- Tetapkan minda & emosi bagi menghadapi cabaran membeli rumah.
Ini kerana dalam urusan membeli rumah, banyak perkara yang anda perlu fikirkan. Tetapkan minda bahawa urusan yang bakal diharungi mungkin sedikit bermasalah/mengambil masa. - Kira budget - semahal mana anda mampu bayar kepada bank.
Kadang-kadang anda perlu berurusan sendiri dengan bank bagi mengetahui berapa banyak bayaran bulanan jika harga rumah itu agak tinggi. Juga berlainan jika faedah di bank tidak sama. - Mula mencari rumah
Anda boleh mulakan melihat rumah yang anda inginkan, sesuai dengan budget anda. Melalui internet, surat khabar, atau agen hartanah jika anda mengenali. Kadang-kadang ada juga iklan yang dikeluarkan sendiri oleh tuan rumah tanpa melalui agen/ surat khabar/ internet. - Hubungi orang yang berkenaan (tuan rumah, agen) jika anda mahu melihat rumah tersebut.
Anda perlu melihat rumah kerana di sini kadang-kadang perasaan kecil anda memainkan peranan, suka atau tidak. - Tidak mengapa jika tidak berkenan. Cari lagi rumah lain. Jangan terburu-buru.
Sedikit perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih rumah:
i. keluasan rumah, bilangan bilik & bilik air, perlukah pengubahsuaian
ii. kawasan sekitar - kemudahan, lokasi (bencana alam / tidak)
iii. Kejiranan - jika anda rasakan sesuai di situ, maka buatlah pilihan. -Di sinilah hati kecil anda memainkan peranan
- Jumpa rumah yang sesuai. Anda perlu membayar wang pendahuluan kepada agen sebagai tanda 'booking'. Ini dipanggil 'earnest deposit'. Bargantung kepada agen/ tuan rumah, selalunya 2 @ 3% dari harga rumah. Pastikan anda mendapatkan resit dari agen/tuan rumah.
- Semasa proses membayar deposit ini, bawa bersama dokumen seperti salinan kad pengenalan, transaksi bank, penyata gaji bulanan (selalunya 3 bulan), penyata kwsp & surat pengesahan berkerja (jika perlu). Ini semua untuk urusan pinjaman bank.
- Selepas 3 hari , tuan rumah akan menandatangani surat pada earnest deposit, menyatakan beliau setuju dengan terma-terma yang diminta. Perlu diingatkan jika tuan rumah tidak bersetuju pada peringkat ini, wang deposit anda bolah dikembalikan kepada anda. tetapi, jika pihak anda yang membatalkannya, deposit tersebut tidak akan dipulangkan. Jadi, sebelum langkah ini, fikir sebaik-baikya & sedalam-dalamnya.
- Adalah lebih baik jika permohonan pinjaman bank dilakukan ketika ini. Ini supaya anda dapat memastikan pinjaman bank anda diluluskan. Jika tidak, anda akan menghadapi masalah kemudian hari. Tetapi, jika anda 'bersih' (tiada hutang piutang) maka besar kemungkinan permohonan anda diluluskan.
- Dalam masa 14 hari bekerja, surat penjanjian jual beli (S&P) - sale & purchase agreement, akan ditandatangani di hadapan peguam.
Ketika ini, baki daripada 10% deposit perlu dibayar. Walau bagaimana pun, bergantung kepada agen/ tuan rumah. Terdapat agen/ tuan rumah yang hanya mengambil 3% terlebih dahulu, manakala 5% lagi selepas pengeluaran kwsp (akaun 2 sahaja). Kadang -kadang terdapat juga agen/ tuan rumah yang tetap mahukan baki 10% itu dibayar ketika itu. Hal ini perlu ditanya dengan jelas pada awal urusan (memberi deposit). Bayaran ini perlu dijelaskan kepada peguam. Pastikan resit anda perolehi. - Urusan bersama pihak bank.
Wakil dari pihak bank akan bertemu anda untuk urusan dokumen bank - dipanggil 'offer letter' - setelah anda bersetuju untuk menerima perkhidmatan pinjaman dari bank tersebut.
- Pada ketika ini, pihak peguam akan menyiapkan dokumen-dokumen yang berkenaan dan menguruskan beberapa perkara; tuan rumah perlu menandatangi S&P yang berkenaan, S&P perlu dicop (stamping & CDC process), menyiapkan urusan pinjaman bank.
- Selepas anda menerima S&P yang siap dengan cop (stamping), hak milik sementara (tanah), anda bolehlah menguruskan urusan pengeluaran duit akaun dua di pejabat kwsp. Antara dokumen yang diperlukan adalah:
1. salinan stamping S&P
2. surat fotokopi hak milik sementara (dari pejabat tanah)
3. salinan i/c
Pastikan dokumen-dokumen itu telah ditandatangani oleh peguam atau pihak yang berkenaan. - Urusan pengeluaran kwsp mengambil masa 7-14 hari jika tiada sebarang masalah.
Selepas anda mendapat duit tersebut, jelaskan baki deposit & bayaran peguam, dokumen pinjaman bank boleh ditandatangani. Setiap helaian kertas pinjaman perlu ditandatangani.. (Lenguh tangan... tapi memadai dengan hanya 'initial' - menunjukkan anda sudah membaca halaman itu.). Setuju atau tidak, anda perlu tandatangani kerana ia adalah dari pihak bank, jika tidak, mungkin anda perlu bayar 'cash'. - Selepas ini, pihak peguam akan menjalankan urusan dengan pihak pejabat tanah bagi urusan menukar nama. ketika inilah kadang-kadang kesabaran anda akan teruji. Paling cepat, dalam masa sebulan anda akan mendapat maklum balas, jika tidak mungkin lebih dari waktu itu.
- Selepas proses ini selesai, pihak peguam akan menguruskan cukai pintu, di mana jika anda membeli pada pertengahan tahun, maka membayar cukai pintu selepas itu adalah tanggungjawab anda.
- Dapatkan kunci rumah.
Kadang-kadang perkara ini bergantung kepada tuan rumah. Jika mereka jenis yang tidak kisah, mungkin selepas menandatangani S&P, anda akan terus mendapat kunci, jika tidak, mungkin selepas bank meluluskan duit kepada tuan asal, barulah anda boleh memegang kunci rumah baru anda. - Selesaikan pertukaran nama pada bil-bil utiliti, indah water dan sebagainya. Proses pengubahsuaian jika ada boleh dilakukan.
- Basuh/ cat rumah jika perlu.
- Rumah sedia untuk didiami.
Tiada Kata
7 tahun yang lalu
thanks kak piza sebab share info yang sangat berguna ni.. tahniah dah ada harta sendiri..hopefully saya pun tak menyewa lama. ramai cakap rugi..
BalasPadammmg rugi miey..yela..cube kire brape kite dah byr kt org..lau rm400 sebulan..setahun dah rm4800,2 thun rm9600..byak tuh..dah bleh wat deposit dah..pepepun..didoakan miey pun cepat2 dapat rumah sendiri..slow but steady..yeahhh...ameen
BalasPadamtu kalau sewa 400 la..lau sewa lebih 500? cmne tuh.. tul meiy.. slow2.. nnt de duit lbih sket, mula la cari rumah sndiri.. insyaAllah.. masing2 de rezekinya...amin.. go miey...
BalasPadamHello,
BalasPadamselamat datang ke GLOBAL FINANCE LIMITED, kami adalah salah satu syarikat-syarikat pinjaman persendirian yang terkemuka di seluruh dunia. Kami telah teguh dan selama ini telah membangunkan rekod Pemahaman yang baik terhadap keperluan anda, kami komited untuk melayan pelanggan dengan adil dan menawarkan perkhidmatan profesional kepada keperluan pinjaman anda. prosedur kami direka untuk kemudahan anda untuk menawarkan produk yang sesuai dengan keadaan anda, formaliti dikurangkan ke tahap minimum, kami telah membantu pelanggan mengubah dan memperbaiki kehidupan mereka selama lebih 20 tahun dan kita benar-benar bebas, kita berada dalam kedudukan yang unik pelbagai jenis pinjaman untuk semua jenis perniagaan dan individu. Matlamat kami adalah untuk memenuhi keperluan kewangan anda dan kepuasan adalah sangat penting bagi kami. Oleh itu, kita perlu menyediakan pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, sila hubungi kami hari ini untuk penyelesaian pinjaman anda melalui e-mel: emilianawilson11@gmail.com