, tak sabar-sabar nak balik. Begitulah gelagat puteri kesayanganku ini. Mudah tersenyum, mudah menegur orang, namun sukar jika ada yang mahu mendukungnya. Bak kata orang, jinak-jinak merpati.. Oh ye, buat anak mama, Selamat hari lahir sayang. moga annur dirahmati, dikasihi Allah & orang lain. Moga annur membesar dengan sihat, cergas, pandai & menjadi anak serta insan yang berbudi bahasa, rajin & menghormati org lain.. Selamat hari lahir.. Buat suamiku, terima kasih atas segala bantuan & semangat yang abg berikan selama kita menjaga puteri kita bersama. Sesungguhnya, abang adalah abah yang terbaik untuk anakku.. Dan teman terbaik untuk diriku..Terima kasih...

dah setahun pun usia anak mama nih...

mote:
  1. Jasa ibu & bapa adalah sesuatu yang amat luar biasa jika dikenang. Maka, kasihi, hormati & hargailah mereka selagi kita berdaya.
  2. Kurniaan Allah amat ternilai buat seorang wanita bergelar ibu. Syukurlah kepadaNya di atas segala nikmat & kurniaan.
  3. Peliharalah anak-anak dengan sebaik mungkin. Janganlah membuat perkara yang dilarang sekali pun kita ada kesilapan lampau. Hargailah anak yang lahir dari rahim seorang wanita.
Sekian dulu. Sehingga berjumpa di lain waktu. InsyaAllah..
Ranking: 5

{ 6 Komen... read them below or add one }

  1. selamat hari lahir untuk Annur.. moga jadi anak solehah yarr...

    BalasPadam
  2. happy birthday annur...sedap nama tu..:)
    mmg sedih la bila kita terpaksa jugak tinggalkan anak..ye la kena kerja kan....uuhuhuuuu...sedih..:(
    apepun mamaD harap fieza tabah dan kuat ye...mjadi super woman ni....hihiiii...
    bila balik nnti kiss kan annur utk mamaD tau....

    BalasPadam
  3. dr annur: tima kasih..tima kasih autie semua..amin.. annur nak jadik budak baik..
    dr mama annur: tima kasih semua.. tula mamaD, mmg sedih bile tgk die nangis xnak g taska..tpi nk wt cmner kan..mg aku jadik lebih kuat..haha..

    BalasPadam
  4. selamat ulangtahun annur...

    mmmmuuahhh (mama tlg smpaikn ciom auntie hany kt annur)....

    BalasPadam
  5. alhamdulillah annur tak susah nak dijaga.. apa amalan mama annur masa mengandung..nak tau gak :)

    BalasPadam
  6. pe ye amalnnye?xtau la miey..yg nyata, rase tenang mase ngandungkan annur..tima kasih abah annur..pandai jaga mama annur..hahaa...

    BalasPadam

Tinggalkan jejak. Nanti kita jenguk awak..

 
© LIFE IS BEAUTIFUL | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO